Pages

Saturday, 1 March 2014

IS vs AZ - BAB 1


Bab 1
‘La Tahzan kerana Jodoh!  “Macam best  je buku ni.” Getus hati Iman Sofia lalu dia mengambil buku itu dan terus ke kaunter pembayaran. Selepas keluar dari kedai buku, Iman Sofia terus menuju ke keretanya kerana waktu rehat telah hampir tamat. Dia tidak mahu lambat kembali ke pejabat kerana hari ini dia ada satu temujanji yang sangat penting dengan seorang klien terbesar IS Panthers Holding. Iman Sofia tidak mahu berlaku sebarang kesilapan yang membolehkan dia  gigit jari. Ini peluang keemasan untuk membuktikan kepada papa yang dia juga mampu membanggakan papa selain Abang Ilham Shahrin  dan Abang Ilias Shahran. Setiba di pejabatnya, Iman Sofia terus menyemak dokumen-dokumen yang diperlukan untuk dipersembahkan kepada kliennya. Segala maklumat penting dicatat pada Galaxy Note II nya bagi mengelakkan dia tercicir sebarang informasi tentang proposal yang bakal dibentangkan kepada kliennya. Setelah berpuas hati dengan maklumat yang ada Iman Sofia terus memacu Honda Streamnya menuju ke tempat yang telah ditetapkan.
Setibanya di Gemilang Holding, Iman Sofia terus menuju ke lif untuk menapak ke tingkat 55 bagi berjumpa dengan CEO Gemilang Holding Mr Akira. Semasa di dalam lif, Iman Sofia terkesima melihat wajah seseorang yang persis insan yang …… Arghh, jantungnya berdegup kencang. Jejaka itu sempat senyum kepadanya membuatkan kakinya kian longlai. ‘Apalah dugaan yang aku hadapi harini…’ Getus hatinya. Dia tidak putus-putus berdoa agar lif cepat sampai ke tingkat 55. Matanya tertancap pada paparan digital pada lif sambil mulutnya terkumat-kamit berdoa agar lif cepat sampai ke tingkat 55. Tak sanggup lagi rasanya untuk berada lebih lama di dalam lif bersama-sama dengan jejaka ini. “Ting! Menandakan lif telah tiba di tingkat 55 dan jejaka itu keluar daripada lif bersama-sama dengannya. Debaran kian kencang apabila jejaka itu juga menuju ke arah yang ditujuinya. “Iman Sofia kuatkan dirimu, lupakan sebentar tentang dia, itu bukan dia!” Iman Sofia cuba memotivasikan dirinya untuk tidak mudah kalah pada perasaan. Dia terus menuju ke arah meja setiausaha Mr Akira untuk berjumpa dengan CEO Gemilang Holding iaitu Encik Akira. Jejaka dalam lif tadi terus dilupakan apabila dia disapa ramah oleh setiausaha Encik Akira iaitu Cik Sherry Amani. Cik Sherry Amani meminta Iman Sofia untuk tunggu di bilik khas yang dilengkapi dengan semua peralatan mesyuarat cuma bezanya bilik ini jauh lebih kecil berbanding bilik mesyuarat di IS Panthers Holding. “Amat praktikal bilik ini jika digunakan untuk mesyuarat staf secara kecil-kecilan.” Guman Iman Sofia melihat susun atur bilik itu. Hiasan yang ringkas menjadikan bilik ini cukup selesa untuk diadakan mesyuarat kecil-kecilan tanpa perlu menggunakan bilik sebesar bilik mesyuarat.

Iman Sofia terus mengeluarkan semua dokumen yang dibawa bersamanya dan bersedia untuk menerangkan proposal yang dibawanya. Sekiranya rundingan ini berjaya, IS Panther dan Gemilang Holding bakal bersatu dalam menjayakan projek mega yang bakal membanggakan papa dan kedua-dua abangnya. Iman Sofia amat mengharapkan usahanya kali ini membuahkan hasil. Dia tidak mahu ahli keluarganya memandang rendah akan kebolehannya sebagai fresh graduate yang kononnya tidak mampu menjayakan projek mega. Ini langkah pertama untuk dia buktikan kebolehannya. Walaupun baru lima bulan bekerja dengan papanya, ilmu dalam bidang perniagaan yang ada pada Iman Sofia bukan calang-calang kerana sejak dibangku sekolah lagi dia telah dilatih oleh ayah serta abang-abangnya tentang selok belok dunia perniagaan. Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) yang dianugerahkan kepadanya juga menambahkan lagi keyakinan papa untuk sama-sama membantu memajukan IS Panthers Holding. “Sofia janji takkan kecewakan papa!” Tekad Iman Sofia.
Pintu bilik dibuka dan Cik Sherry Amani memperkenalkan Iman Sofia kepada Mr Akira. “Cik Iman Sofia Binti Tan Sri Idham Shah, saya Akira Zharif Bin Abdullah, jemput duduk. “ Iman Sofia terkesima melihat kefasihan Encik Akira berbahasa Melayu. Pada sangkaannya dia perlu menggunakan bahasa Jepun bagi berinteraksi dengan Encik Akira. Sangkaannya meleset melihat Encik Akira nyata lebih senang menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi. “Hancur peluang aku nak praktik bahasa Jepun.” Getus hati Iman Sofia. Dia pernah mengikuti program pertukaran pelajaran semasa zaman sekolah dan amat fasih berbahasa Jepun. Encik Akira yang sedari tadi menyedari pandangan Iman Sofia mula mengalih topik perbualan  dan meminta Iman Sofia meneruskan agenda pembentangan proposal. Encik Akira mendengar segala penerangan Iman Sofia dengan teliti bagi menilai sejauh mana kemampuan anak sahabat baiknya dari zaman belajar lagi. Namun, atas kesibukkan masing-masing, hubungan mereka terputus. Baru-baru ini mereka dipertemukan kembali dalam satu majlis korporat yang dihadiri ramai tokoh-tokoh perniagaan terkemuka. En Akira amat kagum dengan kebolehan Iman Sofia. Walaupun usianya masih muda namun kepetahannya dan kecekapannya menjawab segala persoalan yang sengaja ditujukan bagi menguji kemampuannya cukup menawan hati Encik Akira. “Alangkah baiknya andai puteriku mempunyai kebolehan sepertinya, kesian aku tengok Azumi Zharif kesorangan membantunya menguruskan perniagaanku ini. Nak harapkan Akiko Zarina, alamatnya lingkuplah perniagaan aku” bisik hati kecil Encik Akira yang sedikit kecewa dengan sikap puterinya yang tidak menunjukkan minat langsung dalam dunia perniagaan dan sibuk dengan aktiviti seninya yang tiada penghujung. Akiko Zarina, puteri Encik Akira terlibat dalam seni Okestra dan sering mengadakan persembahan di peringkat antarabangsa. Namun, kejayaan itu dipandang sepi oleh Encik Akira kerana beliau lebih menaruh harapan agar puterinya dapat sama-sama membantu abangnya untuk memajukan Gemilang Holding.  
Walaupun telah berpuas hati dengan pembentangan Iman Sofia, Encik Akira tidak sewenang-wenangnya akan menerima projek itu walaupun yang membentangkan proposal itu adalah anak sahabat karibnya. Encik Akira sedaya upaya menghujani Iman Sofia dengan pelbagai persoalan yang cukup licik bagi menguji kebolehan puteri sahabatnya itu. ‘Orang tua ni saja nak uji aku agaknya’ omel Iman Sofia di dalam hati. Namun, demi menjaga kredibiliti syarikat papanya, Iman Sofia berusaha keras untuk memberikan jawapan yang terbaik buat Encik Akira. Padanya, untuk mengalah adalah tidak sesekali. Semua soalan yang diajukan oleh Encik Akira berjaya dijawab oleh Iman Sofia dengan penuh yakin sehingga Encik Akira sangat kagum akan kebolehan anak muda didepan matanya ini. ‘Sungguh untung kau Idham, kerana mempunyai anak sehebat ini, aku yakin anak ini mampu melaksanakan projek mega ini. ‘ “Syabas dan tahniah anak muda, persembahan kamu amat bagus sekali!” Puji Encik Akira sambil menepuk-nepuk tangannya.
Iman Sofia tidak pulang ke pejabat selepas berjumpa dengan klien terbesarnya itu. Dia terus memacu keretanya untuk menuju ke suatu destinasi yang telah lama tidak dikunjunginya. Suasana di Taman Tasik Titiwangsa pada petang itu agak lengang membolehkan Iman Sofia boleh mendapatkan tempat di port yang meninggalkan seribu satu kenangan dalam hidupnya. Iman Sofia duduk dibangku yang mengadap tasik yang tenang pada petang itu. Burung-burung berterbangan menambahkan lagi keindahan halwa mata untuk terus menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.
“Sofia! Akak ada sesuatu nak bagitahu kat Sofia. Jom ikut akak pergi Secret Recipe, akak belanja.” Beriya-iya Iman Shazlina mengajak adik kesyangannya ke Secret Recipe. “Hari ni adik nak makan apa semua akak belanja sebab akak ada cerita menarik nak kongsikan dengan adik ni.” Ujar Iman Shazlina dengan penuh kegirangan. “ Apa yang penting sangat ni kak, siap boleh nak belanja Sofia ni?” Soal Iman Sofia penuh hairan dengan sikap kakaknya yang terlebih baik hati harini. Iman Shazlina merupakan insan yang paling rapat dengan Iman Sofia selain Ilham Shahrin  dan Ilias Shahran. Walaupun jarak usia antara Iman Shazlina dan Iman Sofia adalah 6 tahun, namun ia tidak menghalang Iman Shazlina untuk berkongsi segala masalah suka dukanya dengan adiknya. Walaupun Iman Sofia baru berumur 14 tahun, namun usia bukan penghalang buat Iman Sofia berkongsi segala suka duka bersamanya. “Adik, akak dapat tawaran belajar ke Jepun!” “Betul ke kak? Wah, bestnya akak!” Iman Sofia terjerit kecil apabila mendapat perkhabaran itu. Dia amat teruja dengan berita itu. Nasib baik tidak ramai pelangga di Secret Recipe pada ketika itu. “Akak, kalau akak jumpa Takuya Kimura jangan lupa kirim salam kat dia ye. Cakap kat dia adik suka sangat kat dia. Please kak. Adik nak sangat jumpa dia.” “Dah datang  dah penyakit drama Jepun dia.” “Ala kak, orang minat sangat kat Takuya Kimura tu. Kalau adik ada boyfriend, adik nak macam dia. Dah la hensem….” “Dah lah dik jangan nak berangan, umur baru setahun jagung dah gatal nak berboyfriend. Tak malu!” Usik Iman Shazlina yang kadang-kadang agak berbulu dengan perangai mengada-ngada adiknya. Mengada-ngada pun, itulah satu-satunya penawar hatinya dikala dia terluka. Penghibur hati dikala dia berduka. Baginya adiknya lah segala-gala baginya. Hatinya mula terusik, pemergiannya ke Jepun nanti akan meninggalkan adiknya sendirian. Nak harapkan kedua-dua abangnya, kedua-duanya sibuk dengan pengajian masing-masing. Ilham di tahun akhir dalam pengajian bidang Kejuruteraan Awam manakala Ilias pula di tahun akhir pengajian dalam bidang Teknologi Maklumat dan Keusahawanan. Kedua-dua abangnya kini berada nun jauh di bumi London. Kini, dia pula bakal meninggalkan permata hati yang amat disayangi untuk meneruskan pengajiannya ke Negara matahari terbit. Maafkan akak dik, akak janji akak akan cepat-cepat tamatkan pengajian akak dan temankan adik disini.

“Alamak, dah hujan!” Iman Sofia mengesat air mata yang bergenang dikelopak matanya terkenangkan saat-saat terakhir dia bergurau senda dengan kakak kesayangannya. Kini ianya tinggal kenangan. Kakaknya telah lama pergi dan tak mungkin kembali lagi. Iman Sofia berlari-lari anak menuju kearah keretanya. Bukk… “Adoi!” Terjelupuk Iman Sofia . Kurang asam punya mamat ni. Main langgar je dari belakang. Ingat dia sorang ke nak elak hujan. Bebel Iman Sofia dalam hati. “Maaf cik, saya tak sengaja! Cik tak apa-apa ke? Ada luka tak? Nak saya hantar ke Hospital?” Bertubi-tubi soalan ditujukan kepada Iman Sofia. Iman Sofia menoleh ke belakang. Mukanya pucat lesi. “Bukankah ini mamat dalam lif tadi?” Iman Sofia hilang kata-kata melihat jejaka dihadapannya…..  

0 comments:

Post a Comment