Hari ini merupakan minggu kedua mengenali warga 4 Harmoni 2012, setakat hari ini juga bilangan murid yang berdaftar menjadi warga 4H juga terdiri daripada 41 orang dengan kehadiran 3 orang baru dari 3 sekolah yang berbeza.Adakah angka ini akan terus bertambah atau berkurang??? Urmmmm...... Jangan lah bertambah lagi......
Kekok sebenarnya berdepan dengan anak-anak baru 4H 2012, namun perasaan ini perlu kutepis sejauh mungkin bagi mewujudkan hubungan yang harmoni antara murid-murid baru 4H 2012.... Di awal perkenalan dengan warga 4H yang baru, aku agak terkejut kerana majoriti ahli kelas 4H terdiri daripada murid lelaki iaitu 25 lelaki dan hanya 16 perempuan... Berbeza dengan 4H 2011, hanya mempunyai 16 lelaki dan 16 perempuan... Walau apapun angkanya, tanggungjawab yang digalas tetap sama iaitu memastikan mereka semua dapat menjalani hidup sebagai warga harmoni yang saling menyayangi, saling bekerjasama, saling mempercayai, disegani oleh kelas-kelas yang lain, dikasihi oleh guru-guru yang lain..... Namun, diakui bahawa rindu pada warga 4H 2011 tidak dapat disembunyikan. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula anak-anak 4H 2011 yang ditatang bagai minyak yang penuh. Segala kasih sayang yang dicurah pada mereka lahir dari hati yang ikhlas, namun apakah daya berikutan beberapa kekangan yang dihadapi, tidak dapatku meneruskan misi menjadi guru kelas mereka untuk 2012....
Anak-anak 4H 2012, janganlah pula anda menganggap saya tidak mengalu-alukan anda di 4H 2012, kehadiran anda sebenarnya menjadi satu sumber inspirasi untuk saya untuk belajar menjadi insan yang lebih cekal dan tabah dalam mengharungi dunia pendidikan. Harapan saya agar anda semua boleh menjadi pembakar semangat disaat saya lemah, menjadi penawar ketika saya luka, menjadi penglipur lara ketika saya duka, menjadi teman jua sahabat.........
Kepada semua warga 4 Harmoni 2012, semoga anda semua menjalani hidup sebagai warga 4 Harmoni yang sentiasa harmoni, ceria, tekun, gigih, tidak mudah berputus asa serta mempunyai wawasan yang tinggi untuk menjadi insan yang berjaya.... Jangan mudah berputus asa, jangan mudah longlai, andai anda semua bersatu, tiada halangan yang mustahil bagi anda semua.... SELAMAT MAJU JAYA.....
0 comments:
Post a Comment