Pages

Saturday, 1 March 2014

IS vs AZ BAB 3

BAB 3
            Iman Sofia dan Mak Jah sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi ini. Sudah menjadi rutin Iman Sofia untuk turun ke dapur bagi membantu Mak Jah. Sejak kecil lagi Iman Sofia sudah biasa membantu setiap kerja rumah yang dilakukan oleh Mak Jah walaupun tanpa disuruh. Sifat ringan tulang Iman Sofia cukup disenangi oleh Mak Jah yang telah hampir 15 tahun berkhidmat dengan keluarga Tan Sri Idham Shah. Semua anak-anak majikannya cukup disenanginya, mereka bukan sahaja rajin membantu malah cukup rapat dengan Mak Jah dan sangat mengambil berat akan Mak Jah yang dianggap seperti nenek mereka sendiri. Bagi mereka bertiga, Mak Jah lah tempat mereka menumpang kasih setelah pemergian mama kesayangan mereka tujuh tahun yang lalu akibat serangan angin ahmar.
            “Morning Mak Jah!” Sergah Ilias Shahrin dari arah belakang Mak Jah. “Eh Eh morning Mak Jah jatuh eh sudu jatuh!” Latah Mak Jah akibat terkejut dengan sergahan Ilias tadi. Nasib baik hanya sudu sahaja yang jatuh semasa Mak Jah melatah kalau tak mungkin Ilias telah bermandi kopi yang sedang dibancuh oleh Mak Jah. Ilias sangat gemar menyakat Mak Jah dan kadang sengaja diajuk-ajuk latah Mak Jah sampai tercunggap-cunggap orang tua itu dibuatnya. Nasib baik Mak Jah tiada sebarang masalah kesihatan, kalau tidak mungkin sudah lama Mak Jah terlantar di hospital akibat perbuatan Ilias yang suka menyakat. Iman Sofia hanya mampu tergelak melihat telatah Mak Jah dan abangnya. “Ilias, jangan buat macam ni. Boleh mati Mak Jah kalau macam ni.” “Ala Mak Jahku sayang, Ilias gurau je. Jangan lah marah intan payung.” Pujuk Ilias sambil memeluk Mak Jah dari belakang. “Ish tak malu lah budak ni main peluk-peluk macam ni. Kalau dah ada bini esok-esok tengok Ilias dok peluk Mak Jah je kang merajuk pulak siapa yang susah?” Bebel Mak Jah. Ilias hanya mampu tersengih mendengar bebelan Mak Jah, wanita yang sudah dianggap seperti nenek kandung sendiri. Menurut papa, Mak Jah merupakan saudara jauh mama dan berpangkat mak cik pada mama. “Apa yang bising-bising pagi-pagi kat dapur ni?” Tetiba sahaja suara Ilham muncul dari arah ruang tamu. Semua di dapur hanya mampu tergelak melihat muka mamai Ilham yang nyata seolah-olah baru bangun dari tidur.
            “Ilham, kamu tak sihat ke?” Tegur Mak Jah setelah melihat wajah Ilham yang kelihatan agak pucat. “Taka da apa-apa lah Mak Jah, cuma demam sikit je, nasib baik hari ni cuti, boleh rehat-rehat kat rumah.” Balas Ilham lemah. Iman Sofia lantas mendapatkan Ilham dan meletakkan belakang tapak tangan ke dahi dan leher abangnya itu. “Mak aaaii, panas ni Along. Nanti lepas breakfast Sofia bawa Along ke klinik ye!” “Ala sikit je dik, lepas ni eloklah tu.” Balas Ilham. “Mana boleh, Along kena pergi ke klinik juga.” Tegas Iman Sofia lagi. Ilias yang sedari dari hanya memerhati juga turut menyampuk. “Ala Along, dah besar-besar pun takutkan doktor lagi ke? Mana la tahu doktor yang akan Along jumpa nanti boleh buat bakal kakak ipar kitorang.” Sakat Ilias sambil menahan gelak melihat Ilham mencerlunkan biji matanya seperti mahu menerkam sahaja dirinya yang terlepas cakap. Dia tahu Ilham cukup panas telinga jika diajukan tentang perkataan bakal kakak ipar kerana Ilham pernah dikecewakan oleh seorang bakal doktor yang dikenalinya semasa belajar di London dulu. Bukan Ilias tak tahu, semasa mereka sama-sama belajar di London dulu, siang malam Ilham asyik berkepit je dengan Si Shery The Blonde gelaran yang diberikan kepada buah hati Ilham itu. Nasib baik Ilham masih dapat menamatkan pengajiannya dengan baik walaupun ditinggalkan oleh Si Shery The Blonde semasa mereka di tahun akhir pengajian kerana tersangkut pada pak arab yang kaya raya. Nasib baik Si Sherry The Blonde tu tak tahu yang mereka adalah anak Tan Sri Idham Shah, seorang ahli perniagaan yang cukup terkenal di Malaysia kalau tidak mesti dikikis di Ilham sehabis mungkin. Semasa di London, Ilham dan Ilias bekerja sambil belajar bagi mendapatkan pengalaman dan Tan Sri Idham Shah juga tidak menghalang jika mereka mahu bekerja sambil belajar. Melihatkan keadaan Ilham yang terpaksa bekerja selepas belajar menjadikan Shery beralih arah kepada individu yang lebih berduit untuk memenuhi segala impiannya untuk menikmati kemewahan dunia. Ilham ditinggalkan tanpa sebarang belas kasihan.
            “Sofia, nanti temankan Along ke klinik! Teruk je papa tengok keadaannya.” Pinta Tan Sri Idham setelah melihat keadaan Ilham yang pucat lesi. “Ilias, nanti tolong papa  bersihkan laman depan ye sebab Pak Mat tak dapat datang minggu ni sebab isterinya tak sihat.” “Ok papa!” Balas Ilias tanpa membantah.  “Petang ni papa rasa nak pergi rumah Pak Mat sebentar nak jenguk keadaan isteri Pak Mat, Sofia ikut sekali ye, papa segan lah.” “Ok pa!” Balas Iman Sofia. “Hurmmm … dan Ilham, kamu nak makan apa-apa tak nanti papa boleh mintak Mak Jah masakkan?” “Apa-apa je lah pa, Ilham ok. Papa janganlah risau” Balas Ilham . Kesian pula melihat papanya risau akan dirinya. Dia cuma deman sedikit sahaja kerana terkena hujan semasa melawat tapak projek semalam. Salah dirinya juga kerana tidak terus mandi selepas pulang dari melawat tapak projek. Dia terlelap semasa sedang berehat. Sedar-sedar dah larut malam dan dia hanya mandi pada jam 12 tengah malam. Selepas menunaikan kewajipannya, dia terus terlena. Sedar-sedar pagi ni, seluruh badanya terasa sakit dan pening-pening.           

            “Encik Ilham Shahrin, sila masuk ke bilik 2.” Arah seorang jururawat yang bertugas. “Sofia, teman lah Along masuk dalam, Along malas nak cakap banyak-banyak please!” Pinta Ilham. Begitulah sifat Ilham yang cukup manja dengan semua adik-adiknya terutamanya Iman Sofia. Tanpa banyak soal Sofia hanya memimpin Ilham masuk ke bilik no 2 yang tertera dengan nama Dr Darwish. Setelah membuat memeriksa keadaan Ilham, Dr Darwish telah mengeluarkan preskripsi  ubat-ubatan yang berkenaan dan meminta mereka menunggu di ruangan mengambil ubat. Selepas keluar dari bilik Dr Darwish, Iman Sofia sempat lagi mengusik alongnya dengan nasihat doktor yang berjela-jela. Ilham hanya mendengar semua bebelan adiknya sambil tersenyum dan dengan selamba menjawab “Okay darling, I’ll do everything for you sweetheart!” balas Ilham setelah Sofia berkali-kali mengingatkannya tentang jadual mengambil ubat dan makan serta rehat. Tanpa mereka sedari gelagat mereka diperhatikan oleh seseorang yang duduk di kerusi bahagian belakang.   

0 comments:

Post a Comment