Pages

Wednesday 28 December 2011

Harmoni Forever.....

                                Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya ..... Imbas kembali kenangan 2011 dengan anak-anak Harmoni yang cukup menguji kesabarannyaku.... Di awal perkenalan dengan anak-anak harmoni 2011 - Anak-anak yang ku sifatkan sebagai cukup naif dalam menjalani dunia baru iaitu tingkatan 4.... Mereka sering dimomokkan dengan dunia Tingkatan 4 merupakan "Honeymoon year" sehingga mereka sering abaikan pelajaran, ada yang gemar bercakap "pot pet pot pet"  sepanjang masa, perasaan syak wasangka terhadap teman-teman seangkatan, ada yang suka dipuji + memuji diri sendiri, ada yang suka menyanyi, ada yang hanya mampu terdiam melihat telatah teman-teman.... Berbuih mulutku menasihati mereka, 1001 cara ku cuba untuk damaikan mereka, 24jam 7 hari seminggu senantiasa risaukan tentang mereka sehingga adakalanya aku banyak mengabaikan masa untuk diri sendiri. Tidak cukup dengan masalah ponteng dan bergaduh, lari umah juga menjadi salah satu pengalaman yang cukup membuatkan dadaku sesak, risau,pening serta menitiskan air mata.....   Namun, segala cabaran dan rintangan 2011 telah aku tempuhi bersama mereka...... Disebalik kenakalan mereka masih terselit juga sifat-sifat positif dalam diri mereka iaitu saling mengambil berat, suka membantu, sentiasa ceria (kadang2 terlampau ceria) dan sikap kerjasama (waktu exam terutamanya).......
                                Seiring dengan berlabuhnya tirai 2011, rasa berat hati untuk melepaskan mereka namun apakah daya... Kekangan subjek yang diajar membataskanku untuk terus menjadi guru kelas 5 Harmoni 2012.... Harapanku agar mereka boleh berubah ke arah yang lebih positif, menjadi anak yang lebih patuh kepada guru baru mereka, mementingkan pelajaran, mampu berusaha gigih untuk mencipta keunggulan dalam SPM 2012... Sama-sama kita doakan kejayaan mereka....

4 HARMONI 2012?? Siapakah geranan mereka?? Sungguh sinonim diriku dengan 4HARMONI.... 
2011 vs 2012??? Siapakah yang lebih mencabar kesabaranku??? 

Saturday 24 December 2011

Misi Memburu Kejuaraan 2012...... MWT Boleh!!!!!

                      12/12/11-18/12/11 yang lalu, atlet-atlet SMK Taman Melawati telah berjaya menjalani latihan conditioning (KEM OLAHRAGA 2011) di Tanah Rata Cameron Highland. Program latihan yang disusun secara teliti nyata mampu membangkitkan keyakinan para atlet dalam misi merangkul kejuaraan dalam MSSD 2012. Kekalahan 2011 dengan beza hanya 1 pingat nyata ingin ditebus kembali oleh para atlet bagi menaikkan kembali nama SMK Taman Melawati  sebagai JUARA..... 

                           Antara latihan yang dijalani oleh para atlet ialah Hill/Slope Run, Fartlek Training, Circuit Training, Diagonal Runs, Stairs (hoop) serta Cross Country Run (Jog to Strawberry Farm). Acara Telematch (pelbagai jenis permainan) dan Road Relay juga diadakan bagi mengelakkan para peserta terlalu stress dengan sesi latihan. 

                            Walaupun dalam cuaca yang tidak menentu (panas/hujan), komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta nyata amat memberansangkan. Walaupun ada yang sakit, namun kesakitan yang dialami tidak dijadikan alasan untuk ponteng latihan malahan dijadikan satu peransang untuk meneruskan latihan. Pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi oleh semua peserta dengan penuh kecekalan dan semangat setiakawan. 

                            Sifat tanggungjawab juga dapat ditonjolkan oleh setiap peserta yang bertugas setiap hari secara bergilir. Setiap ahli kumpulan yang bertugas sangat komited terhadap tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka seperti mengemas rumah, buang sampah, mop lantai dan juga memasak. Setiap ahli kumpulan dengan sedaya upaya cuba menghasilkan supper yang terbaik untuk disajikan kepada teman-teman. Antara supper yang dihasilkan ialah cekodok pisang, french fries, koey teow goreng, Rojak buah, mash potatoes dan pancake. Tidak terkecuali malam bbq yang menyajikan ayam bbq yang enak serta jagung bakar..... 

                               Antara luahan isi hati peserta yang dapat diluahkan ialah "saya rindu mak saya!!!", "Best dok sini! Tak nak balik!!!", "Tahun depan kita buat 2 minggu!!!!" dan yang paling istimewa " I think this camp not only to train our skills in sport but also about how to manage ourselves for not being too 'manja'.... Learn to do everything that we seldom do at home such as sweep the floor, wash the dishes, cooking (i never try before) bla bla bla...." serta "I love this CAMP!!!!" ........

                               Kesempatan keluar makan di bandar Brinchang juga dimanfaatkan oleh para peserta untuk mendapatkan beberapa barangan (buah tangan) untuk dibawa pulang disamping keluar makan dengan berpakaian yang sama nyata turut mencuri tumpuan warga Brinchang.... Ada yang berkata " Owh, semua yang pakai baju macam ni semua bergerak ke sana (arah KFC) !! " Menarik bukan? Kita bukan sahaja mencipta kelainan malah ia menjadi satu keistimewaan yang patut kita banggakan...... 

                                   Pesanan buat para Atlet SMK TAMAN MELAWATI - Semoga Kejayaan 2012 dan seterusnya akan sentiasa menjadi milik kita..... MWT NO. 1 Alwayssss.....................

Jom layan gambar sepanjang kem olahraga 2011 Cameron Highland...
Bergambar di Parit Waterfall selepas acara Cross Country 1

Pesediaan sebelum menawan Puncak Arabella

Puncak Arabela nantikan kehadiran kami


satu dua tiga empat lima.......

ada yang nak termuntah???

Lompat menuju puncak Arabella

Pesediaan sebelum Circuit Training


Taklimat sebelum circuit training

Menunjukkan kemahiran memasak

Berkumpul sebelum jog to strawberry Farm


kakinya sakit, namun semangatnya kental untuk teruskan perjalanan

Puncak Strawberry Park Resort

Rawatan kaki

Persediaan sebelum Road Relay


Road Relay

Malam Anugerah.....