Pages

Friday, 16 September 2011

KEM CERDIK CUKAI (Day 1)

9 September 2011 - 11 September 2011, pihak LHDNM (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia) dengan kerjasama KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) telah menganjurkan buat julung kalinya KEM CERDIK CUKAI (KCC 1) yang disertai oleh 200 pelajar tingkatan 6 dan 51 orang guru pengiring. 

Kisah kali ini mungkin agak panjang namun pengisian sepanjang 3 Hari 2 Malam ini mengimbau kembali zamanku menjadi pelajar..... Kisah-kisah bakalku muatkan kali ini adalah berkisarkan tentang pengalamanku bersama 4 pelajar tingkatan 6 dari mula - sebelum, semasa dan selepas tamat kem 3 hari 2 malam yang diadakan di Akademi Percukaian Malaysia, Bandar Baru Bangi.... (Tidak terdetik di hatiku untuk memburukkan mana-mana pihak mahupun terlampau mengagung-agungkan mana-mana pihak berikutan coretan kisah-kisah kali ini hanyalah dari persepsiku sebagai salah seorang guru pengiring merangkap peserta kem kali ini (guru juga dapat sijil hehehe)...

Beberapa bulan sebelum bermulanya Kem, pihak penganjur telah menghantar surat ke sekolah untuk meminta pihak sekolah agar dapat menghantar 4 wakil pelajar tingkatan 6 dan seorang guru pengiring yang mengajar subjek ekonomi... GPK Tingkatan 6 telah mencadangkan namaku dan 4 pelajar untuk mengikuti program ini dan aku pula tidak membantah untuk dihantar ke mana-mana Kem walaupun hati kecilku mula mengeluh (Alamak kem? Apakah rupanya tempat Kem nanti? Harap-harap semuanya ok. dan tiada nyamuk(aku paling tidak sukakan nyamuk))

3 minggu sebelum Kem, aku sering menerima beberapa panggilan dari pihak LHDNM untuk mengesahkan kehadiran, menyemak nama pelajar, dan penetapan saiz T-shirt... Semuanya dilakukan dengan begitu teliti dan sistematik oleh semua warga LHDNM... Mana tidaknya, sehari sebelum bertolak, 3 kali Encik Saiful dari LHDNM menelefonku untuk mengesahkan kehadiran, memaklumkan tempat pick up point (sedangkan dalam surat sebelum ini jelas menyatakan lokasi dan waktu pick up point)... Semua karenah pelajar dan guru cuba diatasi dengan penuh kesabaran dan kesantunan....

Setiba di pick up point Selayang Mall, bas telah tiba 1/2 jam awal dan sedia menunggu semua peserta kem dari serata daerah Gombak. Team kami adalah antara team yang samapai awal. Jadi mestilah kami yang terawal naik bas... Dapat gak pilih seat yang selesa. Tepat jam 2.20 petang, kami memulakan perjalanan menuju ke Akademi Percukaian Malaysia (APM). Setiba di APM, semua peserta menjalani sesi fotografi dan terus chek in. Pelajar dapat sebilik 2 orang dan guru sebilik seorang... wow.... hehehehe.... Setiap bilik dilengkapi dengan katil yang empuk, bilik air, TV, aircond, almari yang besar, iron meja tulis yang cukup selesa.... Macam dok di hotel lah cikgu...  kata salah seorang pelajarku... Apapun semoga Kem ini akan menjanjikan sesuatu yang ceria dan penuh informatif bagi semua peserta. Semua peserta disajikan dengan minum petang sebelum diberikan taklimat ringkas serta ucapan aluan daripada Encik MOHD NIZOM SAIRI A.M.N. Pengarah Akademi Percukaian Malaysia. Pada sebelah malam pula merupakan sesi ice-breaking dan sedikit taklimat pengenalan tentang dunia percukaian oleh Encik Masrun bin Maslim. 


Berikut merupakan sedikit bingkisan gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada hari pertama.


1.Semasa di Pick Up point depan Selayang Mall... (+aksi dalam bas...macam 1st time naik bas je...)


Aiman beratur naik bas....


Aiman, Nazrin, Umi dan Sazmin... 4 wakil dari SMKTM.... 

Umi dan Sazmin.. excited nak pergi kem....

Nazrin ceria, Aiman..... ntah lah..

Umi dan Min ok jek...

Kusyuk layan lagu sambil baca paper... uih macam jauh je perjalanan...





2. Taklimat sebelum turun bas untuk sesi fotografi oleh Encik Saiful





3. Sesi Fotografi dan Pendaftaran


Aiman, Nazrin, cepatlah 

testing kamera....


Adoi.. susah benor nak suh Aiman ni SENYUM...

Ok Chek no IC masing-masing...


Yahoo.... dapat duit raya.. (elaun guru :p)

Projek hari Ahad  nanti...^-* Dominos..... hehehe.. ok simpan dulu duit tu....
4. Bilik masing-masing...


Bilik pelajar lelaki...  Ada katil yang empuk, ada aircond n ada TV...

Dilengkapi meja tulis

Ada kelengkapan nak buat air kopi.... :P

Bilik Pelajar perempuan

Bersih dan selesa


Pandangan dari bilik... hahaha.. Politeknik Mara...

Dapat Beg, T-shirt, fail, alat tulis, buku nota kecil, ubat gigi, colgate plax mini,
air mineral n air milo tin secara percuma... bestbetul diorang kan ^-*

Wow TV pun Flat screen lagi.... ade iron board

Min dan Umi puas hati dengan bilik mereka...


Jeng-jeng.... ini bilik untuk Guru Pengiring (seorang guru satu bilik) ....
Best kan, katil Queen Size .... Jangan jelez ye anak-anak... 


5. Minum Petang sebelum taklimat...
Ait.. baru je sampai dah rindu kat mak ke??? hehehe


gambar ngan paper bag pun jadilah...

Satu jenis kuih untuk seorang.... 

Pintu dewan makan (Siap ada kod etika pakaian dalam dewan makan lagi.... )
6. Taklimat
Pentas Auditorium yang cukup indah

Backdrop sepanjang KEM CERDIK CUKAI


Taklimat dari En. Muhammad Mustafa Said  (Pengarah Kem Cerdik Cukai)

Buku Program


Taklimat dari Cik Latifah (Timbalan Pengarah KCC1)

Kena duduk row paling depan sebab masuk lambat.... tapi best dok depan.. semuanya jelas....
7. Bagi  gambar sebelah malam, hanya sempat beberapa keping sahaja kerana bateri kamera dah abiz.... untuk ice breaking, pihak urusetia menyediakan gambar-gambar yang diambil sebelum pendaftaran dan ditayangkan di skrin bagi semua wakil-wakil dari ketiga-tiga negeri (51buah sekolah)... Sesi ucapan aluan pengarah APM juga tidak dapat diambil.... Namun, pihak urusetia telah membekalkan 1DVD yang mengandungi semua gambar-gambar sepanjang program yang berlangsung.... TQ KCC.... Jom tengok gambar-gambar dari pihak urusetia....


Gambar sebelum pendaftaran

Wakil dari SMKTM

Ucapan Pengarah KEM CERDIK CUKAI (KCC 1)

Pengacara Majlis - Cik Ranjeet yang cukup peramah...

Ucapan Pengarah APM Encik Nizom Bin Sairi

Antara peserta dari 3 buah negeri


Taklimat tentang LHDN oleh Encik Masrun bin Maslim
Nota dibekalkan untuk memudahkan pelajar mengikuti sesi ceramah.


Tayangan Slide yang menarik..
Sesi terakhir untuk hari pertama KCC1 - Minum malam... seperti yang diamanatkan oleh Pengarah APM, If u don't gain anything from this camp, at least you may gain your weight (sebab makan 6 kai sehari.... sehari naik sekilo...hehehehe)


Jam 11.30 malam semua dah zzzzz... penat.... hehehe

0 comments:

Post a Comment