Berlabuh sudah tirai 2011 menandakan semakin bertambah usia setiap insan di muka bumi ini. Kedatangan 2012 nyata dinanti-nantikan oleh setiap insan. Malam detik 12.00 malam cukupku nantikan untuk melihat percikan bunga api yang bergemerlapan di ruang udara. Tepat 12.00 malam aku dan temanku menantikan percikan bunga api dari rumah, walaupun tidak semeriah percikan bunga api di Dataran Merdeka atau I-City (kebetulan mengadakan sambutan Sayangi Selangor). Percikan bunga api yang mewarnai ruang udara sedikit sebanyak mengubati lara hati yang mengenangkan kisah suka duka di tahun 2011.
Tahun 2011 meninggalkan 1001 kenangan yang pahit dan manis dalam diari hidupku antaranya ialah kenangan bersama ahli keluarga yang dikasihi, teman-teman, sahabat handai, rakan sekerja serta anak-anak didik yang disayangi. 2011 juga mengajarku untuk menjadi lebih tabah dalam menjalani cabaran dan dugaan, buat si dia yang kini telah menjadi tunangan orang lain, aku sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu dan pasanganmu, semoga kau dan dia akan sentiasa berbahagia selalu....... Aku terima keadaan ini , sesungguhnya ia mengajarku untuk menjadi lebih tabah dalam mengharungi tahun 2012...... Kenangan 12 tahun tentang dirimu akan aku jadikan pedoman bagi mengharungi hidup yang akan mendatang..... Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidupku.........
Tahun 2012, hatiku mula berdetik apakah cabaranku tahun ini. Tahun 2012 aku sambut dengan melihat percikan bunga api dari kawasan perumahanku dan melayan cerita School Of Rocks di TV3 sehingga jam 3 pagi baruku berjaya melelapkan mata. Selain itu,disebelah petang aku bersama dua temanku juga sempat menghadiri kenduri kahwin rakan sekerjaku..... Selamat Pengantin Baru Norfifi dan Remy... Semoga berbahagia sehingga akhir hayat....
Sekembali dari kenduri kahwin temanku, aku dan housemateku sempat keluar bersiar-siar melihat sambutan tahun baru warga kota. Aku abadikan tarikh 1 Januari 2012 untuk aku menjejakkan kaki buat kali pertama ke KL FESTIVAL City yang baru beberapa bulan dibuka.... Walaupun sudah beberapa bulan beroperasi, hari ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke premis ini. First Impression aku apabila masuk ke parking premis ini - wah rendahnya menakutkan (1 negative impressionku pada KL Festival City) , kemudian aku gagahkan diri untuk masuk ke dalamnya.... Tidak jauh bezanya dengan mana-mana Shopping Mall yang pernah aku jelajahi... Namun tak sampai 15 minit di dalamnya membuatkan aku rasa sangat tidak selesa dan terus mengajak housemateku untuk keluar..... Kesesakan manusia walaupun tidak sesesak Mid Valley Megamall menjadikan aku rimas berada di sana... Sebelum membayar parking, ada seorang lelaki tetiba datang dan menompang sikunya di bahuku, housemateku dah terkejut, aku pandang bdk tu dan aku wat muka 10sen je... Pelik housemateku... Then aku tanya budak tu - "Apehal?? Keje sini ke??" Bdk tu menjawab " Ala cikgu, saya bosan lah kat umah!!".... dia menceritakan dilemanya yang tak sedar rupanya dia hanya bekerja kontrak (untuk beberapa hari promosi je) dengan sebuah kedai di Premis itu. Dia menyangkakan bahawa dia diterima bekerja dengan kedai itu, rupanya dia hanya diberi kerja untuk seminggu je.... Kesian kat dia, terpaksa berusaha mencari kerja selang beberapa hari..... Dah nasib.. nak wat cmne..... Selepas bdk itu berlalu, housemateku berkata "Tu student akak ke?? saya ingat dia nak ragut akak... saya sedar dia kejar akak dari td lg...." Aku hanya mampu tersenyum sahaja.... Kalau betul bdk tu datang nak ragut aku mcmmane ek???? Seram gak tu.....
Selepas keluar dari KL FESTIVAL CITY, aku terus menuju ke Wangsa Walk Mall.... Walaupun ramai manusia namun aku merasa tenang sahaja di sana... Pelik kan??? Ingatkan aku sorang je yang rasa gitu namun housemateku pun sama...... Apapun pihak KL Festival City perlu mengambil inisiatif untuk mewujudkan suasana yang harmoni di premisnya agar sesiapa sahaja yang berada di dalamnya terasa aman dan damai sahaja di sana........
1Januari 2012 ku dilalui dengan begitu pantas, namun harapanku untuk 2012 semoga dijauhkan dari insan-insan yang mempunyai perasan hasad dan dengki padaku, keluargaku, teman-temanku dan semua insan yang aku sayangi....Semoga semua insan yang hadir dalam hidupku dilimpahi dengan rahmat dan nikmat yang tidak ternilai dan dikurniakan dengan kesihatan yang baik..... Semoga Tahun 2012 menjadi tahun yang lebih baik dari yang sebelumnya... Selamat Datang 2012.......