Pages

Friday 6 April 2012

Saya SAYANG ............

      Diam tak diam sudah menjangkau bulan ke-4 aku bersama dengan anak-anak 4 Harmoni. Namaku sememangnya sinonim dengan anak-anak Harmoni ni..... Cuma tahun ni kegiatanku agak terbatas bersama mereka dek kerana kekangan masa yang dihadapi. Jika tahun lepas, banyak masa yang boleh aku luangkan bersama anak-anak harmoni untuk mengikuti perkembangan semasa mereka. Namun tahun ni, aku sedikit terkilan kerana aku tidak mempunyai masa secukupnya untuk bersama-sama  mereka. Tambahan pula, anak-anak harmoni tahun ini sedikit berbeza dengan anak-anak harmoni tahun yang lepas.....

     Jika dibandingkan, memang aku akui anak-anak harmoni tahun lepas agak NAKAL + MANJA sehingga hampir pecah kepalaku memikirkan pelbagai karenah yang mereka ciptakan.... Jerih perih menjejaki mereka yang ponteng, mengalirkan air mata apabila kemarahan memuncak terhadap pelbagai onar juga sengketa yang tercipta sehingga aku buntu memikirkan apakah cara yang terbaik untuk menyatukan mereka.... Setiap hari pasti ada sahaja sengketa yang tercipta. Ibu mana yang boleh berdiam diri sahaja andai anak-anak bersengketa sesama sendiri? Belum lagi memikirkan kemana anak-anak yang sering HILANG apabila tiba SUBJEK yang mereka tidak gemari..... Aku menjadi seperti jaga di luar kelas, mengawasi mereka supaya tidak PONTENG...... Adoi... hampir sejam tercegat di luar kelas semata-mata nak memastikan mereka tidak hilang dan tidak dikenakan demerit. Berakhirnya 2011, aku mungkin dapat merasakan suatu perasan lega kerana anak-anak harmoni 2011 bakal mendapat IBU yang baru.... Namun, jauh disudut hati aku masih terkenang pelbagai kenangan suka duka bersama mereka, segala onar dan sengketa yang dicipta seolah menjadi rencah dalam hidup serta mengajarku untuk menjadi insan yang lebih tabah. 

Minggu yang lalu, aku ada mendengar cetusan yang mungkin tidak disengajakan oleh bekas anak harmoni 2011 yang mengatakan " Weh, aku rasa macam kurang kasih sayang lah dengan guru kelas kita sekarang..... "
Tersentuh hatiku mendengar cetusan itu, namun perlu aku ketepikan emosi dan hanya mampu menjadi pendengar tidak diundang (curi dengar je....)....  Jika aku masih menjadi guru kelas mereka, mampukah aku beri kasih sayang seperti yang didambakan oleh anak itu? Hurmmmm..... aku sendiri pun tak pasti........

     Tahun ini (2012), pengalaman bersama anak harmoni 2011 menjadi pedoman untukku menguruskan anak-anak harmoni 2012....  Banyak perbezaan yang dapat aku rasakan antara mereka.... Sememangnya mereka lebih digemari oleh guru-guru yang mengajar. Namun, aku masih merasakan hubungan antara aku dan mereka seolah ada JURANG..... Aku tidak dapat merasakan kemesraan mereka .... Mungkinkah aku yang mencipta jurang??? Aku cuba merapati mereka, namun tindakan refleks dari mereka - mereka seolah-olah tidak sudi berkongsi dunia mereka denganku.... Aku dapat rasakan mereka menganggap hubungan antara guru dan murid hanyalah berkisarkan pelajaran semata-mata.... Entahlah.... Mereka lebih gemar mendiamkan diri, berada dalam comfort zone mereka dan tidak mempunyai keinginan untuk menyumbang tenaga bagi menceriakan kelas, membuat aktiviti yang boleh dimanfaatkan bersama dengan rakan-rakan. (jika anak2 harmoni 2011, mereka sangat proaktif dalam aktiviti menyumbang tenaga dari segi fizikal mahupun mental untuk menjayakan sesuatu aktiviti yang boleh dimanfaatkan bersama. Misalnya, bagi menangani masalah murid lambat naik rehat, aku telah mencadangkan mereka untuk membuat jualan kecil-kecilan dalam kelas untuk memudahkan mereka sekiranya mereka tidak berkesempatan untuk turun rehat, mereka memberi kerjasama, membeli makanan secara pukal dan menjual sesama mereka sahaja dan makan apabila tidak sempat turun rehat - Kutipannya cukup memberansangkan...Namun, hasilnya tiada lagi masalah murid lambat naik dari rehat......) Anak-anak tahun ni mungkin boleh aku sifatkan sebagai lebih suka berdiam diri daripada menyusahkan diri...... Walaubagaimanapun, mereka tetap menjadi keutamaanku kerana pepatah cina mengatakan 只 要 功 夫 深, 铁 棒 磨 成 针 Zhi yao gong fu shen, tie bang mo cheng zhen - ( literally means if you work really hard, an iron bar could grind down to a needle. This means if one works patiently and persistently, anything can be achieved)  Aku percaya mereka pasti akan berubah seandainya aku berusaha untuk membentuk diri mereka. Tiada yang mustahilkan?? Sedangkan sebatang besi jika diasah pasti boleh menjadi sebatang jarum yang halus, inikan pula manusia...... Sekeras-keras kerak, jika direndam air pasti akan lembut jua.... Jika tidak, aku risau jika anak-anak ini meninggalkan dunia persekolahan kelak, mereka pasti akan hadapi kesukaran untuk bekerja dalam kelompok yang ramai atau kerja berkumpulan.... Jika diperingakat Universiti, kerja berkumpulan sentiasa menjadi tuntutan setiap kuliah yang dihadiri.... Bagaimana jika mereka tidak tahu bekerjasama serta tiada sifat Volunteerisme????

   Disebalik sifat suka berdiam diri, tetap ada sifat-sifat terpuji dalam diri mereka namun biarlah ia menjadi perhatianku kini..... Semoga Harmoni 2012 akan menjadi antara yang terbaik dalam bakal tercatat dalam sejarah hidupku.....