Pages

Saturday, 1 March 2014

IS vs AZ BAB 3

BAB 3
            Iman Sofia dan Mak Jah sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi ini. Sudah menjadi rutin Iman Sofia untuk turun ke dapur bagi membantu Mak Jah. Sejak kecil lagi Iman Sofia sudah biasa membantu setiap kerja rumah yang dilakukan oleh Mak Jah walaupun tanpa disuruh. Sifat ringan tulang Iman Sofia cukup disenangi oleh Mak Jah yang telah hampir 15 tahun berkhidmat dengan keluarga Tan Sri Idham Shah. Semua anak-anak majikannya cukup disenanginya, mereka bukan sahaja rajin membantu malah cukup rapat dengan Mak Jah dan sangat mengambil berat akan Mak Jah yang dianggap seperti nenek mereka sendiri. Bagi mereka bertiga, Mak Jah lah tempat mereka menumpang kasih setelah pemergian mama kesayangan mereka tujuh tahun yang lalu akibat serangan angin ahmar.
            “Morning Mak Jah!” Sergah Ilias Shahrin dari arah belakang Mak Jah. “Eh Eh morning Mak Jah jatuh eh sudu jatuh!” Latah Mak Jah akibat terkejut dengan sergahan Ilias tadi. Nasib baik hanya sudu sahaja yang jatuh semasa Mak Jah melatah kalau tak mungkin Ilias telah bermandi kopi yang sedang dibancuh oleh Mak Jah. Ilias sangat gemar menyakat Mak Jah dan kadang sengaja diajuk-ajuk latah Mak Jah sampai tercunggap-cunggap orang tua itu dibuatnya. Nasib baik Mak Jah tiada sebarang masalah kesihatan, kalau tidak mungkin sudah lama Mak Jah terlantar di hospital akibat perbuatan Ilias yang suka menyakat. Iman Sofia hanya mampu tergelak melihat telatah Mak Jah dan abangnya. “Ilias, jangan buat macam ni. Boleh mati Mak Jah kalau macam ni.” “Ala Mak Jahku sayang, Ilias gurau je. Jangan lah marah intan payung.” Pujuk Ilias sambil memeluk Mak Jah dari belakang. “Ish tak malu lah budak ni main peluk-peluk macam ni. Kalau dah ada bini esok-esok tengok Ilias dok peluk Mak Jah je kang merajuk pulak siapa yang susah?” Bebel Mak Jah. Ilias hanya mampu tersengih mendengar bebelan Mak Jah, wanita yang sudah dianggap seperti nenek kandung sendiri. Menurut papa, Mak Jah merupakan saudara jauh mama dan berpangkat mak cik pada mama. “Apa yang bising-bising pagi-pagi kat dapur ni?” Tetiba sahaja suara Ilham muncul dari arah ruang tamu. Semua di dapur hanya mampu tergelak melihat muka mamai Ilham yang nyata seolah-olah baru bangun dari tidur.
            “Ilham, kamu tak sihat ke?” Tegur Mak Jah setelah melihat wajah Ilham yang kelihatan agak pucat. “Taka da apa-apa lah Mak Jah, cuma demam sikit je, nasib baik hari ni cuti, boleh rehat-rehat kat rumah.” Balas Ilham lemah. Iman Sofia lantas mendapatkan Ilham dan meletakkan belakang tapak tangan ke dahi dan leher abangnya itu. “Mak aaaii, panas ni Along. Nanti lepas breakfast Sofia bawa Along ke klinik ye!” “Ala sikit je dik, lepas ni eloklah tu.” Balas Ilham. “Mana boleh, Along kena pergi ke klinik juga.” Tegas Iman Sofia lagi. Ilias yang sedari dari hanya memerhati juga turut menyampuk. “Ala Along, dah besar-besar pun takutkan doktor lagi ke? Mana la tahu doktor yang akan Along jumpa nanti boleh buat bakal kakak ipar kitorang.” Sakat Ilias sambil menahan gelak melihat Ilham mencerlunkan biji matanya seperti mahu menerkam sahaja dirinya yang terlepas cakap. Dia tahu Ilham cukup panas telinga jika diajukan tentang perkataan bakal kakak ipar kerana Ilham pernah dikecewakan oleh seorang bakal doktor yang dikenalinya semasa belajar di London dulu. Bukan Ilias tak tahu, semasa mereka sama-sama belajar di London dulu, siang malam Ilham asyik berkepit je dengan Si Shery The Blonde gelaran yang diberikan kepada buah hati Ilham itu. Nasib baik Ilham masih dapat menamatkan pengajiannya dengan baik walaupun ditinggalkan oleh Si Shery The Blonde semasa mereka di tahun akhir pengajian kerana tersangkut pada pak arab yang kaya raya. Nasib baik Si Sherry The Blonde tu tak tahu yang mereka adalah anak Tan Sri Idham Shah, seorang ahli perniagaan yang cukup terkenal di Malaysia kalau tidak mesti dikikis di Ilham sehabis mungkin. Semasa di London, Ilham dan Ilias bekerja sambil belajar bagi mendapatkan pengalaman dan Tan Sri Idham Shah juga tidak menghalang jika mereka mahu bekerja sambil belajar. Melihatkan keadaan Ilham yang terpaksa bekerja selepas belajar menjadikan Shery beralih arah kepada individu yang lebih berduit untuk memenuhi segala impiannya untuk menikmati kemewahan dunia. Ilham ditinggalkan tanpa sebarang belas kasihan.
            “Sofia, nanti temankan Along ke klinik! Teruk je papa tengok keadaannya.” Pinta Tan Sri Idham setelah melihat keadaan Ilham yang pucat lesi. “Ilias, nanti tolong papa  bersihkan laman depan ye sebab Pak Mat tak dapat datang minggu ni sebab isterinya tak sihat.” “Ok papa!” Balas Ilias tanpa membantah.  “Petang ni papa rasa nak pergi rumah Pak Mat sebentar nak jenguk keadaan isteri Pak Mat, Sofia ikut sekali ye, papa segan lah.” “Ok pa!” Balas Iman Sofia. “Hurmmm … dan Ilham, kamu nak makan apa-apa tak nanti papa boleh mintak Mak Jah masakkan?” “Apa-apa je lah pa, Ilham ok. Papa janganlah risau” Balas Ilham . Kesian pula melihat papanya risau akan dirinya. Dia cuma deman sedikit sahaja kerana terkena hujan semasa melawat tapak projek semalam. Salah dirinya juga kerana tidak terus mandi selepas pulang dari melawat tapak projek. Dia terlelap semasa sedang berehat. Sedar-sedar dah larut malam dan dia hanya mandi pada jam 12 tengah malam. Selepas menunaikan kewajipannya, dia terus terlena. Sedar-sedar pagi ni, seluruh badanya terasa sakit dan pening-pening.           

            “Encik Ilham Shahrin, sila masuk ke bilik 2.” Arah seorang jururawat yang bertugas. “Sofia, teman lah Along masuk dalam, Along malas nak cakap banyak-banyak please!” Pinta Ilham. Begitulah sifat Ilham yang cukup manja dengan semua adik-adiknya terutamanya Iman Sofia. Tanpa banyak soal Sofia hanya memimpin Ilham masuk ke bilik no 2 yang tertera dengan nama Dr Darwish. Setelah membuat memeriksa keadaan Ilham, Dr Darwish telah mengeluarkan preskripsi  ubat-ubatan yang berkenaan dan meminta mereka menunggu di ruangan mengambil ubat. Selepas keluar dari bilik Dr Darwish, Iman Sofia sempat lagi mengusik alongnya dengan nasihat doktor yang berjela-jela. Ilham hanya mendengar semua bebelan adiknya sambil tersenyum dan dengan selamba menjawab “Okay darling, I’ll do everything for you sweetheart!” balas Ilham setelah Sofia berkali-kali mengingatkannya tentang jadual mengambil ubat dan makan serta rehat. Tanpa mereka sedari gelagat mereka diperhatikan oleh seseorang yang duduk di kerusi bahagian belakang.   

IS vs AZ BAB 2

BAB 2
Azumi Zharif sibuk menyiapkan tugasannya di bilik bacaan sementara ayahnya Encik Akira Zharif hanya duduk berishtirehat sambil memantau perkembangan kerja-kerja anaknya. Sememangnya menjadi rutin harian Encik Akira untuk mengambil tahu segala perkembangan semua projek-projek yang diuruskan oleh anaknya. Bukan dia tidak mempercayai kebolehan anaknya tetapi dia sekadar mengambil berat tentang permasalahan anaknya. Baginya kesibukkan dengan tugasan harian menyebabkan mereka berdua jarang bersua dan berkongsi masalah. Jadi saat-saat sebegini dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengeratkan perhubungan silaturahim antara mereka berdua. Walaupun ianya agak formal namun, Encik Akira tiada pilihan lain lagi untuk meluangkan masa bersama anak-anaknya. Akiko pula sibuk dengan persembahannya. Jarang sekali dia dapat melihat kelibat puteri bongsunya itu. Namun dia percaya Akiko mampu menjaga diri dengan baik.
Setelah pemergian ibunya 5 tahun dahulu, Azumi Zharif mula serius membantu ayahnya memajukan Gemilang Holding kerana Gemilang Holding adalah peninggalan ibunya dan sebelum pemergian ibunya Puan Sharifah Suhana, Azumi Zharif telah berjanji dengan ibunya bahawa dia akan menjaga ayah dan adiknya serta Gemilang Holding dengan baik. Gemilang Holding hari ini adalah hasil usaha keras Encik Akira dan Puan Sharifah Suhana setelah ianya hampir lumpuh akibat perbuatan adik ibunya iaitu Uncle Syed Sharil. Gemilang Holding adalah peninggalan datuk Azumi Sharif kepada Uncle Syed Sharil dan ibunya Puan Sharifah Suhana. Namun, akibat ketamakkan, Uncle Syed Sharil telah mengakibatkan Gemilang Holding hampir lumpuh sepenuhnya sebelum menghilangkan diri. Akibat terlalu sakit hati datuk mereka Tan Sri Syed Azman Shah telah diserang strok dan Puan Sharifah Suhana ketika itu masih di Jepun bersama Encik Akira Zharif terus bergegas pulang ke tanah air dan menguruskan Gemilang Holding sehingga berjaya. Bagi mengelakkan tragedi yang sama berulang kembali, Puan Sharifah Suhana telah meminta Azumi Zharif membantu ayahnya menguruskan Gemilang Holding. Azumi Zharif pada awalnya memiliki ijazah dalam bidang perubatan, meninggalkan minatnya untuk menjadi doktor dan terjun ke bidang perniagaan bagi membantu ayahnya. Dia sanggup mengorbankan minatnya demi keluarga yang amat disayanginya.
“Daddy tak nak tidur lagi ke? Dah lewat ni. Takpe Zumi boleh buat sendiri kerja-kerja ni. Daddy tidurlah dulu.” Ujar Azumi Zharif setelah melihat ayahnya masih tekun menelah kerja-kerjanya. “ Takpa, sikit aja lagi, daddy nak habiskan yang ni sikit lagi.” “Ermm…. Zumi…” tersekat-sekat suara Encik Akira. “ Kenapa daddy? Ada masalah ke dengan projek tu?” “Eh, bukan pasal projek ni, daddy nak Zumi handlekan satu Projek Mega boleh tak?”  Projek Mega mana pula? Tak pernah dia ketahui apa-apa pasal Projek Mega yang dimaksudkan oleh daddynya itu? Encik Akira tergelak melihat muka toya anaknya itu. “Ni projek yang baru daddy terima semalam. Kerjasama antara Gemilang Holding dan IS Panthers Holding.” “IS Panthers Daddy?” “Yes!”  Nama itu cukup sinonim dalam dunia korporat dan pemiliknya Tan Sri Idham Shah merupakan tokoh korporat yang cukup disegani dalam dunia perniagaan. “Wow! Daddy, this is great! Daddy kenal Tan Sri Idham Shah?” Soal Azumi Zharif ingin tahu. “He is a friend of mine since we were in university. It is more than 30 years ago. But we lost contact after your mummy and I came back from Japan.” Terang Encik Akira. “ Baru-baru ni kami jumpa balik masa majlis Tan Sri Ahmad.” “Dia hantar anak perempuannya untuk membentangkan proposal kepada daddy dan daddy sangat sukakannya.” “Sukakannya? Daddy biar betul?” usik Azumi Zharif. “Ishh… kamu ni, tapi daddy suka kalau dia jadi menantu daddy, orangnya cantik, bijak, petah bercakap dan…..” “Dah la daddy, bukan main daddy puji budak tu.” Potong Azumi Zharif. Bila daddynya dah mula bercerita pasal jodoh, telinganya mesti bercapang. Bukan dia tak tahu perangai daddynya yang tak sabar-sabar untuk melihat mereka berdua berumah tangga. Namun, apakan daya kesibukkan dengan aktiviti harian menyebabkan Azumi Zharif dan adiknya masih solo sehingga kini. Bukan tiada gadis-gadis atau jejaka-jejaka yang cuba mengetuk pintu hati mereka namun, peristiwa lapan tahun lalu cukup meninggalkan kesan sehingga mereka fobia untuk mencari pasangan hidup masing-masing.
“Okaylah daddy nak masuk tidur dulu, esok daddy ada meeting dengan staf di bahagian marketing, kalau Zumi free jom join sekali, ada beberapa perkara daddy nak sampaikan,” “Okay daddy. Good Night!”  Azumi Zharif hanya menghantar daddynya dengan ekor mata sehingga daddynya keluar dari bilik bacaan. “Fuh, nasib baik. Kalau tak mesti daddy beriya-iya nak aku pinang je terus anak Tan Sri Idham tu…” “Daddy, daddy… Zumi tahu niat daddy baik tapi ….”  Azumi Zharif meneruskan tugasannya, tidak lagi dia mahu memikirkan saranan daddynya tadi.
Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Kelibat Akiko Zarina masih tidak kelihatan. Walaupun seringkali sibuk dengan tugas, Azumi Zharif tetap mengambil berat akan adik kesayangannya. Setiap hari Azumi Zharif pasti menjadi penunggu setia kepulangan adiknya. Walaupun berkali-kali dinasihatkan agar menggunakan khidmat driver jika terlibat dengan program lewat malam namun Akiko Zarina menolak mentah-mentah cadangan abangnya kerana dia lebih senang memandu kereta sendiri. Walaupun sedar pelbagai musibah mungkin boleh berlaku jika dia memandu seorang diri terutamanya di kala lewat malam. Namun dia tetap berkeras untuk berdikari dan tidak mahu menyusahkan sesiapa. Setelah menyiapkan kerja-kerjanya, Azumi Zharif turun ke dapur untuk mencari minuman untuk membasahkan tekaknya yang sedari tadi kehausan. “ Hurmm… manalah budak kecik sorang ni pergi, tak balik-balik lagi.” Bebel Azumi Zharif dalam hati. Dia cukup risau jika adiknya itu sehingga dia terpaksa mengupah pengawal peribadi untuk mengekor ke mana sahaja adiknya pergi dari jarak jauh tanpa disedari adiknya. Dia tidak mahu adiknya rasa terkongkong sekiranya dia tahu ada pengawal peribadi yang mengekorinya setiap waktu. Azumi Zharif menghubungi Jack untuk mengetahui lokasi terkini adiknya. “Cik Akiko dalam perjalanan pulang Tuan!” Jawapan dari Jack sedikit sebanyak menghilangkan resah dihatinya dan dia duduk di ruang tamu sambil mengahayati hot chocolate yang baru dibancuhnya.
Fikirannya melayang-layang memikirkan peristiwa siang tadi di taman tasik Titiwangsa. Wajah gadis itu masih berlegar-legar dalam ingatannya. Panahan matanya yang tajam cukup membuat hati tertawan, bibirnya dan seksi, pipinya yang mulus, wajah yang polos itu membuat Azumi Zharif tersenyum sendirian. Namun yang menjadi tanda padanya ialah kenapa gadis itu seperti takut melihat dirinya. “Rupa aku macam hantu ke? Kenapa perempuan tu lari bila tengok muka aku ye?” Azumi Zharif masih lagi tersenyum sendirian mengenangkan peristiwa siang tadi sehingga dia tidak menyedari akan kepulangan adiknya. Akiko Zarina yang sudah menduga bahawa abangnya pasti akan menjadi penunggunya yang paling setia. Dia bersyukur, setelah pemergiaan ibunya,  abangnyalah menjadi tempat dia mengadu nasib, tempat dia bermanja kerana daddynya sangat sibuk akan urusan pejabat sehingga tidak dapat meluangkan masa untuknya. Daddynya juga kecewa dengan keputusannya untuk tidak bekerja di Gemilang Holding. Baginya minat dalam bidang muzik dapat memberikan ketenangan kepadanya.

“Mmmuah…..” Akiko Zarina terus memeluk abangnya dari arah belakang menyebabkan Azumi Zharif tersentak dan tersimbah air ke bajunya sendiri. Terburai ketawa Akiko Zarina melihat keadaan abangnya. “Abang teringat kat siapa sampai boleh tersenyum sorang-sorang. Qiqi dah balik pun abang tak sedar.” Sakat Akiko Zarina dengan ketawa yang masih bersisa. “Teringat kat bakal kakak ipar Qiqi ke bang?” Akiko masih lagi menyakat abangnya yang berlari-lari anak ke dapur untuk membersihkan pakaiannya yang terkena simbahan minumannya. “Bertuah punya adik!” omel Azumi. “Qiqi dari mana? Kenapa masa-masa macam ni baru nak balik dik? Kalau jadi apa-apa nanti siapa yang susah?” Akiko hanya tersengih melihat abangnya terkial-kial membersihkan T-shirtnya yang terkena air tadi. “Tengok tu kita tanya dia tersenggih macam kerang busuk kat situ.” “Qiqi kerja lah bang.” “Kerja apa? Sampai dekat kul 2 pagi baru nak balik.” “Ala abang ni…. Janganlah jadi macam daddy, orang tahu jaga diri. Abang tak percaya kat Qiqi ke?” “Bukan abang tak percaya tapi awak tu perempuan,nant…..” “Ye ye Qiqi tahu…..” potong Akiko. “Abang, abang dah lupa ke, Qiqi kan ada black belt Tae Kwan Do. Sekali Qiqi hiaaa…. Takkan ada sesiapalah yang berani masuk dekat.” Ujar Akiko sambil membuka langkah. “Banyaklah Qiqi punya hiaaa… dah la pergi masuk tidur.” Malas Azumi hendak melayan karenah adiknya dan yang paling penting adiknya tidak boleh tahu apa yang membuatkan dia tersenyum sendirian tadi. 

IS vs AZ - BAB 1


Bab 1
‘La Tahzan kerana Jodoh!  “Macam best  je buku ni.” Getus hati Iman Sofia lalu dia mengambil buku itu dan terus ke kaunter pembayaran. Selepas keluar dari kedai buku, Iman Sofia terus menuju ke keretanya kerana waktu rehat telah hampir tamat. Dia tidak mahu lambat kembali ke pejabat kerana hari ini dia ada satu temujanji yang sangat penting dengan seorang klien terbesar IS Panthers Holding. Iman Sofia tidak mahu berlaku sebarang kesilapan yang membolehkan dia  gigit jari. Ini peluang keemasan untuk membuktikan kepada papa yang dia juga mampu membanggakan papa selain Abang Ilham Shahrin  dan Abang Ilias Shahran. Setiba di pejabatnya, Iman Sofia terus menyemak dokumen-dokumen yang diperlukan untuk dipersembahkan kepada kliennya. Segala maklumat penting dicatat pada Galaxy Note II nya bagi mengelakkan dia tercicir sebarang informasi tentang proposal yang bakal dibentangkan kepada kliennya. Setelah berpuas hati dengan maklumat yang ada Iman Sofia terus memacu Honda Streamnya menuju ke tempat yang telah ditetapkan.
Setibanya di Gemilang Holding, Iman Sofia terus menuju ke lif untuk menapak ke tingkat 55 bagi berjumpa dengan CEO Gemilang Holding Mr Akira. Semasa di dalam lif, Iman Sofia terkesima melihat wajah seseorang yang persis insan yang …… Arghh, jantungnya berdegup kencang. Jejaka itu sempat senyum kepadanya membuatkan kakinya kian longlai. ‘Apalah dugaan yang aku hadapi harini…’ Getus hatinya. Dia tidak putus-putus berdoa agar lif cepat sampai ke tingkat 55. Matanya tertancap pada paparan digital pada lif sambil mulutnya terkumat-kamit berdoa agar lif cepat sampai ke tingkat 55. Tak sanggup lagi rasanya untuk berada lebih lama di dalam lif bersama-sama dengan jejaka ini. “Ting! Menandakan lif telah tiba di tingkat 55 dan jejaka itu keluar daripada lif bersama-sama dengannya. Debaran kian kencang apabila jejaka itu juga menuju ke arah yang ditujuinya. “Iman Sofia kuatkan dirimu, lupakan sebentar tentang dia, itu bukan dia!” Iman Sofia cuba memotivasikan dirinya untuk tidak mudah kalah pada perasaan. Dia terus menuju ke arah meja setiausaha Mr Akira untuk berjumpa dengan CEO Gemilang Holding iaitu Encik Akira. Jejaka dalam lif tadi terus dilupakan apabila dia disapa ramah oleh setiausaha Encik Akira iaitu Cik Sherry Amani. Cik Sherry Amani meminta Iman Sofia untuk tunggu di bilik khas yang dilengkapi dengan semua peralatan mesyuarat cuma bezanya bilik ini jauh lebih kecil berbanding bilik mesyuarat di IS Panthers Holding. “Amat praktikal bilik ini jika digunakan untuk mesyuarat staf secara kecil-kecilan.” Guman Iman Sofia melihat susun atur bilik itu. Hiasan yang ringkas menjadikan bilik ini cukup selesa untuk diadakan mesyuarat kecil-kecilan tanpa perlu menggunakan bilik sebesar bilik mesyuarat.

Iman Sofia terus mengeluarkan semua dokumen yang dibawa bersamanya dan bersedia untuk menerangkan proposal yang dibawanya. Sekiranya rundingan ini berjaya, IS Panther dan Gemilang Holding bakal bersatu dalam menjayakan projek mega yang bakal membanggakan papa dan kedua-dua abangnya. Iman Sofia amat mengharapkan usahanya kali ini membuahkan hasil. Dia tidak mahu ahli keluarganya memandang rendah akan kebolehannya sebagai fresh graduate yang kononnya tidak mampu menjayakan projek mega. Ini langkah pertama untuk dia buktikan kebolehannya. Walaupun baru lima bulan bekerja dengan papanya, ilmu dalam bidang perniagaan yang ada pada Iman Sofia bukan calang-calang kerana sejak dibangku sekolah lagi dia telah dilatih oleh ayah serta abang-abangnya tentang selok belok dunia perniagaan. Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) yang dianugerahkan kepadanya juga menambahkan lagi keyakinan papa untuk sama-sama membantu memajukan IS Panthers Holding. “Sofia janji takkan kecewakan papa!” Tekad Iman Sofia.
Pintu bilik dibuka dan Cik Sherry Amani memperkenalkan Iman Sofia kepada Mr Akira. “Cik Iman Sofia Binti Tan Sri Idham Shah, saya Akira Zharif Bin Abdullah, jemput duduk. “ Iman Sofia terkesima melihat kefasihan Encik Akira berbahasa Melayu. Pada sangkaannya dia perlu menggunakan bahasa Jepun bagi berinteraksi dengan Encik Akira. Sangkaannya meleset melihat Encik Akira nyata lebih senang menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi. “Hancur peluang aku nak praktik bahasa Jepun.” Getus hati Iman Sofia. Dia pernah mengikuti program pertukaran pelajaran semasa zaman sekolah dan amat fasih berbahasa Jepun. Encik Akira yang sedari tadi menyedari pandangan Iman Sofia mula mengalih topik perbualan  dan meminta Iman Sofia meneruskan agenda pembentangan proposal. Encik Akira mendengar segala penerangan Iman Sofia dengan teliti bagi menilai sejauh mana kemampuan anak sahabat baiknya dari zaman belajar lagi. Namun, atas kesibukkan masing-masing, hubungan mereka terputus. Baru-baru ini mereka dipertemukan kembali dalam satu majlis korporat yang dihadiri ramai tokoh-tokoh perniagaan terkemuka. En Akira amat kagum dengan kebolehan Iman Sofia. Walaupun usianya masih muda namun kepetahannya dan kecekapannya menjawab segala persoalan yang sengaja ditujukan bagi menguji kemampuannya cukup menawan hati Encik Akira. “Alangkah baiknya andai puteriku mempunyai kebolehan sepertinya, kesian aku tengok Azumi Zharif kesorangan membantunya menguruskan perniagaanku ini. Nak harapkan Akiko Zarina, alamatnya lingkuplah perniagaan aku” bisik hati kecil Encik Akira yang sedikit kecewa dengan sikap puterinya yang tidak menunjukkan minat langsung dalam dunia perniagaan dan sibuk dengan aktiviti seninya yang tiada penghujung. Akiko Zarina, puteri Encik Akira terlibat dalam seni Okestra dan sering mengadakan persembahan di peringkat antarabangsa. Namun, kejayaan itu dipandang sepi oleh Encik Akira kerana beliau lebih menaruh harapan agar puterinya dapat sama-sama membantu abangnya untuk memajukan Gemilang Holding.  
Walaupun telah berpuas hati dengan pembentangan Iman Sofia, Encik Akira tidak sewenang-wenangnya akan menerima projek itu walaupun yang membentangkan proposal itu adalah anak sahabat karibnya. Encik Akira sedaya upaya menghujani Iman Sofia dengan pelbagai persoalan yang cukup licik bagi menguji kebolehan puteri sahabatnya itu. ‘Orang tua ni saja nak uji aku agaknya’ omel Iman Sofia di dalam hati. Namun, demi menjaga kredibiliti syarikat papanya, Iman Sofia berusaha keras untuk memberikan jawapan yang terbaik buat Encik Akira. Padanya, untuk mengalah adalah tidak sesekali. Semua soalan yang diajukan oleh Encik Akira berjaya dijawab oleh Iman Sofia dengan penuh yakin sehingga Encik Akira sangat kagum akan kebolehan anak muda didepan matanya ini. ‘Sungguh untung kau Idham, kerana mempunyai anak sehebat ini, aku yakin anak ini mampu melaksanakan projek mega ini. ‘ “Syabas dan tahniah anak muda, persembahan kamu amat bagus sekali!” Puji Encik Akira sambil menepuk-nepuk tangannya.
Iman Sofia tidak pulang ke pejabat selepas berjumpa dengan klien terbesarnya itu. Dia terus memacu keretanya untuk menuju ke suatu destinasi yang telah lama tidak dikunjunginya. Suasana di Taman Tasik Titiwangsa pada petang itu agak lengang membolehkan Iman Sofia boleh mendapatkan tempat di port yang meninggalkan seribu satu kenangan dalam hidupnya. Iman Sofia duduk dibangku yang mengadap tasik yang tenang pada petang itu. Burung-burung berterbangan menambahkan lagi keindahan halwa mata untuk terus menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.
“Sofia! Akak ada sesuatu nak bagitahu kat Sofia. Jom ikut akak pergi Secret Recipe, akak belanja.” Beriya-iya Iman Shazlina mengajak adik kesyangannya ke Secret Recipe. “Hari ni adik nak makan apa semua akak belanja sebab akak ada cerita menarik nak kongsikan dengan adik ni.” Ujar Iman Shazlina dengan penuh kegirangan. “ Apa yang penting sangat ni kak, siap boleh nak belanja Sofia ni?” Soal Iman Sofia penuh hairan dengan sikap kakaknya yang terlebih baik hati harini. Iman Shazlina merupakan insan yang paling rapat dengan Iman Sofia selain Ilham Shahrin  dan Ilias Shahran. Walaupun jarak usia antara Iman Shazlina dan Iman Sofia adalah 6 tahun, namun ia tidak menghalang Iman Shazlina untuk berkongsi segala masalah suka dukanya dengan adiknya. Walaupun Iman Sofia baru berumur 14 tahun, namun usia bukan penghalang buat Iman Sofia berkongsi segala suka duka bersamanya. “Adik, akak dapat tawaran belajar ke Jepun!” “Betul ke kak? Wah, bestnya akak!” Iman Sofia terjerit kecil apabila mendapat perkhabaran itu. Dia amat teruja dengan berita itu. Nasib baik tidak ramai pelangga di Secret Recipe pada ketika itu. “Akak, kalau akak jumpa Takuya Kimura jangan lupa kirim salam kat dia ye. Cakap kat dia adik suka sangat kat dia. Please kak. Adik nak sangat jumpa dia.” “Dah datang  dah penyakit drama Jepun dia.” “Ala kak, orang minat sangat kat Takuya Kimura tu. Kalau adik ada boyfriend, adik nak macam dia. Dah la hensem….” “Dah lah dik jangan nak berangan, umur baru setahun jagung dah gatal nak berboyfriend. Tak malu!” Usik Iman Shazlina yang kadang-kadang agak berbulu dengan perangai mengada-ngada adiknya. Mengada-ngada pun, itulah satu-satunya penawar hatinya dikala dia terluka. Penghibur hati dikala dia berduka. Baginya adiknya lah segala-gala baginya. Hatinya mula terusik, pemergiannya ke Jepun nanti akan meninggalkan adiknya sendirian. Nak harapkan kedua-dua abangnya, kedua-duanya sibuk dengan pengajian masing-masing. Ilham di tahun akhir dalam pengajian bidang Kejuruteraan Awam manakala Ilias pula di tahun akhir pengajian dalam bidang Teknologi Maklumat dan Keusahawanan. Kedua-dua abangnya kini berada nun jauh di bumi London. Kini, dia pula bakal meninggalkan permata hati yang amat disayangi untuk meneruskan pengajiannya ke Negara matahari terbit. Maafkan akak dik, akak janji akak akan cepat-cepat tamatkan pengajian akak dan temankan adik disini.

“Alamak, dah hujan!” Iman Sofia mengesat air mata yang bergenang dikelopak matanya terkenangkan saat-saat terakhir dia bergurau senda dengan kakak kesayangannya. Kini ianya tinggal kenangan. Kakaknya telah lama pergi dan tak mungkin kembali lagi. Iman Sofia berlari-lari anak menuju kearah keretanya. Bukk… “Adoi!” Terjelupuk Iman Sofia . Kurang asam punya mamat ni. Main langgar je dari belakang. Ingat dia sorang ke nak elak hujan. Bebel Iman Sofia dalam hati. “Maaf cik, saya tak sengaja! Cik tak apa-apa ke? Ada luka tak? Nak saya hantar ke Hospital?” Bertubi-tubi soalan ditujukan kepada Iman Sofia. Iman Sofia menoleh ke belakang. Mukanya pucat lesi. “Bukankah ini mamat dalam lif tadi?” Iman Sofia hilang kata-kata melihat jejaka dihadapannya…..  

Kembali selepas setahun mneghilang.....

Sudah berhabuk blog ini setelah sekian lama aku tinggalkan.... Kini aku kembali dengan harapan dapat melakar coretan yang baru. Semoga kali ini aku mampu bertahan lama......