Sejak kebelakangan ini dapat aku rasakan hidupku kosong...... Hatiku terbang entah ke mana.... Banyak kesilapan yang aku lakukan tanpa aku sedari..... Tak dapat ku bayangkan apabila aku memandu seorang.... aku boleh leka sendirian tanpa aku sedari...... Bukannya aku hilang kawalan tapi aku seolah-oleh tidak sedar aku arah tujuku..... Kadang-kadang aku tekan brek mengejut tanpa mengelak apa-apa pun.... Tekan hon tanpa sengaja.... Aku pun tak tahu apa yang dah jadi padaku....... Aku sedar dalam tak sedar....
Kelmarin, teman sekerjaku tetiba sahaja menegurku "Kenapa akak tengok ko sekarang dah tak ceria macam dulu???" "Dulu, akak tengok ko happy je selalu!!!" Ada pulak yang tolong menjawab "Dia stress dengan budak-budak 4H lah tu apa lagi" Aku pulak hanya mampu mendiamkan diri sahaja dan hanya mampu tersenyum sahaja....
Benarkah begitu kuat sekali aura 4H sehingga mampu meragut senyumanku selama ini???? Ataukah kerana aku terlalu sayangkan mereka sehingga takut untuk mereka melakukan kesalahan???? Mungkin ada benarnya.... Bilakah mereka akan benar-benar faham bahawa aku cukup sayang pada mereka sehingga aku tak sanggup melihat mereka disakiti.... dan akhirnya aku yang pendam sendiri.... apa yang perlu aku lakukan untuk membolehkan mereka tahu tanggungjawab mereka sebagai pelajar adalah untuk menimba ilmu, patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan, hormat kepada guru-guru, rakan-rakan dan insan-insan lain yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam hidup mereka.... Kini, apa yang dapatku lihat hanya sifat keanak-anakan yang langsung tak hiraukan masa depan sendiri.... Takut untuk hidup susah ( tapi sedang menyediakan hidup ke arah itu kerana aku tidak dapat lihat usaha mereka kearah yang positif).... Tak pernah mau patuh kepada peraturan yang ditetapkan ke atas mereka.... tidak tahu menghormati insan yang tiada kepentingan kepada mereka..... lalai pada perintah agama..... apa yang mereka tahu hanyalah keseronokan.... Aku tahu mereka cuba sampaikan padaku bahawa mereka sayang padaku.... Namun, bukan itu yang aku pinta dari mereka..... Aku mahu mereka menjadi insan yang berguna.... Boleh hidup walau tercampak ke mana-mana sekali pun dan bukannya hanya tahu mengharapkan belas ihsan dari kedua ibubapa dan menumpang kemewahan keluarga semata-mata.....
Benarkah semua yang berlaku padaku kerana 4H??? Aku tidak mahu memperakuinya namun jika ini adalah kebenaran, aku harap segala kebimbanganku pada mereka HILANG lah.... Aku percaya mereka juga cuba berlawan dengan jiwa remaja mereka untuk membuktikan kepadaku bahawa mereka boleh melakukan yang lebih baik dari apa yang aku dambakan........ I need my life back..... I need my smile..... I need my harmonian babies to grow faster.....
0 comments:
Post a Comment