10 pagi semalam aku menerima pangilan dari Tint Solution untuk mengesahkan kehadiran aku ke kedainya kerana aku ada buat appointment minggu lepas untuk Tinted Si Merahku (kesian si Merah dah hampir setahun baru ditinted..... ) Joanne(Tint Solution) memaklumkan appointment aku dalam kul 2.30... so lepas tutup register semalam, aku terus anta Aja balik Bt Caves dan aku terus g kedai Tint Solution kat Setapak (dekat ngan Festival City - tp tak bukak lagi....) Aku sampai kat kedai tu dalam kul 2, kiranya awal 30minit dari appoinment asal.... Aku tengok dalam kedai ada lagi tiga kereta tapi yang belum masuk kedai dalam 4 lg... kiranya aku adalah yang kedua dalam 4 itu....
Sampai di sana, Joanne chek cermin keteku, katanya semua ade tinted, so kena extra 80 untuk buang tinted lama.... Kebetulan aku ada voucher dari my deal jadi Joanne bagi pilihan untuk upgrade Tint Pakage.... Kalau pakej Voucher, aku hanya layak dapat pakej tint untuk rear mirror and four doors mirror.... Untuk depan aku kena tambah RM 50 untuk tinted yang paling murah dan hanya untuk Solar Tint sahaja (untuk tahan panas je) dan kena surcharge sebanyak RM 100, RM 20 untuk tint lapisan atas cermin depan yang gelap skit tu (aku lupa plak dia panggil apa) menjadikan keseluruhan RM 250 .
Manakala, kalau aku upgrade ke pakej RM 388 (harga asal RM1200) untuk dapatkan Tinted bagi yang tahan hentakan... Kalau aku pilih pakej ini, aku cuma perlu tambah 80 untuk charge uninstall tint asal menjadikannya 468. Tapi filem bahagian depan boleh di upgrade dari VLT 50% kepada 80% dia charge lagi dalam RM 70 (rasa mcm xberapa lepas ngan JPJ ni... tapi Joanne bagi jaminan, jika kena saman, sila bawa saman ke kedainya, mereka akan tolong uruskan saman itu dan kita tak perlu bayar 1 sen pun. Waranti 7 tahun.... Ok tak??? Aku pun tak pasti sebenarnya.... Semoga semuanya selamat.....
Si Merah sebelum ni dah banyak kena batu, lekuk sana sini dan aku pun heran mana datangnya lekuk-lekuk pada si Merah walhal aku xde plak tercium kat mana-mana... Orang dengki kat si Merah agaknya... Sabar ye Si Merah..... Selepas negotiate dengan Joanne tentang harga dia bagi RM 530 tapi aku bodek lah amoi tu skit... last2 dia bagi aku RM480.... woooo.... jimat RM 50 bleh wat isi perut si Merah nanti..... hehehe.... Maka melayanglah RM 519.90 (RM39.90 untuk voucher my deal) aku untuk tinted si Merah sahaja...
Lama giler aku tunggu turn si Merah untuk dipasang tinted sedangkan menurut pengalaman teman-teman, tinted hanya dalam sejam je tapi Si Merah hanya siap pada jam 5.30 petang je.... Adoi lama giler aku menapak kat Kedai Tint Solution...
0 comments:
Post a Comment