Pages

Friday 23 September 2011

Hari Pesaraan Pn Norain Shuib & Pn Siti Zauyah Mohamed

Tanggal 26 September 2011, menjadi satu detik bersejarah bagi semua warga SMKTM di mana semua warga sekolah telah kehilangan dua butir permata yang cukup berharga iaitu GPK kesayangan semua warga SMKTM Pn Norain Bt Shuib dan Pn Siti Zauyah Mohamed. 

Pn Norain Shuib - Insan pertama yang aku temui sejak pertama kali aku menjejak kaki ke SMKTM pada 13 Julai 2009 untuk lapor diri. Bagiku beliau merupakan insan yang paling "cool" yang pernah aku temui di SMKTM.... Semua masalah yang mendatang ditangani beliau dengan cara yang cukup "cool" dan semua pihak berpuas hati..... Sewaktu aku menampal kertas kerja tentang Majlis Pesaraan beliau, ada seorang guru datang dan berkata " Kalau Kak Ain punya pasal, bagi banyak kerja pun tak kisah.... akak sanggup!" Begitulah perumpamaannya rasa sayang semua warga SMKTM pada beliau. Tidak pernah sekali pun apabila berurusan dengan beliau aku mahupun teman-teman yang lain akan terasa hati, malahan kami berasa amat berbesar hati untuk melakukan setiap tugasan yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab. Tidak pernahku mendengar mana-mana guru merungut tentangnya. Walaupun sebagai pendatang baru di SMKTM, aku dapat merasakan beliau sangat mudah mesra dengan semua dan cukup prihatin dan memahami kami semua warga SMKTM... TQ Kak Ain, jasamu dikenang....  1 September 2011, beliau mendapat kelulusan untuk bersara awal setelah lebih 25 tahun berkhidmat sebagai warga pendidik. Walaupun diraikan sedikit lewat dek kerana kesibukan pelajar menduduki peperiksaan, namun bagi kami warga SMKTM, tetap merasa kehilangan yang teramat..... Semoga K.Ain sentiasa mempunyai kesihatan yang baik dan bergembira sentiasa....

Pn Siti Zauyah Mohamed - Walaupun telah 2 tahun di SMKTM, aku tidak begitu mengenali beliau kerana beliau mengajar di sesi petang dan aku di sesi pagi. Namun, ia tidak menghalang kemesraan yang wujud sebagai rakan sekerja kerana Kak Siti sangat "mesra alam" dan sifat keibuan yang ada pada diri beliau amat dikagumi kerana aku sangat mudah mendekati beliau dan beliau sangat mesra dan penyayang. Beliau tidak lokek dengan senyuman setiap kali kami bersua walau di mana-mana. Tidak banyak yang bolehku ceritakan tentang beliau namun apa yang pasti, semua warga SMKTM juga pasti merasa kehilangan beliau sebagai seorang guru yang cukup disenangi. Semoga Kak Siti sentiasa di dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa ceria ..... 

Kehilangan 2 insan yang cukup bermakna buat warga SMKTM.... mula merindui mereka...... <3

Sunday 18 September 2011

KEM CERDIK CUKAI (Day 3)

Hari ke-3 KCC1, rasa berat hati mulai bersarang di hati setiap peserta untuk meninggalkan APM setelah 2 malam berkampung dan berkenalan dengan rakan-rakan baru dari tiga buah negeri. Persahabatan yang terjalin menyaksikan semua peserta mulai mengambil maklumat peribadi rakan-rakan baru terutamanya emel (nak add FB) hahaha..... Namun, aktiviti pagi ni perlu diteruskan dengan sarapan pagi yang cukup enak dan peserta mulai membanjiri Auditorium sekitar jam 8.50 pagi untuk Taklimat Kerjaya. 

Taklimat kerjaya dibahagikan kepada 2 sesi iaitu:
Sesi Pertama - Peluang kerjaya dalam bidang percukaian (SWASTA)
               Sesi ini dikendalikan oleh 2 orang wakil dari ctim (CHARTERED TAX INSTITUTE OF MALAYSIA) iaitu Ms Seah Siew Yun Senior Executive Director Tax Advisory and Compliance di Grant Thornton juga merangkap pengawai Pendidikan di CITM serta Ms Nancy Kaaur d/o Pak Singh Manager of Examination & Education di CITM.

Ms Seah Siew Yun

Ms Nancy Kaaur
Sesi Kedua - Peluang kerjaya di LHDNM
                      Sesi ini dikendalikan oleh wakil dari Jabatan Sumber Manusia LHDNM. (sorry tak sempat catat nama pegawai yang memberi taklimat)
Pastikan anda bersedia untuk hadiri temuduga.... bla bla bla
(banyak tips yang dikongsikan)
Kedua-dua sesi ini banyak membantu peserta dalam mendalami bidang kerjaya yang bidang percukaian serta para peserta juga mendapat tips-tips penting bagi menghadiri temuduga. TQ KCC kerana banyak memberi info-info yang menarik tentang dunia PERCUKAIAN kepada para pelajar.....

Selesai taklimat kerjaya, para peserta diberi masa untuk minum pagi  dan meneruskan sesi seterusnya iaitu sesi PERUMUSAN oleh 5 wakil pelajar yang terpilih. Wakil-wakil pelajar diminta merumuskan pengalaman sepanjang mereka berada di APM dalam masa 5 minit. 


Khaidir -Wakil dari Selangor (SMK Tengku Ampuan Rahimah)

juga wakil dari Selangor

Upacara terakhir KCC merupakan Majlis Penutup dan penyampaian sijil... Majlis penutup KCC1 disempurnakan oleh Timbalan Pengarah LHDNM Dato Dr Siti Mariam Che Ayub. 




Walaupun berat hati meninggalkan APM, namun kenangan KCC1 di APM pasti sentiasa terpahat di hati setiap peserta. TQ KCC 1, TQ APM, TQ LHDNM dan TQ KPM kerana memberi kami peluang untuk menyertai program ini...

Wajah ceria bersama teman-teman baru.....





KEM CERDIK CUKAI (Day 2)

Hari ke-2 Kem Cerdik Cukai 2011... Seawal 6.50 pagi Min dah sms mengatakan "Cikgu dah bangun ke belum?  kitorang dah ada kat bawah..." Adoi awalnya budak-budak ni turun makan, then kena naik balik... Majlis mula kul 9.00, semua peserta perlu berada di Auditorium pada 8.30 pagi... Jadi sempat lah aku tengok TV dulu sebelum turun makan.... Selepas bersiap, aku turun ke dewan makan.... breakfast pagi ni Mee Goreng, roti bakar, dan cereal + milk... Selepas breakfast, semua peserta terus berada di dalam dewan untuk upacara perasmian Kem Cerdik Cukai 2011. 

Perasmian KEM CERDIK CUKAI 2011 disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, DATO' DR. MOHD. SHUKOR HJ. MAHFAR dan turut disaksikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia DATO' GHAFAR BIN MAHMUD. Selepas upacara perasmian, semua peserta diminta berkumpul di taman untuk sesi fotografi. (gambar yang keluar paper aritu...hehehe) Selepas fotografi adalah sesi untuk "GAIN Weight" haha makan lagi..... 


Selepas minum pagi, kami disajikan tentang TAKLIMAT PERCUKAIAN oleh Encik Muhammad Mustafa Said, Pengarah Pusat Latihan Antarabangsa dan Pembelajaran Cukai merangkap Pengarah KCC 1. Dalam taklimat percukaian ini, Encik Mus mengupas tentang komponen-komponen dalam Sistem Percukaian Malaysia. Kupasan isu yang menarik tentang cukai, perbelanjaan kerajaan, siapa yang perlu bayar cukai mendorong para peserta bertanyakan pelbagai soalan yang menarik seperti "perlukah seorang pengemis membayar cukai?" "perlukah seorang pelacur membayar cukai?" Jawapan dari Encik Mus nyata membuka mata semua peserta di mana sesiapa sahaja yang mempunyai pendapatan yang melayakkannya membayar cukai perlu membayar cukai walaupun seseorang itu hanyalah seorang bayi yang baru lahir (bayi yang menerima warisan daripada ahli keluarga). Penglibatan aktif para peserta nyata menjadikan sesi taklimat percukaian lebih menarik dan ceria. Selepas taklimat percukaian, acara "gain weight" mengambil tempat di mana semua peserta disajikan dengan makan tengahari yang enak. Bagi sesi sebelah petang, semua peserta dikehendaki menukar pakaian rasmi kepada T-shirt KCC1 yang berwarna OREN bagi pelajar, MERAH bagi guru pengiring dan KUNING bagi pihak urusetia.....


Sesi seterusnya menyaksikan satu auditorium dipenuhi dengan warna yang ceria iaitu oren. Semua peserta bersemangat untuk meneruskan acara yang seterusnya iaitu TAKLIMAT E-FILING..... E-filing merupakan satu sistem yang disediakan oleh LHDNM untuk memudahkan masyarakat membayar cukai masing-masing tanpa perlu berurusan di kaunter LHDNM. Dalam taklimat ini, para peserta diperkenalkan kepada tatacara mengisi e-filing sebelum mengikuti amali di makmal. Sejam kemudian, para peserta KCC dikumpulkan di hadapan Auditorium untuk bergerak ke AK6 (Akademi 6) untuk sesi amali pengisian e-filing. Hujan rintik-rintik tidak mematahkan semangat para peserta untuk terus mara ke AK 6 yang terletak kira-kira 600m dari Auditorium... Sebelum ke AK 6, para peserta telah dimaklumkan lebih awal tentang lokasi makmal bagi setiap sekolah. Para peserta dipecahkan kepada 4 kumpulan mengikut sekolah dan ditempatkan di 4 makmal komputer yang berlainan. 


Kami ditempatkan di makmal di Tingkat 6. Setelah semua peserta mengambil tempat (1pc-2 orang pelajar), peserta dibekalkan dengan maklumat peribadi untuk diisi semasa membuat amali e-filing.... "Tuanya orang ni lahir tahun 1928" Komen beberapa pelajar tentang maklumat yang diberi.... Aku hanya tersenyum sambil hatiku berkata " isi je lah.... latihan je...." Langkah demi langkah diberi tunjuk ajar yang teliti oleh pegawai-pegawai dari LHDNM. Setelah berjaya mendapat amaun cukai yang perlu dibayar, nyata semua peserta kelihatan sangat gembira.... Acara minum petang diadakan di bangunan AK 6 sebelum semua peserta kembali ke Auditorium. 


Sekembali dari AK6, para peserta diberi masa untuk SOLAT dan berkumpul semula di Auditorium untuk aktiviti TEAM BUILDING..... Aktiviti TEAM BUILDING sepatutnya diadakan di Padang Kawad sebelah AK6 namun ditukar lokasi ke DEWAN SRI HASIL..... Selepas berkumpul di Auditorium, para peserta dibawa ke Dewan Sri Hasil untuk aktiviti Team Building.... Para peserta dibahagikan mengikut kumpulan berdasarkan warna riben masing-masing. Guru pengiring pula dibawa melawati kawasan sekitar APM dan diberi penerangan mengenai lokasi-lokasi yang dilawati. Setelah tamat aktiviti TEAM BUILDING, para peserta pulang ke bilik masing-masing untuk bersihkan diri dan Makan Malam..... (para peserta diminta berkumpul semula di Auditorium pada jam 8.45pm untuk Sesi Ceramah Motivasi bersama tetamu istimewa.....)


Aktiviti pada sebelah malam merupakan acara yang sememangnya dinantikan oleh semua peserta yang hadir. Keterujaan untuk berjumpa dengan tetamu undangan khas iaitu MEJAR DR FAIZ KHALEED membuatkan ramai antara peserta yang tiba awal di Auditorium dengan berpakaian yang cantik (seolah-olah malam kebudayaan pula....). Sementara menunggu ketibaan Dr Faiz, peserta disajikan dengan tayangan video tentang angkasawan negara. Tiba-tiba suasana auditorium mulai gamat dengan bunyi tepukan gemuruh dari belakang iaitu apabila peserta yang berada di belakang mula menyedari kehadiran Dr Faiz.... Tepukan yang gemuruh mengiringi perjalanan Dr Faiz dari belakang Auditorium sehingga ke pentas... Dr Faiz memberikan ceramah tentang kejayaan. Beliau berkongsi pengalaman sebelum beliau berjaya pada hari ini. Nyata pengalaman yang dikongsikan dalam masa 1jam 30 minit nyata mendapat reaksi positif dari para pelajar, namun ada yang sedikit bosan kerana kurang memahami ceramah yang diberikan (Dr Faiz banyak menggunakan Bahasa Inggeris - Diharap Dr Faiz dapat menukar cara penyampaian ceramah dengan cara yang lebih santai dan ceria serta boleh difahami oleh semua ) Walauapapun, sesi fotografi bersama Dr Faiz dilihat lebih ceria di mana semua peserta tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Dr Faiz walaupun terpaksa bertolak. (Aku? hanya duduk melihat telatah pelajar-pelajar... Namun, Umi tetiba sahaja datang dan menolakku ke dalam kumpulan itu dan "click" dapat 1 gambarku bersama Dr Faiz....hehehe) Aku skip supper malam tu kerana dah kenyang... Balik bilik n zzz.... (teringat kata-kata beberapa pelajar semasa fotografi bersama Dr faiz, "aku tak nak cuci tangan sebab dapat salam ngan Dr Faiz... ada jugak yang dapat t/tgn Dr Faiz pada baju.... apapun penglaman yang menarik seperti tak patut disia-siakan oleh setiap perserta....


Berikut merupakan beberapa gambar pada hari ke-2.... Jom tengok....


1. Upacara perasmian

Barisan VIP diarak masuk ke dewan

Nyanyian lagu NEGARAKU



Dari Kiri: Dato' Ghafar Mahmud, Dato' Dr Mohd Shukor B. Mahfar, Encik Nizom Sairi

Bacaan Doa

Persembahan Koir 

Para peserta KCC memberi penuh tumpuan kepada ucapan perasmian

Ucapan KPPM - Dato Ghafar Mahmud

Ucapan Perasmian oleh CEO LHDNM Dato' Dr Mohd Shukor  Mahfar

VIP  bertukar cenderahati

Sesi Fotografi di taman






2. Taklimat Percukaian







Encik Mus memberikan penerangan tentang percukaian

Komponen dalaman sistem percukaian




3. Taklimat E-Filing dan Amali E-filing 




Taklimat e-filing


Auditorium dipenuhi dengan warna OREN....



Peserta berkumpul sebelum bergerak ke bangunan AK6
Bergerak ke AK6


Tiba di bangunan AK 6

1 pc = 2 pelajar

Naz sempat main game

Masa untuk aplikasikan e-filing

Selesai e-filing


masa untuk minum petang

Santai betul mereka ni....

Bangunan AK6


4. Antara aktiviti Team Building adalah seperti gambar-gambar berikut:


Pembahagian kumpulan mengikut warna riben

Barisan fasilitator yang komited







Guru-guru pula dibawa melawat kawasan sekitar APM
 5. Motivasi Bersama Mejar Dr Faiz Khaleed


Sabar menanti kehadiran Dr Faiz
Insan yang dinanti-nantikan

Bersemangat Dr Faiz memberikan ceramah


Sesi fotografi bersam Dr Faiz


one and the only pic yang berjaya dirakamkan setelah puas dipaksa oleh Umi...
apapun TQ umi... ada gak kenangan ....