Panahan kata-kata,
seumpama belati yang menusuk jiwa,
andai hati tidak sekuat besi waja,
usah bermain dengan kata-kata.
Teringat kata-kata Zinn " I'm afraid of you, when u talk to me it seems like an order that I must obey!" Kesian kat Zinn pada masa itu kerana menganggap kata-kataku umpama arahan yang patut dia patuhi. Ramai kalangan teman-teman yang mengenaliku menganggap aku sebagai garang pada awal perkenalan sehingga ada yang takut untuk menegurku... Namun, sejak mereka memberitahu persepsi mereka padaku, aku terkesima dan hati kecilku berbisik "nampaknya aku perlu berubah!!!" Semenjak hari itu, aku akan pastikan bibirku senantiasa murah dengan senyuman walaupun kepada mereka yang tak ku kenali sehingga adakalanya senyuman itu disalah ertikan.... Meremang romaku bila teringatkan kembali........
Di tempat kerja, aku sedaya upaya menjaga tutur kata agar tidak terlalu lancang dek pendengaran anak-anak didikku. Namun, aku cukup terguris seandainya ada kalangan golongan pendidik yang sewenang-wenangnya menggelarkan anak-anak didik dengan perkataan "JAHAT".... Sukar tuk kuterima kenyataan itu walaupun adakalanya anak-anak ini cukup menguji kesabaranku. Ada seorang bapa yang menelefonku dan berkata, "Cikgu, saya nak masukkan anak saya ke sekolah budak-budak jahatlah kalau dia berterusan dengan perangai ini. Saya dah bincang dengan pengetua Sekolah Henry Gurney untuk kemasukkan anak saya ke sana! " Cukup luluh hatiku tatkala seorang bapa sanggup menghantar anak kesayangan mereka ke sebuah sekolah juvana hanya kerana anaknya terlalu nakal.... Walhal sekolah ini adalah untuk anak-anak yang terlibat dalam kes-kes jenayah seperti memiliki dadah, mencuri, menipu, memeras ugut, memukul dan lain-lain jenayah seperti yang termaktub dalam Akta mahkamah Juvana. Luahan hati seorang bapa yang kecewa dengan anaknya. Seandainya aku menjadi anaknya, pastinya kata-kata itu menjadi tusukan yang paling berbisa, mana mungkin seorang bapa sanggup menghantar anaknya ke sekolah itu....
Siang dan malam aku berdoa agar semua anak-anak didikku dapat menjaga tutur kata supaya tiada lagi hati yang terluka dan tiada lagi sengketa, tiada lagi luahan kecewa dari ibu bapa, tiada lagi kata-kata sinis dari sesiapa sahaja tentang mereka, semoga hari-hari mereka dilalui dengan penuhi keceriaan dan lengkap ilmu di dada......
0 comments:
Post a Comment