Pages

Sunday 15 January 2012

Gotong Royong Bersama 4 Harmoni 2012 - 14 Januari 2012

            Seawal 8.00 pagi semua guru serta murid-murid yang terlibat dengan Gotong Royong mulai membanjiri perkarangan sekolah. Selepas THUMB PRINT, aku terus menuju ke kereta untuk mengambil barang-barang yang akan digunakan untuk menghias kelas seperti kertas manila, tape, ribbon, stickers, markers dan lain-lain . Nasib baik si Ilyia muncul untuk membantu diikuti oleh Zarif, Shamiera dan Amir Lukman kalau tidak jenuh gak nak angkat barang-barang ni beserta sedikit kudapan untuk anak-anak harmoni ini. 

Kelas 4 Harmoni 2012
          Setiba di kelas 4 Harmoni 2012, semua kerusi di atas meja walaupun sedikit "senget" namun sekurang-kurangnya masih dalam keadaan yang teratur. Ok walaupun baru beberapa AJK yang datang membantu, sekurang-kurangnya ia masih lebih baik dari tiada sesiapa yang datang..... Kerja-kerja menyapu sampah dan susun meja dimulakan diikuti dengan kerja-kerja mengelap tingkap. Seorang demi seorang warga 4 Harmoni datang menunjukkan muka "sejuk skit hati mengenangkan yang beri nama tapi tak datang...." Setelah selesai kerja-kerja pembersihan, maka bermulalah kerja-kerja membersihkan dinding belakang dengan mengikis double sided tape yang melekap di dinding beserta soft board (foam board) yang telah rosak dengan kesan tapak kaki.  Lama jugak mereka membersihkan dinding di belakang. 

               Kehadiran 12 murid 4 Harmoni sedikit mengubati kekecewaan atas ketidakhadiran beberapa nurid lain. Kehadiran mereka juga nyata memudahkan kerja-kerja menggantung gambar, menampal stiker, membuat carta organisasi (jadual waktu dan jadual bertugas memang sudah tersedia) serta kerja-kerja menghias yang lain. Walaupun aku tahu mereka yang datang sebenarnya dalam keadaan terpaksa namun, aku tetap bangga kerana mereka masih mampu menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik. Terima kasih kepada semua yang hadir......  Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat dirakamkan sepanjang sesi Gotong Royong dijalankan.  

Kerja-kerja menampal stickers oleh Zarif, Aishah dan Azyan

Amir Lukman menyusun meja, Shamiera dan Firdaus menampal stiker...

Iylia turut membantu kerja-kerja menampal stiker oleh Firdaus dan Shamiera


Kenapalah stiker ni susah sangat....


Siapakah si pengacau ini???

Huda complain kata ada si pengacau yang merosakkan ribbon  yang  dipasang  bersama Amir Ashraf

Ait Muhammad penat ke??

Tekun Elyna dan Huda menyiapkan carta Organisasi

Beberapa kali stiker ni tersasar dari kedudukan sebenar

Senyum je bila kena wat kerja... Bagus...


Penat... Nak makan dulu....

Azyan dan Aishah ambil tempat untuk makan

Apa kena ngan si Amir ni???

Cantik tak???

Rakan kongsi - 1 Qudus juga banyak membantu



Ada taman depan kelas.....




Stiker kat depan pulak.... Gaduh je diorang ni.....

Muka bengang Shamiera..... sabar lah sayang oooiiii....

Yang ini pun cantik... 


TERIMA KASIH DAUN KELADI BUAT ZARIF, SHAMIERA, EYNA,  HUDA, AMIR LUKMAN, AZYAN, MUHAMMAD, AMIR ASHRAF, AISHAH, IYLIA, FIRDAUS, DAN AFIQ ADUAH ATAS KESUDIAN MENGHADIRKAN DIRI SERTA MENJAYAKAN GOTONG ROYONG KALI INI.....
           

Friday 13 January 2012

4 HARMONI 2012.....

            Hari ini merupakan minggu kedua mengenali warga 4 Harmoni 2012, setakat hari ini juga bilangan murid yang berdaftar menjadi warga 4H juga terdiri daripada 41 orang dengan kehadiran 3 orang baru dari 3 sekolah yang berbeza.Adakah angka ini akan terus bertambah atau berkurang??? Urmmmm...... Jangan lah bertambah lagi...... 


           Kekok sebenarnya berdepan dengan anak-anak baru 4H 2012, namun perasaan ini perlu kutepis sejauh mungkin bagi mewujudkan hubungan yang harmoni antara murid-murid baru 4H 2012.... Di awal perkenalan dengan warga 4H yang baru, aku agak terkejut kerana majoriti ahli kelas 4H terdiri daripada murid lelaki iaitu 25 lelaki dan hanya 16 perempuan... Berbeza dengan 4H 2011, hanya mempunyai 16 lelaki dan 16 perempuan... Walau apapun angkanya, tanggungjawab yang digalas tetap sama iaitu memastikan mereka semua dapat menjalani hidup sebagai warga harmoni yang saling menyayangi, saling bekerjasama, saling mempercayai, disegani oleh kelas-kelas yang lain, dikasihi oleh guru-guru yang lain..... Namun, diakui  bahawa rindu pada warga 4H 2011 tidak dapat disembunyikan. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula anak-anak 4H 2011 yang ditatang bagai minyak yang penuh. Segala kasih sayang yang dicurah pada mereka lahir dari hati yang ikhlas, namun apakah daya berikutan beberapa kekangan yang dihadapi, tidak dapatku meneruskan misi menjadi guru kelas mereka untuk 2012.... 

                Anak-anak 4H 2012, janganlah pula anda menganggap saya tidak mengalu-alukan anda di 4H 2012, kehadiran anda sebenarnya menjadi satu sumber inspirasi  untuk saya untuk belajar menjadi insan yang lebih cekal dan tabah dalam mengharungi dunia pendidikan. Harapan saya agar anda semua boleh menjadi pembakar semangat disaat saya lemah, menjadi penawar ketika saya luka, menjadi penglipur lara ketika saya duka, menjadi teman jua sahabat......... 

                   Kepada semua warga 4 Harmoni 2012, semoga anda semua menjalani hidup sebagai warga 4 Harmoni yang sentiasa harmoni, ceria, tekun, gigih, tidak mudah berputus asa serta mempunyai wawasan yang tinggi untuk menjadi insan yang berjaya.... Jangan mudah berputus asa, jangan mudah longlai, andai anda semua bersatu, tiada halangan yang mustahil bagi anda semua.... SELAMAT MAJU JAYA.....

Sunday 1 January 2012

1 JANUARI 2012 - Selamat Datang 2012....

                             Berlabuh sudah tirai 2011 menandakan semakin bertambah usia setiap insan di muka bumi ini. Kedatangan 2012 nyata dinanti-nantikan oleh setiap insan. Malam detik 12.00 malam cukupku nantikan untuk melihat percikan bunga api yang bergemerlapan di ruang udara. Tepat 12.00 malam aku dan temanku menantikan percikan bunga api dari rumah, walaupun tidak semeriah percikan bunga api di Dataran Merdeka atau I-City (kebetulan mengadakan sambutan Sayangi Selangor). Percikan bunga api yang mewarnai ruang udara sedikit sebanyak mengubati lara hati yang mengenangkan kisah suka duka di tahun 2011.
                               Tahun 2011 meninggalkan 1001 kenangan yang pahit dan manis dalam diari hidupku antaranya ialah kenangan bersama ahli keluarga yang dikasihi,  teman-teman, sahabat handai, rakan sekerja serta anak-anak didik yang disayangi. 2011 juga mengajarku untuk menjadi lebih tabah dalam menjalani cabaran dan dugaan, buat si dia yang kini telah menjadi tunangan orang lain, aku sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu dan pasanganmu, semoga kau dan dia akan sentiasa berbahagia selalu....... Aku terima keadaan ini , sesungguhnya ia mengajarku untuk menjadi lebih tabah dalam mengharungi tahun 2012...... Kenangan 12 tahun tentang dirimu akan aku jadikan pedoman bagi mengharungi hidup yang akan mendatang..... Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidupku.........

                                      Tahun 2012, hatiku mula berdetik apakah cabaranku tahun ini. Tahun 2012 aku sambut dengan melihat percikan bunga api dari kawasan perumahanku dan melayan cerita School Of Rocks di TV3 sehingga jam 3 pagi baruku berjaya melelapkan mata. Selain itu,disebelah petang aku bersama dua temanku juga sempat menghadiri kenduri kahwin rakan sekerjaku..... Selamat Pengantin Baru Norfifi dan Remy... Semoga berbahagia sehingga akhir hayat....  
                                  Sekembali dari kenduri kahwin temanku, aku dan housemateku sempat keluar bersiar-siar melihat sambutan tahun baru warga kota. Aku abadikan tarikh 1 Januari 2012 untuk aku menjejakkan kaki buat kali pertama ke KL FESTIVAL City yang baru beberapa bulan dibuka.... Walaupun sudah beberapa bulan beroperasi, hari ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke premis ini. First Impression aku apabila masuk ke parking premis ini - wah rendahnya menakutkan (1 negative impressionku pada KL Festival City) , kemudian aku gagahkan diri untuk masuk ke dalamnya.... Tidak jauh bezanya dengan mana-mana Shopping Mall yang pernah aku jelajahi... Namun tak sampai 15 minit di dalamnya membuatkan aku rasa sangat tidak selesa dan terus mengajak housemateku untuk keluar..... Kesesakan manusia walaupun tidak sesesak Mid Valley Megamall menjadikan aku rimas berada di sana... Sebelum membayar parking, ada seorang lelaki tetiba datang dan menompang sikunya di bahuku, housemateku dah terkejut, aku pandang bdk tu dan aku wat muka 10sen je... Pelik housemateku... Then aku tanya budak tu - "Apehal?? Keje sini ke??" Bdk tu menjawab " Ala cikgu, saya bosan lah kat umah!!"....  dia menceritakan dilemanya yang tak sedar rupanya dia hanya bekerja kontrak (untuk beberapa hari promosi je) dengan sebuah kedai di Premis itu. Dia menyangkakan bahawa dia diterima bekerja dengan kedai itu, rupanya dia hanya diberi kerja untuk seminggu je.... Kesian kat dia, terpaksa berusaha mencari kerja selang beberapa hari..... Dah nasib.. nak wat cmne..... Selepas bdk itu berlalu, housemateku berkata "Tu student akak ke?? saya ingat dia nak ragut akak... saya sedar dia kejar akak dari td lg...." Aku hanya mampu tersenyum sahaja.... Kalau betul bdk tu datang nak ragut aku mcmmane ek???? Seram gak tu.....
                                Selepas keluar dari KL FESTIVAL CITY, aku terus menuju ke Wangsa Walk Mall.... Walaupun ramai manusia namun aku merasa tenang sahaja di sana... Pelik kan??? Ingatkan aku sorang je yang rasa gitu namun housemateku pun sama...... Apapun pihak KL Festival City perlu mengambil inisiatif untuk mewujudkan suasana yang harmoni di premisnya agar sesiapa sahaja yang berada di dalamnya terasa aman dan damai sahaja di sana........

              1Januari 2012 ku dilalui dengan begitu pantas, namun harapanku untuk 2012 semoga dijauhkan dari insan-insan yang mempunyai perasan hasad dan dengki padaku, keluargaku, teman-temanku dan semua insan yang aku sayangi....Semoga semua insan yang hadir dalam hidupku dilimpahi dengan rahmat dan nikmat yang tidak ternilai dan dikurniakan dengan kesihatan yang baik..... Semoga Tahun 2012 menjadi tahun yang lebih baik dari yang sebelumnya... Selamat Datang 2012.......