BAB
2
Azumi
Zharif sibuk menyiapkan tugasannya di bilik bacaan sementara ayahnya Encik
Akira Zharif hanya duduk berishtirehat sambil memantau perkembangan kerja-kerja
anaknya. Sememangnya menjadi rutin harian Encik Akira untuk mengambil tahu
segala perkembangan semua projek-projek yang diuruskan oleh anaknya. Bukan dia
tidak mempercayai kebolehan anaknya tetapi dia sekadar mengambil berat tentang
permasalahan anaknya. Baginya kesibukkan dengan tugasan harian menyebabkan
mereka berdua jarang bersua dan berkongsi masalah. Jadi saat-saat sebegini
dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengeratkan perhubungan silaturahim antara mereka
berdua. Walaupun ianya agak formal namun, Encik Akira tiada pilihan lain lagi
untuk meluangkan masa bersama anak-anaknya. Akiko pula sibuk dengan
persembahannya. Jarang sekali dia dapat melihat kelibat puteri bongsunya itu.
Namun dia percaya Akiko mampu menjaga diri dengan baik.
Setelah
pemergian ibunya 5 tahun dahulu, Azumi Zharif mula serius membantu ayahnya
memajukan Gemilang Holding kerana Gemilang Holding adalah peninggalan ibunya
dan sebelum pemergian ibunya Puan Sharifah Suhana, Azumi Zharif telah berjanji
dengan ibunya bahawa dia akan menjaga ayah dan adiknya serta Gemilang Holding
dengan baik. Gemilang Holding hari ini adalah hasil usaha keras Encik Akira dan
Puan Sharifah Suhana setelah ianya hampir lumpuh akibat perbuatan adik ibunya
iaitu Uncle Syed Sharil. Gemilang Holding adalah peninggalan datuk Azumi Sharif
kepada Uncle Syed Sharil dan ibunya Puan Sharifah Suhana. Namun, akibat
ketamakkan, Uncle Syed Sharil telah mengakibatkan Gemilang Holding hampir
lumpuh sepenuhnya sebelum menghilangkan diri. Akibat terlalu sakit hati datuk
mereka Tan Sri Syed Azman Shah telah diserang strok dan Puan Sharifah Suhana
ketika itu masih di Jepun bersama Encik Akira Zharif terus bergegas pulang ke
tanah air dan menguruskan Gemilang Holding sehingga berjaya. Bagi mengelakkan
tragedi yang sama berulang kembali, Puan Sharifah Suhana telah meminta Azumi
Zharif membantu ayahnya menguruskan Gemilang Holding. Azumi Zharif pada awalnya
memiliki ijazah dalam bidang perubatan, meninggalkan minatnya untuk menjadi
doktor dan terjun ke bidang perniagaan bagi membantu ayahnya. Dia sanggup
mengorbankan minatnya demi keluarga yang amat disayanginya.
“Daddy
tak nak tidur lagi ke? Dah lewat ni. Takpe Zumi boleh buat sendiri kerja-kerja
ni. Daddy tidurlah dulu.” Ujar Azumi Zharif setelah melihat ayahnya masih tekun
menelah kerja-kerjanya. “ Takpa, sikit aja lagi, daddy nak habiskan yang ni
sikit lagi.” “Ermm…. Zumi…” tersekat-sekat suara Encik Akira. “ Kenapa daddy?
Ada masalah ke dengan projek tu?” “Eh, bukan pasal projek ni, daddy nak Zumi handlekan satu Projek Mega boleh
tak?” Projek Mega mana pula? Tak pernah
dia ketahui apa-apa pasal Projek Mega yang dimaksudkan oleh daddynya itu? Encik
Akira tergelak melihat muka toya anaknya itu. “Ni projek yang baru daddy terima
semalam. Kerjasama antara Gemilang Holding dan IS Panthers Holding.” “IS
Panthers Daddy?” “Yes!” Nama itu cukup
sinonim dalam dunia korporat dan pemiliknya Tan Sri Idham Shah merupakan tokoh
korporat yang cukup disegani dalam dunia perniagaan. “Wow! Daddy, this is
great! Daddy kenal Tan Sri Idham Shah?” Soal Azumi Zharif ingin tahu. “He is a
friend of mine since we were in university. It is more than 30 years ago. But
we lost contact after your mummy and I came back from Japan.” Terang Encik
Akira. “ Baru-baru ni kami jumpa balik masa majlis Tan Sri Ahmad.” “Dia hantar
anak perempuannya untuk membentangkan proposal kepada daddy dan daddy sangat sukakannya.”
“Sukakannya? Daddy biar betul?” usik Azumi Zharif. “Ishh… kamu ni, tapi daddy
suka kalau dia jadi menantu daddy, orangnya cantik, bijak, petah bercakap
dan…..” “Dah la daddy, bukan main daddy puji budak tu.” Potong Azumi Zharif.
Bila daddynya dah mula bercerita pasal jodoh, telinganya mesti bercapang. Bukan
dia tak tahu perangai daddynya yang tak sabar-sabar untuk melihat mereka berdua
berumah tangga. Namun, apakan daya kesibukkan dengan aktiviti harian
menyebabkan Azumi Zharif dan adiknya masih solo sehingga kini. Bukan tiada
gadis-gadis atau jejaka-jejaka yang cuba mengetuk pintu hati mereka namun,
peristiwa lapan tahun lalu cukup meninggalkan kesan sehingga mereka fobia untuk
mencari pasangan hidup masing-masing.
“Okaylah
daddy nak masuk tidur dulu, esok daddy ada meeting dengan staf di bahagian
marketing, kalau Zumi free jom join sekali, ada beberapa perkara daddy nak
sampaikan,” “Okay daddy. Good Night!”
Azumi Zharif hanya menghantar daddynya dengan ekor mata sehingga
daddynya keluar dari bilik bacaan. “Fuh, nasib baik. Kalau tak mesti daddy beriya-iya
nak aku pinang je terus anak Tan Sri Idham tu…” “Daddy, daddy… Zumi tahu niat
daddy baik tapi ….” Azumi Zharif
meneruskan tugasannya, tidak lagi dia mahu memikirkan saranan daddynya tadi.
Jam
sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Kelibat Akiko Zarina masih tidak kelihatan.
Walaupun seringkali sibuk dengan tugas, Azumi Zharif tetap mengambil berat akan
adik kesayangannya. Setiap hari Azumi Zharif pasti menjadi penunggu setia
kepulangan adiknya. Walaupun berkali-kali dinasihatkan agar menggunakan khidmat
driver jika terlibat dengan program lewat malam namun Akiko Zarina menolak
mentah-mentah cadangan abangnya kerana dia lebih senang memandu kereta sendiri.
Walaupun sedar pelbagai musibah mungkin boleh berlaku jika dia memandu seorang
diri terutamanya di kala lewat malam. Namun dia tetap berkeras untuk berdikari
dan tidak mahu menyusahkan sesiapa. Setelah menyiapkan kerja-kerjanya, Azumi
Zharif turun ke dapur untuk mencari minuman untuk membasahkan tekaknya yang
sedari tadi kehausan. “ Hurmm… manalah budak kecik sorang ni pergi, tak
balik-balik lagi.” Bebel Azumi Zharif dalam hati. Dia cukup risau jika adiknya
itu sehingga dia terpaksa mengupah pengawal peribadi untuk mengekor ke mana
sahaja adiknya pergi dari jarak jauh tanpa disedari adiknya. Dia tidak mahu
adiknya rasa terkongkong sekiranya dia tahu ada pengawal peribadi yang
mengekorinya setiap waktu. Azumi Zharif menghubungi Jack untuk mengetahui
lokasi terkini adiknya. “Cik Akiko dalam perjalanan pulang Tuan!” Jawapan dari
Jack sedikit sebanyak menghilangkan resah dihatinya dan dia duduk di ruang tamu
sambil mengahayati hot chocolate yang baru dibancuhnya.
Fikirannya
melayang-layang memikirkan peristiwa siang tadi di taman tasik Titiwangsa.
Wajah gadis itu masih berlegar-legar dalam ingatannya. Panahan matanya yang
tajam cukup membuat hati tertawan, bibirnya dan seksi, pipinya yang mulus,
wajah yang polos itu membuat Azumi Zharif tersenyum sendirian. Namun yang
menjadi tanda padanya ialah kenapa gadis itu seperti takut melihat dirinya.
“Rupa aku macam hantu ke? Kenapa perempuan tu lari bila tengok muka aku ye?”
Azumi Zharif masih lagi tersenyum sendirian mengenangkan peristiwa siang tadi
sehingga dia tidak menyedari akan kepulangan adiknya. Akiko Zarina yang sudah
menduga bahawa abangnya pasti akan menjadi penunggunya yang paling setia. Dia
bersyukur, setelah pemergiaan ibunya,
abangnyalah menjadi tempat dia mengadu nasib, tempat dia bermanja kerana
daddynya sangat sibuk akan urusan pejabat sehingga tidak dapat meluangkan masa
untuknya. Daddynya juga kecewa dengan keputusannya untuk tidak bekerja di
Gemilang Holding. Baginya minat dalam bidang muzik dapat memberikan ketenangan
kepadanya.
“Mmmuah…..”
Akiko Zarina terus memeluk abangnya dari arah belakang menyebabkan Azumi Zharif
tersentak dan tersimbah air ke bajunya sendiri. Terburai ketawa Akiko Zarina
melihat keadaan abangnya. “Abang teringat kat siapa sampai boleh tersenyum
sorang-sorang. Qiqi dah balik pun abang tak sedar.” Sakat Akiko Zarina dengan
ketawa yang masih bersisa. “Teringat kat bakal kakak ipar Qiqi ke bang?” Akiko
masih lagi menyakat abangnya yang berlari-lari anak ke dapur untuk membersihkan
pakaiannya yang terkena simbahan minumannya. “Bertuah punya adik!” omel Azumi.
“Qiqi dari mana? Kenapa masa-masa macam ni baru nak balik dik? Kalau jadi
apa-apa nanti siapa yang susah?” Akiko hanya tersengih melihat abangnya
terkial-kial membersihkan T-shirtnya yang terkena air tadi. “Tengok tu kita
tanya dia tersenggih macam kerang busuk kat situ.” “Qiqi kerja lah bang.”
“Kerja apa? Sampai dekat kul 2 pagi baru nak balik.” “Ala abang ni…. Janganlah
jadi macam daddy, orang tahu jaga diri. Abang tak percaya kat Qiqi ke?” “Bukan
abang tak percaya tapi awak tu perempuan,nant…..” “Ye ye Qiqi tahu…..” potong
Akiko. “Abang, abang dah lupa ke, Qiqi kan ada black belt Tae Kwan Do. Sekali
Qiqi hiaaa…. Takkan ada sesiapalah yang berani masuk dekat.” Ujar Akiko sambil
membuka langkah. “Banyaklah Qiqi punya hiaaa… dah la pergi masuk tidur.” Malas
Azumi hendak melayan karenah adiknya dan yang paling penting adiknya tidak
boleh tahu apa yang membuatkan dia tersenyum sendirian tadi.
0 comments:
Post a Comment