Pages

Wednesday 12 October 2011

Apa nak jadi dengan mereka????

            Hari ini aku dikejutkan dengan satu nota kecil yang tertampal dalam kelasku. Nota ini mencatatkan luahan seorang guru kepada semua anak-anak kelasku bagi menyatakan luahan terhadap attitude anak-anak kelasku. Berikut merupakan kata-kata yang di tulis oleh guru itu.....


Dear 4H,
            I understood your concern. Saya faham kenapa awak rasa tak puas hati. Exam mula 7.45am, tapi awak mula 15 minit lewat. Mesti awak rasa; "Kenapa 4H jugak yg kena?"


            Memang kerja nampak banyak, tapi kalau kesemua 32 org yg hadir tolong, cepat je siap. Tapi berapa ramai yang betul2 tolong? Ada yang tolong tengok je. Ada yang duduk berehat2 kat luar. Cikgu yg kena angkat kerusi & meja. Siapa yang nak exam sebenarnya? (Tapi yang peliknya, org yg tak tolong ni la yg duduk dulu bila kelas dah sedia). Tak baik awak buat kawan2 awak macam tu... Diorang bukan org gaji awk. Jgn rasa sombong sangat nak tolong kawan, nak tolong cikgu. 


              You're all adults now. So you need to be more responsible. After this, I hope you guys can sweep the floor, clear the rubbish, etc, supaya awak selesa buat exam. All the best for all your remaining papers! 
                                                                                                                                                                             Love, 
                                                                                                                                                                             Ms R



Setelah membaca teks ini, aku mula duduk termenung.... Ermmmm.... jika guru ini yang pertama kali relif kelas mereka pun sudah tak tahan dengan sifat bongkak yang ada pada segelintir anak-anak ini, apatah lagi guru-guru lain yang sudah sekian lama mengajar mereka. Apa akan terjadi jika sifat sebegini tidak dikikis dari anak-anak ini.... Fikir-fikirkan....  

Tuesday 11 October 2011

Bicara Anak Kecil Vs Bicara Remaja......

Bila si kecil mula kenali kutex....
          Hari ini, seorang rakan sekerjaku menceritakan kisah anak perempuannya yang berusia 5 tahun. Ranjeeta, si comel yang pintar dan cukup petah berkata-kata. Suatu hari, ibunya mengajarnya menggunakan pewarna kuku. "Come my dear, Amma wanna show you how to make your leg beautiful...." Si ibu mula mencalitkan pewarna kuku pada kakinya dan si kecil itu sangat menyukainya. Beberapa hati kemudian, si ibu sedang sibuk memasak dan meminta Ranjeeta untuk naik ke atas dan bermain bersama ayahnya. Kebiasaan, si bapa akan melayan si anak dengan membuka komputer dan mengajar anaknya bermain dengan komputer. Namun, pada hari itu, si ibu merasa pelik kerana tiada sebarang suara kedengaran dari tingkat atas. Didorang dengan perasaan pelik dan ingin tahu, si ibu menutup gas di dapur dan terus menuju ke tingkat atas. Di tingkat atas, si ibu melihat si ayah sedang tidur dan si anak sedang tekun melakukan sesuatu pada kaki bapanya. Tanpa berfikir panjang, si ibu terus menjerit pada anak kecilnya, "Ranjeetaaa... What are you doing? " Terkejut si ibu melihat si anak telah menconteng kaki bapanya menggunakan pewarna kuku. Tanpa sebarang rasa bersalah si kecil mula menjawab sambil mengangkat tangannya (seperti menyuruh ibunya berhenti) "Wait ha Amma, I'm trying to make Appa's legs beautiful." Tergamam sebentar si ibu. Nak marah tak boleh sebab itulah yang diajarnya pada si anak beberapa hari yang lepas. Mendengar kekecohan itu, si bapa mula sedar dari tidurnya dan terkejut dengan kakinya. "Nevermind lah.... She is learning her lesson. You are the one who teach her to make her leg beautiful with this then she try to apply it on me.  Take it easy. " Mendengar kata-kata si bapa, si ibu mula diam dan meninggalkan si anak bersama si ayah. Si ayah memainkan peranannya untuk menerangkan lebih lanjut tentang "PEWARNA KUKU" . 

          Suatu hari, tatkala sedang makan di kantin, ada seorang temanku membicarakan tentang seorang murid (si A) yang baru bertukar kelas. Semua guru mula tertanya-tanya kenapa dah nak habis tahun baru nak tukar kelas? Siap tukar aliran lagi. Ada yang mengatakan dia tukar kelas kerana tidak dapat mengikuti aliran sebelum ni. Tiba-tiba ada seorang temanku berkata kalau budak tu memang akak tak berkenan skit kerana dia pernah kurang ajar dengan akak. Temanku menceritakan pengalamannya "relif" kelas Si A pada waktu Pendidikan Jasmani (PJ) lelaki kerana gurunya berkursus. Semua murid lelaki kelasnya ingin bermain bola keranjang, maka temanku tidak keberatan untuk membenarkan mereka bermain kerana waktu itu kebetulan waktu PJ. Masa 35 minit tidak disia-siakan oleh semua murid kelas itu untuk bermain bola. Setelah hampir tamat waktu, temanku meminta semua murid untuk berhenti bermain dan beredar ke kelas. Hendak dijadikan cerita, Si A tidak mahu berhenti bermain setelah diminta berkali-kali untuk beredar ke kelas. Temanku mula naik marah setelah dipujuk berkali-kali untuk beredar ke kelas kerana khuatir guru waktu seterusnya telah masuk ke kelas. Bagi membolehkan si A berhenti bermain, temanku meminta bola darinya dengan cara yang lembut (temanku sememangnya seorang yang lemah lembut). Gagal mendapatkan bola dengan cara yang baik, temanku meminta teman si A untuk menyerahkan bola kepadanya, atas rasa hormat, teman si A menyerahkan bola itu kepada temanku, Si A tidak puas hati lalu berkata " Cikgu ni sapa? Nak main rampas-rampas bola saya?" Tidak cukup dengan kebiadapan kata-kata, Si A meluru ke arah temanku dan menyepak bola dari tangan temanku... Setelah mendapatkan bolanya, Si A terus berlari bersama kawan-kawan yang lain  menuju ke kelas mereka tanpa sebarang rasa bersalah... 

          Jika kedua-dua perkara ini berlaku pada diri anda, apa yang akan anda lakukan? Seandai tetiba seorang anak kecil datang menconteng kaki anda dengan pewarna kuku dan memberi alasan untuk mencantikkan kuku anda serta apabila ada seorang remaja yang datang mengambil bola dari tangan anda dengan cara menyepak bola itu?  Renung-renungkan.....