Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya ..... Imbas kembali kenangan 2011 dengan anak-anak Harmoni yang cukup menguji kesabarannyaku.... Di awal perkenalan dengan anak-anak harmoni 2011 - Anak-anak yang ku sifatkan sebagai cukup naif dalam menjalani dunia baru iaitu tingkatan 4.... Mereka sering dimomokkan dengan dunia Tingkatan 4 merupakan "Honeymoon year" sehingga mereka sering abaikan pelajaran, ada yang gemar bercakap "pot pet pot pet" sepanjang masa, perasaan syak wasangka terhadap teman-teman seangkatan, ada yang suka dipuji + memuji diri sendiri, ada yang suka menyanyi, ada yang hanya mampu terdiam melihat telatah teman-teman.... Berbuih mulutku menasihati mereka, 1001 cara ku cuba untuk damaikan mereka, 24jam 7 hari seminggu senantiasa risaukan tentang mereka sehingga adakalanya aku banyak mengabaikan masa untuk diri sendiri. Tidak cukup dengan masalah ponteng dan bergaduh, lari umah juga menjadi salah satu pengalaman yang cukup membuatkan dadaku sesak, risau,pening serta menitiskan air mata..... Namun, segala cabaran dan rintangan 2011 telah aku tempuhi bersama mereka...... Disebalik kenakalan mereka masih terselit juga sifat-sifat positif dalam diri mereka iaitu saling mengambil berat, suka membantu, sentiasa ceria (kadang2 terlampau ceria) dan sikap kerjasama (waktu exam terutamanya).......
Seiring dengan berlabuhnya tirai 2011, rasa berat hati untuk melepaskan mereka namun apakah daya... Kekangan subjek yang diajar membataskanku untuk terus menjadi guru kelas 5 Harmoni 2012.... Harapanku agar mereka boleh berubah ke arah yang lebih positif, menjadi anak yang lebih patuh kepada guru baru mereka, mementingkan pelajaran, mampu berusaha gigih untuk mencipta keunggulan dalam SPM 2012... Sama-sama kita doakan kejayaan mereka....
4 HARMONI 2012?? Siapakah geranan mereka?? Sungguh sinonim diriku dengan 4HARMONI....
4 HARMONI 2012?? Siapakah geranan mereka?? Sungguh sinonim diriku dengan 4HARMONI....
2011 vs 2012??? Siapakah yang lebih mencabar kesabaranku???
0 comments:
Post a Comment