Semalam, sempena bulan Ramadhan, anak-anak harmoniku mengadakan satu majlis berbuka puasa. Jenuh mereka memaksaku untuk hadir ke Majlis itu.... Aku bukan apa malas nak menyusahkan anak-anak dengan kehadiranku.... Mungkin dengan adanya aku di sana mereka akan berasa kekok untuk bergurau senda dengan teman-teman mereka..... Bagi meringankan beban mereka yang mengadakan majlis ala-ala pot luck, aku menyumbangkan sedikit wang untuk membolehkan mereka membeli sedikit makanan dengan harapan semua dapat makan dengan tenang walau tanpa kehadiranku.... Seorang demi seorang menarik muncung apabila aku menyatakan ketidakhadiranku ke majlis mereka kerana aku mempunyai agendaku tersendiri (tak perlulah agaknya diceritakan di sini ). Namun, dek rasa tanggungjawab sebagai "mama" mereka di sekolah, aku gagahi diriku untuk turut hadir ke majlis mereka.... Setibanya aku di rumah Nath, pintu tertutup dan aku lihat Jazmeer yang baru tiba.... ait awal sangat ke aku sampai.... tengok jam kat dashboard dah kul 7 malam.... Mungkin mereka masih di bazar untuk membeli juadah berbuka... selang 5 minit kemudian, Nath, Mardhati n kakaknya, Finiey, Tasha dan Shakirah tiba bersama Ibu Nath dengan aneka juadah yang banyak dijual di bazar ramadhan..... Sementara menanti ketibaan yang lain aku dan Jazmeer hanya lepak di luar rumah kerana anak-anak dara tak membenarkan aku masuk ke dapur untuk menjengah aktiviti mereka.... Uwaaaa kena halau......
Setiba waktu berbuka puasa, semua makan dengan penuh tertib dan "sopan".. aduh semua control aja... aku??? Biarlah..... Nasib baik ada Si Syafiq, boleh jugak dia menggamatkan suasana dengan idea-idea yang nak mengenakan rakan-rakannya.....
Selepas makan, apabila si anak dara sibuk mengemas dapur, si anak teruna galak bermain mercun di luar rumah... mercun POP POP, naga dan macam lagi... Ait budak-budak zaman sekarang ada lagi bermain mercun pop pop @ mercun bawang.... dulu kalau main mercun pop pop, hanya anak buahku si Natasha je yang suka dera aku main depan umah... Jenuh la aku melayan si kecil tu bermain mercun pop pop dan juga bunga api..... sejam dia boleh mengadap bunga api non stop... Penat melayan karenahnya, aku pun ambil bunga api yang satu kotak tu, aku sembunyikan dan memberitahu Si Natasha "Finish already.... let's go to sleep" hahaha... kesian si kecik tu kena tipu free je.... hahaha.... Sekarang Si kecil tu dah berumur 6 tahun, makin bijak berceloteh, makin pening aku tiap kali dia balik kampung.... " I want to play computer game...." itulah keje dia setiap kali dia nampak je muka aku.... dengan abang-abang aku tak pulak dia minta yang bukan-bukan... PENING aku.....
0 comments:
Post a Comment