Pages

Wednesday 15 August 2012

Berat ko sorang je yang pikul

Kenapalah malam ni aku rasa macam semacam. Tetiba je hati mudah terusik. Jika sebelum ni aku tak kisah kalau kena wat kerja lebih tapi hari ni aku terasa macam DUNIA INI TIDAK ADIL.... Kenapa yang dapat kerja susah akan sentiasa menyusahkan diri dan yang dapat kerja senang akan sentiasa bersenang lenang. Mana pergi keadilan yang lantang disuarakan? Mana pergi pegangan BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING??? 

Apa yang membuatkan aku tidak puas hati hari ialah ---> aku yang sama sekali tak terlibat dalam program hari ni tapi aku masih mampu datang untuk membantu sedangkan orang yang sememangnya nama tersenarai hanya datang tayang batang hidung dan tengok kitorang yang buat kerja persis seorang mandur yang sedang mengawasi buruh-buruhnya.... Tetiba je rasa nak bagi tapak kaki  kat manusia itu.... Ko ingat aku lahap sangat nak tadah muka buat kerja yang bukan kerja aku??? Kalau bukan sebab insan-insan yang aku hormati merupakan ketua kerja-kerja itu, tak hingin aku hulurkan bantuan. (saya bantu dengan ikhlas - tapi tetiba rasa macam tak berapa ikhlas bila ade manusia macam itu) 

Cuba untuk muhasabah diri agar mampu berhadapan dengan manusia itu pada hari yang mendatang dengan lebih baik.... 

Friday 6 April 2012

Saya SAYANG ............

      Diam tak diam sudah menjangkau bulan ke-4 aku bersama dengan anak-anak 4 Harmoni. Namaku sememangnya sinonim dengan anak-anak Harmoni ni..... Cuma tahun ni kegiatanku agak terbatas bersama mereka dek kerana kekangan masa yang dihadapi. Jika tahun lepas, banyak masa yang boleh aku luangkan bersama anak-anak harmoni untuk mengikuti perkembangan semasa mereka. Namun tahun ni, aku sedikit terkilan kerana aku tidak mempunyai masa secukupnya untuk bersama-sama  mereka. Tambahan pula, anak-anak harmoni tahun ini sedikit berbeza dengan anak-anak harmoni tahun yang lepas.....

     Jika dibandingkan, memang aku akui anak-anak harmoni tahun lepas agak NAKAL + MANJA sehingga hampir pecah kepalaku memikirkan pelbagai karenah yang mereka ciptakan.... Jerih perih menjejaki mereka yang ponteng, mengalirkan air mata apabila kemarahan memuncak terhadap pelbagai onar juga sengketa yang tercipta sehingga aku buntu memikirkan apakah cara yang terbaik untuk menyatukan mereka.... Setiap hari pasti ada sahaja sengketa yang tercipta. Ibu mana yang boleh berdiam diri sahaja andai anak-anak bersengketa sesama sendiri? Belum lagi memikirkan kemana anak-anak yang sering HILANG apabila tiba SUBJEK yang mereka tidak gemari..... Aku menjadi seperti jaga di luar kelas, mengawasi mereka supaya tidak PONTENG...... Adoi... hampir sejam tercegat di luar kelas semata-mata nak memastikan mereka tidak hilang dan tidak dikenakan demerit. Berakhirnya 2011, aku mungkin dapat merasakan suatu perasan lega kerana anak-anak harmoni 2011 bakal mendapat IBU yang baru.... Namun, jauh disudut hati aku masih terkenang pelbagai kenangan suka duka bersama mereka, segala onar dan sengketa yang dicipta seolah menjadi rencah dalam hidup serta mengajarku untuk menjadi insan yang lebih tabah. 

Minggu yang lalu, aku ada mendengar cetusan yang mungkin tidak disengajakan oleh bekas anak harmoni 2011 yang mengatakan " Weh, aku rasa macam kurang kasih sayang lah dengan guru kelas kita sekarang..... "
Tersentuh hatiku mendengar cetusan itu, namun perlu aku ketepikan emosi dan hanya mampu menjadi pendengar tidak diundang (curi dengar je....)....  Jika aku masih menjadi guru kelas mereka, mampukah aku beri kasih sayang seperti yang didambakan oleh anak itu? Hurmmmm..... aku sendiri pun tak pasti........

     Tahun ini (2012), pengalaman bersama anak harmoni 2011 menjadi pedoman untukku menguruskan anak-anak harmoni 2012....  Banyak perbezaan yang dapat aku rasakan antara mereka.... Sememangnya mereka lebih digemari oleh guru-guru yang mengajar. Namun, aku masih merasakan hubungan antara aku dan mereka seolah ada JURANG..... Aku tidak dapat merasakan kemesraan mereka .... Mungkinkah aku yang mencipta jurang??? Aku cuba merapati mereka, namun tindakan refleks dari mereka - mereka seolah-olah tidak sudi berkongsi dunia mereka denganku.... Aku dapat rasakan mereka menganggap hubungan antara guru dan murid hanyalah berkisarkan pelajaran semata-mata.... Entahlah.... Mereka lebih gemar mendiamkan diri, berada dalam comfort zone mereka dan tidak mempunyai keinginan untuk menyumbang tenaga bagi menceriakan kelas, membuat aktiviti yang boleh dimanfaatkan bersama dengan rakan-rakan. (jika anak2 harmoni 2011, mereka sangat proaktif dalam aktiviti menyumbang tenaga dari segi fizikal mahupun mental untuk menjayakan sesuatu aktiviti yang boleh dimanfaatkan bersama. Misalnya, bagi menangani masalah murid lambat naik rehat, aku telah mencadangkan mereka untuk membuat jualan kecil-kecilan dalam kelas untuk memudahkan mereka sekiranya mereka tidak berkesempatan untuk turun rehat, mereka memberi kerjasama, membeli makanan secara pukal dan menjual sesama mereka sahaja dan makan apabila tidak sempat turun rehat - Kutipannya cukup memberansangkan...Namun, hasilnya tiada lagi masalah murid lambat naik dari rehat......) Anak-anak tahun ni mungkin boleh aku sifatkan sebagai lebih suka berdiam diri daripada menyusahkan diri...... Walaubagaimanapun, mereka tetap menjadi keutamaanku kerana pepatah cina mengatakan 只 要 功 夫 深, 铁 棒 磨 成 针 Zhi yao gong fu shen, tie bang mo cheng zhen - ( literally means if you work really hard, an iron bar could grind down to a needle. This means if one works patiently and persistently, anything can be achieved)  Aku percaya mereka pasti akan berubah seandainya aku berusaha untuk membentuk diri mereka. Tiada yang mustahilkan?? Sedangkan sebatang besi jika diasah pasti boleh menjadi sebatang jarum yang halus, inikan pula manusia...... Sekeras-keras kerak, jika direndam air pasti akan lembut jua.... Jika tidak, aku risau jika anak-anak ini meninggalkan dunia persekolahan kelak, mereka pasti akan hadapi kesukaran untuk bekerja dalam kelompok yang ramai atau kerja berkumpulan.... Jika diperingakat Universiti, kerja berkumpulan sentiasa menjadi tuntutan setiap kuliah yang dihadiri.... Bagaimana jika mereka tidak tahu bekerjasama serta tiada sifat Volunteerisme????

   Disebalik sifat suka berdiam diri, tetap ada sifat-sifat terpuji dalam diri mereka namun biarlah ia menjadi perhatianku kini..... Semoga Harmoni 2012 akan menjadi antara yang terbaik dalam bakal tercatat dalam sejarah hidupku.....




Thursday 15 March 2012

TENGOK WAYANG - JOHN CARTER....

               Semalam ada kawan belanja tengok wayang... Alang-alang orang belanja, aku pun ON je lah... Seperti yang dijanjikan kul 8.15 kitorang jumpa kat TGV Wangsa Walk... Tiket dia dah beli sebelah siang, nasib baik dapat seat E5 dan E6, kalau dapat A sakit leher nak dongak je kerja.... Keseluruhan memang full lah yang datang tengok JOHN CARTER nih... Crite dia best kot...

Jalan CERITA JOHN CARTER:
Carter menghantar telegram untuk anak saudaranya Edgar Burroughs untuk datang berjumpa dengannya. Namun setibanya Edgar di rumahnya, dia mendapat perkhabaran buruk yang menyatakan Pakciknya John Carter telah meninggal dunia dan mayatnya disemadikan di satu rumah khas yang pintunya hanya boleh dibuka dari dalam. Seterusnya, Edgar disenaraikan sebagai pewaris kekayaan yang dimiliki oleh Carter dan Peguam Carter menyerahkan satu buku (diari) kepada Edgar dan menyatakan bahawa hanya Edgar sahaja yang boleh membacanya....

Kisah pengembaraan Carter (seorang bekas tentera yang kematian isteri dan anak dalam kebakaran)bermula apabila apabila Carter terjumpa satu Gua EMAS (yang sememang dicari olehnya).... Satu THERN (wakil Tuhan) telah muncul dan menyerangnya dan dia berjaya menumpaskan Thern itu dengan menembaknya, sebelum Thern itu mati dia ada menyebut perkataan "BARSOOM" dan Carter mengulangi kata-kata Thern itu sambil memegang "medallion" khas (loket khas) yang membawanya ke satu tempat yang asing baginya (dikenali sebagai BARSOOM)... Setiba di tempat itu, Carter mendapati dia mempunyai keupayaan untuk lompat pada jarak yang jauh/tinggi.... Kemudian dia ditawan oleh puak Thark. Namun kelebihan barunya menjadikannya sanjungan puak Thark dengan gelaran DOTAR SOJAR setelah berjaya menumpaskan serangan puak Zodanga .... 

(Menariknya, kegagahan dan keperwiraan Carter adalah berpunca dari graviti, cuaca dan keadaan Marikh yang berlainan dengan Bumi. Di Marikh, Carter mempunyai kekuatana luar biasa (dia mampu membunuh seekor thark dengan satu tumbukan) serta kecergasan dan lompatan luar biasa (boleh melompat lebih tinggi bangunan 10 tingkat). http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=11487&c=4&s=35

 (Di luar pengetahuan Carter juga, dua komuniti terbesar di Marikh, Zodanga dan Helium sedang berperang. Puteri kerajaan Helium yang terlihat kemampuan luar biasa Carter, kemudiannya merancang untuk menggunakan Carter sebagai aset utamanya dalam memerangi peperangan ini.
Konflik yang berlaku menyebabkan Carter berbelah bahagi sama ada ingin mencari jalang pulang ke Bumi atau membantu Helium memerangi Zodanga kerana pada masa yang sama, dia telah jatuh hati dengan Puteri kerajaan Helium.) http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=11487&c=4&s=35

Petikan di atas merupakan sedikit review dari murai.com.my tentang crite ini.....

mampukah Carter membantu Helium untuk menumpaskan Zodanga dan menyelamatkan Barsoom??? Jom lah tengok crite tu ....  RATING: 4 stars


Sunday 15 January 2012

Gotong Royong Bersama 4 Harmoni 2012 - 14 Januari 2012

            Seawal 8.00 pagi semua guru serta murid-murid yang terlibat dengan Gotong Royong mulai membanjiri perkarangan sekolah. Selepas THUMB PRINT, aku terus menuju ke kereta untuk mengambil barang-barang yang akan digunakan untuk menghias kelas seperti kertas manila, tape, ribbon, stickers, markers dan lain-lain . Nasib baik si Ilyia muncul untuk membantu diikuti oleh Zarif, Shamiera dan Amir Lukman kalau tidak jenuh gak nak angkat barang-barang ni beserta sedikit kudapan untuk anak-anak harmoni ini. 

Kelas 4 Harmoni 2012
          Setiba di kelas 4 Harmoni 2012, semua kerusi di atas meja walaupun sedikit "senget" namun sekurang-kurangnya masih dalam keadaan yang teratur. Ok walaupun baru beberapa AJK yang datang membantu, sekurang-kurangnya ia masih lebih baik dari tiada sesiapa yang datang..... Kerja-kerja menyapu sampah dan susun meja dimulakan diikuti dengan kerja-kerja mengelap tingkap. Seorang demi seorang warga 4 Harmoni datang menunjukkan muka "sejuk skit hati mengenangkan yang beri nama tapi tak datang...." Setelah selesai kerja-kerja pembersihan, maka bermulalah kerja-kerja membersihkan dinding belakang dengan mengikis double sided tape yang melekap di dinding beserta soft board (foam board) yang telah rosak dengan kesan tapak kaki.  Lama jugak mereka membersihkan dinding di belakang. 

               Kehadiran 12 murid 4 Harmoni sedikit mengubati kekecewaan atas ketidakhadiran beberapa nurid lain. Kehadiran mereka juga nyata memudahkan kerja-kerja menggantung gambar, menampal stiker, membuat carta organisasi (jadual waktu dan jadual bertugas memang sudah tersedia) serta kerja-kerja menghias yang lain. Walaupun aku tahu mereka yang datang sebenarnya dalam keadaan terpaksa namun, aku tetap bangga kerana mereka masih mampu menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik. Terima kasih kepada semua yang hadir......  Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat dirakamkan sepanjang sesi Gotong Royong dijalankan.  

Kerja-kerja menampal stickers oleh Zarif, Aishah dan Azyan

Amir Lukman menyusun meja, Shamiera dan Firdaus menampal stiker...

Iylia turut membantu kerja-kerja menampal stiker oleh Firdaus dan Shamiera


Kenapalah stiker ni susah sangat....


Siapakah si pengacau ini???

Huda complain kata ada si pengacau yang merosakkan ribbon  yang  dipasang  bersama Amir Ashraf

Ait Muhammad penat ke??

Tekun Elyna dan Huda menyiapkan carta Organisasi

Beberapa kali stiker ni tersasar dari kedudukan sebenar

Senyum je bila kena wat kerja... Bagus...


Penat... Nak makan dulu....

Azyan dan Aishah ambil tempat untuk makan

Apa kena ngan si Amir ni???

Cantik tak???

Rakan kongsi - 1 Qudus juga banyak membantu



Ada taman depan kelas.....




Stiker kat depan pulak.... Gaduh je diorang ni.....

Muka bengang Shamiera..... sabar lah sayang oooiiii....

Yang ini pun cantik... 


TERIMA KASIH DAUN KELADI BUAT ZARIF, SHAMIERA, EYNA,  HUDA, AMIR LUKMAN, AZYAN, MUHAMMAD, AMIR ASHRAF, AISHAH, IYLIA, FIRDAUS, DAN AFIQ ADUAH ATAS KESUDIAN MENGHADIRKAN DIRI SERTA MENJAYAKAN GOTONG ROYONG KALI INI.....
           

Friday 13 January 2012

4 HARMONI 2012.....

            Hari ini merupakan minggu kedua mengenali warga 4 Harmoni 2012, setakat hari ini juga bilangan murid yang berdaftar menjadi warga 4H juga terdiri daripada 41 orang dengan kehadiran 3 orang baru dari 3 sekolah yang berbeza.Adakah angka ini akan terus bertambah atau berkurang??? Urmmmm...... Jangan lah bertambah lagi...... 


           Kekok sebenarnya berdepan dengan anak-anak baru 4H 2012, namun perasaan ini perlu kutepis sejauh mungkin bagi mewujudkan hubungan yang harmoni antara murid-murid baru 4H 2012.... Di awal perkenalan dengan warga 4H yang baru, aku agak terkejut kerana majoriti ahli kelas 4H terdiri daripada murid lelaki iaitu 25 lelaki dan hanya 16 perempuan... Berbeza dengan 4H 2011, hanya mempunyai 16 lelaki dan 16 perempuan... Walau apapun angkanya, tanggungjawab yang digalas tetap sama iaitu memastikan mereka semua dapat menjalani hidup sebagai warga harmoni yang saling menyayangi, saling bekerjasama, saling mempercayai, disegani oleh kelas-kelas yang lain, dikasihi oleh guru-guru yang lain..... Namun, diakui  bahawa rindu pada warga 4H 2011 tidak dapat disembunyikan. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula anak-anak 4H 2011 yang ditatang bagai minyak yang penuh. Segala kasih sayang yang dicurah pada mereka lahir dari hati yang ikhlas, namun apakah daya berikutan beberapa kekangan yang dihadapi, tidak dapatku meneruskan misi menjadi guru kelas mereka untuk 2012.... 

                Anak-anak 4H 2012, janganlah pula anda menganggap saya tidak mengalu-alukan anda di 4H 2012, kehadiran anda sebenarnya menjadi satu sumber inspirasi  untuk saya untuk belajar menjadi insan yang lebih cekal dan tabah dalam mengharungi dunia pendidikan. Harapan saya agar anda semua boleh menjadi pembakar semangat disaat saya lemah, menjadi penawar ketika saya luka, menjadi penglipur lara ketika saya duka, menjadi teman jua sahabat......... 

                   Kepada semua warga 4 Harmoni 2012, semoga anda semua menjalani hidup sebagai warga 4 Harmoni yang sentiasa harmoni, ceria, tekun, gigih, tidak mudah berputus asa serta mempunyai wawasan yang tinggi untuk menjadi insan yang berjaya.... Jangan mudah berputus asa, jangan mudah longlai, andai anda semua bersatu, tiada halangan yang mustahil bagi anda semua.... SELAMAT MAJU JAYA.....

Sunday 1 January 2012

1 JANUARI 2012 - Selamat Datang 2012....

                             Berlabuh sudah tirai 2011 menandakan semakin bertambah usia setiap insan di muka bumi ini. Kedatangan 2012 nyata dinanti-nantikan oleh setiap insan. Malam detik 12.00 malam cukupku nantikan untuk melihat percikan bunga api yang bergemerlapan di ruang udara. Tepat 12.00 malam aku dan temanku menantikan percikan bunga api dari rumah, walaupun tidak semeriah percikan bunga api di Dataran Merdeka atau I-City (kebetulan mengadakan sambutan Sayangi Selangor). Percikan bunga api yang mewarnai ruang udara sedikit sebanyak mengubati lara hati yang mengenangkan kisah suka duka di tahun 2011.
                               Tahun 2011 meninggalkan 1001 kenangan yang pahit dan manis dalam diari hidupku antaranya ialah kenangan bersama ahli keluarga yang dikasihi,  teman-teman, sahabat handai, rakan sekerja serta anak-anak didik yang disayangi. 2011 juga mengajarku untuk menjadi lebih tabah dalam menjalani cabaran dan dugaan, buat si dia yang kini telah menjadi tunangan orang lain, aku sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu dan pasanganmu, semoga kau dan dia akan sentiasa berbahagia selalu....... Aku terima keadaan ini , sesungguhnya ia mengajarku untuk menjadi lebih tabah dalam mengharungi tahun 2012...... Kenangan 12 tahun tentang dirimu akan aku jadikan pedoman bagi mengharungi hidup yang akan mendatang..... Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidupku.........

                                      Tahun 2012, hatiku mula berdetik apakah cabaranku tahun ini. Tahun 2012 aku sambut dengan melihat percikan bunga api dari kawasan perumahanku dan melayan cerita School Of Rocks di TV3 sehingga jam 3 pagi baruku berjaya melelapkan mata. Selain itu,disebelah petang aku bersama dua temanku juga sempat menghadiri kenduri kahwin rakan sekerjaku..... Selamat Pengantin Baru Norfifi dan Remy... Semoga berbahagia sehingga akhir hayat....  
                                  Sekembali dari kenduri kahwin temanku, aku dan housemateku sempat keluar bersiar-siar melihat sambutan tahun baru warga kota. Aku abadikan tarikh 1 Januari 2012 untuk aku menjejakkan kaki buat kali pertama ke KL FESTIVAL City yang baru beberapa bulan dibuka.... Walaupun sudah beberapa bulan beroperasi, hari ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke premis ini. First Impression aku apabila masuk ke parking premis ini - wah rendahnya menakutkan (1 negative impressionku pada KL Festival City) , kemudian aku gagahkan diri untuk masuk ke dalamnya.... Tidak jauh bezanya dengan mana-mana Shopping Mall yang pernah aku jelajahi... Namun tak sampai 15 minit di dalamnya membuatkan aku rasa sangat tidak selesa dan terus mengajak housemateku untuk keluar..... Kesesakan manusia walaupun tidak sesesak Mid Valley Megamall menjadikan aku rimas berada di sana... Sebelum membayar parking, ada seorang lelaki tetiba datang dan menompang sikunya di bahuku, housemateku dah terkejut, aku pandang bdk tu dan aku wat muka 10sen je... Pelik housemateku... Then aku tanya budak tu - "Apehal?? Keje sini ke??" Bdk tu menjawab " Ala cikgu, saya bosan lah kat umah!!"....  dia menceritakan dilemanya yang tak sedar rupanya dia hanya bekerja kontrak (untuk beberapa hari promosi je) dengan sebuah kedai di Premis itu. Dia menyangkakan bahawa dia diterima bekerja dengan kedai itu, rupanya dia hanya diberi kerja untuk seminggu je.... Kesian kat dia, terpaksa berusaha mencari kerja selang beberapa hari..... Dah nasib.. nak wat cmne..... Selepas bdk itu berlalu, housemateku berkata "Tu student akak ke?? saya ingat dia nak ragut akak... saya sedar dia kejar akak dari td lg...." Aku hanya mampu tersenyum sahaja.... Kalau betul bdk tu datang nak ragut aku mcmmane ek???? Seram gak tu.....
                                Selepas keluar dari KL FESTIVAL CITY, aku terus menuju ke Wangsa Walk Mall.... Walaupun ramai manusia namun aku merasa tenang sahaja di sana... Pelik kan??? Ingatkan aku sorang je yang rasa gitu namun housemateku pun sama...... Apapun pihak KL Festival City perlu mengambil inisiatif untuk mewujudkan suasana yang harmoni di premisnya agar sesiapa sahaja yang berada di dalamnya terasa aman dan damai sahaja di sana........

              1Januari 2012 ku dilalui dengan begitu pantas, namun harapanku untuk 2012 semoga dijauhkan dari insan-insan yang mempunyai perasan hasad dan dengki padaku, keluargaku, teman-temanku dan semua insan yang aku sayangi....Semoga semua insan yang hadir dalam hidupku dilimpahi dengan rahmat dan nikmat yang tidak ternilai dan dikurniakan dengan kesihatan yang baik..... Semoga Tahun 2012 menjadi tahun yang lebih baik dari yang sebelumnya... Selamat Datang 2012.......