Pages

Friday 23 September 2011

Hari Pesaraan Pn Norain Shuib & Pn Siti Zauyah Mohamed

Tanggal 26 September 2011, menjadi satu detik bersejarah bagi semua warga SMKTM di mana semua warga sekolah telah kehilangan dua butir permata yang cukup berharga iaitu GPK kesayangan semua warga SMKTM Pn Norain Bt Shuib dan Pn Siti Zauyah Mohamed. 

Pn Norain Shuib - Insan pertama yang aku temui sejak pertama kali aku menjejak kaki ke SMKTM pada 13 Julai 2009 untuk lapor diri. Bagiku beliau merupakan insan yang paling "cool" yang pernah aku temui di SMKTM.... Semua masalah yang mendatang ditangani beliau dengan cara yang cukup "cool" dan semua pihak berpuas hati..... Sewaktu aku menampal kertas kerja tentang Majlis Pesaraan beliau, ada seorang guru datang dan berkata " Kalau Kak Ain punya pasal, bagi banyak kerja pun tak kisah.... akak sanggup!" Begitulah perumpamaannya rasa sayang semua warga SMKTM pada beliau. Tidak pernah sekali pun apabila berurusan dengan beliau aku mahupun teman-teman yang lain akan terasa hati, malahan kami berasa amat berbesar hati untuk melakukan setiap tugasan yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab. Tidak pernahku mendengar mana-mana guru merungut tentangnya. Walaupun sebagai pendatang baru di SMKTM, aku dapat merasakan beliau sangat mudah mesra dengan semua dan cukup prihatin dan memahami kami semua warga SMKTM... TQ Kak Ain, jasamu dikenang....  1 September 2011, beliau mendapat kelulusan untuk bersara awal setelah lebih 25 tahun berkhidmat sebagai warga pendidik. Walaupun diraikan sedikit lewat dek kerana kesibukan pelajar menduduki peperiksaan, namun bagi kami warga SMKTM, tetap merasa kehilangan yang teramat..... Semoga K.Ain sentiasa mempunyai kesihatan yang baik dan bergembira sentiasa....

Pn Siti Zauyah Mohamed - Walaupun telah 2 tahun di SMKTM, aku tidak begitu mengenali beliau kerana beliau mengajar di sesi petang dan aku di sesi pagi. Namun, ia tidak menghalang kemesraan yang wujud sebagai rakan sekerja kerana Kak Siti sangat "mesra alam" dan sifat keibuan yang ada pada diri beliau amat dikagumi kerana aku sangat mudah mendekati beliau dan beliau sangat mesra dan penyayang. Beliau tidak lokek dengan senyuman setiap kali kami bersua walau di mana-mana. Tidak banyak yang bolehku ceritakan tentang beliau namun apa yang pasti, semua warga SMKTM juga pasti merasa kehilangan beliau sebagai seorang guru yang cukup disenangi. Semoga Kak Siti sentiasa di dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa ceria ..... 

Kehilangan 2 insan yang cukup bermakna buat warga SMKTM.... mula merindui mereka...... <3

0 comments:

Post a Comment