Tajuk entry kali ni memang agak "melampau" namun itulah hakikatnya yang aku lalui hari ni....
Alkisahnya bermula semalam apabila terdapat beberapa students ku meminta untuk keluar awal untuk ke sesi Tadarus di surau yang bermula pada jam 12.30 am..... Bagi memastikan waktu sebenar aku bertanyakan waktu sesi Tadarus pada Ustazah yang terlibat. Menurut ustazah, pelajar hanya dibenarkan keluar dengan kebenaran guru subjek. Jika guru subjek tak benarkan maka tak bolehlah mereka keluar sebelum waktu.... Kebetulan kelasku habis kul 1.00 maka aku minta pelajarku untuk berada dalam kelas sehingga kul 1.
Namun, jam 12.00 tengah hari, semasa waktu EA, hanya 22 orang murid sahaja yang masuk ke kelas sedangkan kelas itu ada 44 murid.... selepas tolak yang tidak hadir, terdapat 17 orang murid yang ponteng, 5 yang menghilang (terus balik awal) 12 pergi surau untuk tunggu sesi tadarus yang kebetulan bermula pada jam 12.35...... Hati mana yang tak sayu apabila melihat keadaan kelas yang tinggal separuh dari yang asal dan kebetulan aku ada fotostat soalan latihan untuk tajuk baru namun mereka tiada dalam kelas.... (hati kecilku dah mula mengalirkan airmata - murid-murid yang aku dambakan sanggup membelakangkan aku..... ) Memberi tumpuan kepada yang ada dan pada masa yang sama mengharapkan 17 yang menghilang akan kembali sebelum kul 1.00... namun pernantianku hanyalah sia-sia.... mereka tidak kembali ke kelas......
Sebak mengenangkan tindakan anak-anak muridku yang menghilang memaksaku membuat perkara yang paling tidak aku sukai iaitu MEMBERI DEMERIT..... Manakan tidak sepanjang aku mengajar, boleh dikira dengan jari sahaja bilangan demerit yang pernah aku keluarkan. Namun, mengajar kelas ini benar-benar menguji kesabaran yang cuba aku pertahankan selama ini dengan cara berdiplomasi dengan mereka. Namun, makin aku berdiplomasi, makin mereka "pijak" kepala...... Mahu atau tidak, aku terpaksa mengisi borang demerit pada waktu tengah malam iaitu jam hampir kul 1 malam sambil hati berasa cukup "panas" (cuba aku redakan dengan mengingatkan kembali kebaikan-kebaikan anak-anak itu namun masih sukar untuk aku maafkan perbuatan mereka - hal ini cukup memenatkan aku...)
Hari ini, aku masuk kelas mereka untuk memastikan kesahihan daripada mereka. Nyata mereka masih boleh tergelak dengan apa yang telah mereka lakukan....... Luluh hatiku mengenangkan kegagalan aku membentuk sahsiah dalam kalangan anak-anak didikku.... Aku meminta Ustazah untuk semak demerit yang aku keluarkan dan 5 daripada mereka mengaku terus balik pada jam 12.00 dan 12 berada di surau dengan alasan jika mereka masuk ke kelas pasti aku tak benarkan mereka keluar 12.30. Terpempan seketika aku sehingga ustazah mengeluarkan statement " anak-anak, tadarus itu sunat, dengar kata cikgu itu wajib, kenapa kamu lakukan yang sunat tapi membelakangkan yang wajib? kan ustazah dah pesan, kalau cikgu subjek bagi sahaja kamu boleh keluar tapi kalau cikgu tak bagi kamu tak boleh keluar.... Kamu keluar jam 12 dan lepak kat surau tanpa buat apa-apa tapi kalau kamu masuk kelas 1/2 jam pasti dah banyak yang dapat kamu pelajari..." Ustazah berkata "demerit" tetap akan dilaksanakan kerana anda dikira ponteng......
Berat hatiku untuk menghantar borang-borang demerit kepada penyelaras disiplin. Namun, jika aku tidak berbuat demikian itu bermakna aku merestui perbuatan mereka yang ponteng kelasku..... Lebih luluh hatiku apabila aku tak dapat nak maafkan murid-murid yang datang meminta maaf padaku.... Bukan aku tidak mahu memaafkan mereka tetapi hati sebak mengenangkan perbuatan mereka. Buat masa ini biarkan aku bertenang dan semoga aku dapat maafkan mereka dengan kadar segera.... Owh hati..... redhailah perbuatan mereka.... sesungguhnya aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka.
0 comments:
Post a Comment