Pages

Saturday, 27 August 2011

Tinted Kereta....

               10 pagi semalam aku menerima pangilan dari Tint Solution untuk mengesahkan kehadiran aku ke kedainya kerana aku ada buat appointment minggu lepas untuk Tinted Si Merahku (kesian si Merah dah hampir setahun baru ditinted..... ) Joanne(Tint Solution) memaklumkan appointment aku dalam kul 2.30... so lepas tutup register semalam, aku terus anta Aja balik Bt Caves dan aku terus g kedai Tint Solution kat Setapak (dekat ngan Festival City - tp tak bukak lagi....)  Aku sampai kat kedai tu dalam kul 2, kiranya awal 30minit dari appoinment asal.... Aku tengok dalam kedai ada lagi tiga kereta tapi yang belum masuk kedai dalam 4 lg... kiranya aku adalah yang kedua dalam 4 itu.... 

                 Sampai di sana, Joanne chek cermin keteku, katanya semua ade tinted, so kena extra 80 untuk buang tinted lama.... Kebetulan aku ada voucher dari my deal jadi Joanne bagi pilihan untuk upgrade Tint Pakage.... Kalau pakej Voucher, aku hanya layak dapat pakej tint untuk rear mirror and four doors mirror.... Untuk depan aku kena tambah RM 50 untuk tinted yang paling murah dan hanya untuk Solar Tint sahaja (untuk tahan panas je) dan kena surcharge sebanyak RM 100, RM 20 untuk tint lapisan atas cermin depan yang gelap skit tu (aku lupa plak dia panggil apa) menjadikan keseluruhan RM 250 . 

            Manakala, kalau aku upgrade ke pakej RM 388 (harga asal RM1200) untuk dapatkan Tinted bagi yang tahan hentakan... Kalau aku pilih pakej ini, aku cuma perlu tambah 80 untuk charge uninstall tint asal menjadikannya 468. Tapi filem bahagian depan boleh di upgrade dari VLT 50% kepada 80%  dia charge lagi dalam RM 70 (rasa mcm xberapa lepas ngan JPJ ni... tapi Joanne bagi jaminan, jika kena saman, sila bawa saman ke kedainya, mereka akan tolong uruskan saman itu dan kita tak perlu bayar 1 sen pun. Waranti 7 tahun.... Ok tak??? Aku pun tak pasti sebenarnya.... Semoga semuanya selamat..... 

           Si Merah sebelum ni dah banyak kena batu, lekuk sana sini dan aku pun heran mana datangnya lekuk-lekuk pada si Merah walhal aku xde plak tercium kat mana-mana... Orang dengki kat si Merah agaknya... Sabar ye Si Merah.....  Selepas negotiate dengan Joanne tentang harga dia bagi RM 530 tapi aku bodek lah amoi tu skit... last2 dia bagi aku RM480.... woooo.... jimat RM 50 bleh wat isi perut si Merah nanti..... hehehe.... Maka melayanglah RM 519.90 (RM39.90 untuk voucher my deal) aku untuk tinted si Merah sahaja... 

           Lama giler aku tunggu turn si Merah untuk dipasang tinted sedangkan menurut pengalaman teman-teman, tinted hanya dalam sejam je tapi Si Merah hanya siap pada jam 5.30 petang je.... Adoi lama giler aku menapak kat Kedai Tint Solution... 

Thursday, 25 August 2011

Raya ????

Tahun lepas, bila tiba je raya, aku dan Sue pasti merayap ke sana sini untuk mendapatkan persiapan raya.... Jika tahun lepas, sue mengenakan blouse n seluar sebagai baju raya.... Aku plak ngan sepasang baju kurung...(macam aku plak yang beraya.. hahaha) Sue sibuk membeli kuih muih (kuih tunjuk.. biasalah...hehehe), bayar zakat, beli kemeja tuk Ayah, tudung untuk Mak.... Aku plak ikut turut serta jelajah serata tempat tuk dapatkan semua barang-barangnya kecuali kuih (kuih dia tempah ngan office mate dia...) Setiba je hari nak balik kampung, kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 3.00 pagi (kononnya nak elak JAM....) Semangat nak balik kampung... Sepanjang perjalanan sibuk pasang lagu raya je lah.... "oooooooo.... Balik Kampung..."  Tiba kat kampung dalam kul 2 petang... aduh jauh gak perjalanan... tapi Sue bawa slow2 je... tak nak rushing rushing ngat.. Coz itu first time kitorang balik bawa kete.... kira Ok lah tu... Ikut LPT memang lah jauh... tapi kalau ikut Lipis, maunya Jam giler dengan rakyat2 Kelantan yang berduyun2 pulang ke kampung halaman..... Raya tahun lepas agak "kureng" sedikit kehangatannya ekoran ramai teman-teman yang sudah berkeluarga dan mengikut pasangan masing-masing beraya di rumah mertua..... Ada jugak teman2 lama yang tidak dapat balik beraya ekoran komitmen kerja... apa nak buat.... Tapi sempat juga kami beraya di rumah-rumah cikgu-cikgu yang tersayang.... Memang rumah-rumah diorang merupakan lokasi wajib dilawati setiap kali pulang ke kampung... Jasamu Cikgu.... terpahat diingatan... Sayang semua cikgu-cikguku..... 

Raya tahun ini??? Sedih untuk mengenangkan apa yang akan terjadi.... Aku pada awalnya meminta mamaku untuk datang ke KL dan beliau bersetuju untuk datang... Namun seminggu kemudian, mama menarik balik persetujuannya untuk datang ke KL walhal aku dah buat keputusan untuk tak balik.... Alasan mama, anak kepada anak saudaranya nak kawin.... Adoi... dia kawin 2/9 mama.... datang lah KL dulu.... (hanya mampu diluahkan dalam hati.... Merajuk dan kena pujuk sendiri.... huhuhu) Tahun ni aku tak balik ngan Sue kerana  dia sibuk menguruskan barang2nya yang berlonggok untuk dibawa balik sebab dia dah dapat Tawaran lanjut pelajaran ke peringkat Master... Rezeki dia untuk sambung belajar.... (Tambah lagi sedih.... dah elok2 kawan dari form 2 sampai form 5, then pisah jap masa belajar (tapi pantang ade cuti mesti aku balik lepak rumah dia lah) , dua tahun lepas reunite balik dan kini ahhh berpisah lagi... tak tahu bila kan berjumpa lagi....  Nak drive balik sorang2??? Malasnya.... time balik cuti CNY aritu teruk aku sangkut JAM dari KARAK hinggalah TOL GOMBAK.... bayangkan bertolak dari rumah kul 7.30 pagi... sampai Tol Gombak dekat Kul 10 .... Penat tak yah nak cakap... ngantuk lagi... dah la drive sorang2....  Kakiku sakit lagi, xnak amik risiko lah kali ni.. Semoga teman-teman yang lain selamat sampai ke destinasi masing2..... Aku beraya kat KL lah jawabnya.... tak kisahlah.. aku bukan beraya pun.....

Wednesday, 17 August 2011

Kata-kata


Panahan kata-kata, 
seumpama belati yang menusuk jiwa,
 andai hati tidak sekuat besi waja, 
usah bermain dengan kata-kata.

Aku cuba amati bait-bait kata ini yang adakalanya bertepatan dengan jiwaku yang cukup mudah terusik dengan panahan kata-kata. Walaupun ada ketikanya, kata-kata itu tidak ditujukan kepadaku, namun tusukannya cuba membuatkan hatiku tersentuh. Seringkali aku ingatkan diriku agar jangan bermain dengan kata-kata nescaya pasti ada yang terluka. Namun, dalam kesantunan menjaga kata, adakala aku juga tidak terkecuali dari mengeluarkan kata-kata yang pada firasatku cukup tajam hingga mampu melukakan hati insan lain.... Aku kelu tidak terkata, rasa bersalah menjalar dalam segenap ruang nadiku hingga mampu membuatku terpana seketika. Terlajak perahu boleh diundur, namun andai terlajak kata, badan binasa. Pepatah ini jugalah aku cuba patrikan dalam jiwaku agar tiada lagi insan yang akan terluka dek panahan kata dariku.

Teringat kata-kata Zinn " I'm afraid of you, when u talk to me it seems like an order that I must obey!" Kesian kat Zinn pada masa itu kerana menganggap kata-kataku umpama arahan yang patut dia patuhi. Ramai kalangan teman-teman yang mengenaliku menganggap aku sebagai garang pada awal perkenalan sehingga ada yang takut untuk menegurku... Namun, sejak mereka memberitahu persepsi mereka padaku, aku terkesima dan hati kecilku berbisik "nampaknya aku perlu berubah!!!"  Semenjak hari itu, aku akan pastikan bibirku senantiasa murah dengan senyuman walaupun kepada mereka yang tak ku kenali sehingga adakalanya senyuman itu disalah ertikan.... Meremang romaku bila teringatkan kembali........

Di tempat kerja, aku sedaya upaya menjaga tutur kata agar tidak terlalu lancang dek pendengaran anak-anak didikku. Namun, aku cukup terguris seandainya ada kalangan golongan pendidik yang sewenang-wenangnya menggelarkan anak-anak didik dengan perkataan "JAHAT".... Sukar tuk kuterima kenyataan itu walaupun adakalanya anak-anak ini cukup menguji kesabaranku. Ada seorang bapa yang menelefonku dan berkata, "Cikgu, saya nak masukkan anak saya ke sekolah budak-budak jahatlah kalau dia berterusan dengan perangai ini. Saya dah bincang dengan pengetua Sekolah Henry Gurney untuk kemasukkan anak saya ke sana! " Cukup luluh hatiku tatkala seorang bapa sanggup menghantar anak kesayangan mereka ke sebuah sekolah juvana hanya kerana anaknya terlalu nakal....  Walhal sekolah ini adalah untuk anak-anak yang terlibat dalam kes-kes jenayah seperti memiliki dadah, mencuri, menipu, memeras ugut, memukul dan lain-lain jenayah seperti yang termaktub dalam Akta mahkamah Juvana. Luahan hati seorang bapa yang kecewa dengan anaknya. Seandainya aku menjadi anaknya, pastinya kata-kata itu menjadi tusukan yang paling berbisa, mana mungkin seorang bapa sanggup menghantar anaknya ke sekolah itu.... 

Siang dan malam aku berdoa agar semua anak-anak didikku dapat menjaga tutur kata supaya tiada lagi hati yang terluka dan tiada lagi sengketa, tiada lagi luahan kecewa dari ibu bapa, tiada lagi kata-kata sinis dari sesiapa sahaja tentang mereka, semoga hari-hari mereka dilalui dengan penuhi keceriaan dan lengkap ilmu di dada......

Sunday, 14 August 2011

Hatiku TeRbAnG entah ke mana.......

Sejak kebelakangan ini dapat aku rasakan hidupku kosong...... Hatiku terbang entah ke mana.... Banyak kesilapan yang aku lakukan tanpa aku sedari..... Tak dapat ku bayangkan apabila aku memandu seorang.... aku boleh leka sendirian tanpa aku sedari...... Bukannya aku hilang kawalan tapi aku seolah-oleh tidak sedar aku arah tujuku..... Kadang-kadang aku tekan brek mengejut tanpa mengelak apa-apa pun.... Tekan hon tanpa sengaja.... Aku pun tak tahu apa yang dah jadi padaku....... Aku sedar dalam tak sedar.... 

Kelmarin, teman sekerjaku tetiba sahaja menegurku "Kenapa akak tengok ko sekarang dah tak ceria macam dulu???" "Dulu, akak tengok ko happy je selalu!!!"  Ada pulak yang tolong menjawab "Dia stress dengan budak-budak 4H lah tu apa lagi" Aku pulak hanya mampu mendiamkan diri sahaja dan hanya mampu tersenyum sahaja.... 

Benarkah begitu kuat sekali aura 4H sehingga mampu meragut senyumanku selama ini???? Ataukah kerana aku terlalu sayangkan mereka sehingga takut untuk mereka melakukan kesalahan???? Mungkin ada benarnya.... Bilakah mereka akan benar-benar faham bahawa aku cukup sayang pada mereka sehingga aku tak sanggup melihat mereka disakiti.... dan akhirnya aku yang pendam sendiri.... apa yang perlu aku lakukan untuk membolehkan mereka tahu tanggungjawab mereka sebagai pelajar adalah untuk menimba ilmu, patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan, hormat kepada guru-guru, rakan-rakan dan insan-insan lain yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam hidup mereka.... Kini, apa yang dapatku lihat hanya sifat keanak-anakan yang langsung tak hiraukan masa depan sendiri.... Takut untuk hidup susah ( tapi sedang menyediakan hidup ke arah itu kerana aku tidak dapat lihat usaha mereka kearah yang positif).... Tak pernah mau patuh kepada peraturan yang ditetapkan ke atas mereka.... tidak tahu menghormati insan yang tiada kepentingan kepada mereka..... lalai pada perintah agama..... apa yang mereka tahu hanyalah keseronokan....  Aku tahu mereka cuba sampaikan padaku bahawa mereka sayang padaku.... Namun, bukan itu yang aku pinta dari mereka..... Aku mahu mereka menjadi insan yang berguna.... Boleh hidup walau tercampak ke mana-mana sekali pun dan bukannya hanya tahu mengharapkan belas ihsan dari kedua ibubapa dan menumpang kemewahan keluarga semata-mata..... 

Benarkah semua yang berlaku padaku kerana 4H??? Aku tidak mahu memperakuinya namun jika ini adalah kebenaran, aku harap segala kebimbanganku pada mereka HILANG lah.... Aku percaya mereka juga  cuba berlawan dengan jiwa remaja mereka untuk membuktikan kepadaku bahawa mereka boleh melakukan yang lebih baik dari apa yang aku dambakan........   I need my life back..... I need my smile..... I need my harmonian babies to grow faster..... 

Thursday, 11 August 2011

Kasihnya Anak Harmoni......

Semalam, sempena bulan Ramadhan, anak-anak harmoniku mengadakan satu majlis berbuka puasa. Jenuh mereka memaksaku untuk hadir ke Majlis itu.... Aku bukan apa malas nak menyusahkan anak-anak dengan kehadiranku.... Mungkin dengan adanya aku di sana mereka akan berasa kekok untuk bergurau senda dengan teman-teman mereka..... Bagi meringankan beban mereka yang mengadakan majlis ala-ala pot luck, aku menyumbangkan sedikit wang untuk membolehkan mereka membeli sedikit makanan dengan harapan semua dapat makan dengan tenang walau tanpa kehadiranku.... Seorang demi seorang menarik muncung apabila aku menyatakan ketidakhadiranku ke majlis mereka kerana aku mempunyai agendaku tersendiri (tak perlulah agaknya diceritakan di sini ). Namun, dek rasa tanggungjawab sebagai "mama" mereka di sekolah, aku gagahi diriku untuk turut hadir ke majlis mereka.... Setibanya aku di rumah Nath, pintu tertutup dan aku lihat Jazmeer yang baru tiba.... ait awal sangat ke aku sampai.... tengok jam kat dashboard dah kul 7 malam.... Mungkin mereka masih di bazar untuk membeli juadah berbuka... selang 5 minit kemudian, Nath, Mardhati n kakaknya, Finiey, Tasha dan Shakirah tiba bersama Ibu Nath dengan aneka juadah yang banyak dijual di bazar ramadhan..... Sementara menanti ketibaan yang lain aku dan Jazmeer hanya lepak di luar rumah kerana anak-anak dara tak membenarkan aku masuk ke dapur untuk menjengah aktiviti mereka.... Uwaaaa kena halau......

Setiba waktu berbuka puasa, semua makan dengan penuh tertib dan "sopan".. aduh semua control aja... aku??? Biarlah..... Nasib baik ada Si Syafiq, boleh jugak dia menggamatkan suasana dengan idea-idea yang nak mengenakan rakan-rakannya.....  

Selepas makan, apabila si anak dara sibuk mengemas dapur, si anak teruna galak bermain mercun di luar rumah... mercun POP POP, naga dan macam lagi... Ait budak-budak zaman sekarang ada lagi bermain mercun pop pop @ mercun bawang.... dulu kalau main mercun pop pop, hanya anak buahku si Natasha je yang suka dera aku main depan umah... Jenuh la aku melayan si kecil tu bermain mercun pop pop dan juga bunga api..... sejam dia boleh mengadap bunga api non stop...  Penat melayan karenahnya, aku pun ambil bunga api yang satu kotak tu, aku sembunyikan dan memberitahu Si Natasha "Finish already.... let's go to sleep" hahaha... kesian si kecik tu kena tipu free je.... hahaha.... Sekarang Si kecil tu dah berumur 6 tahun, makin bijak berceloteh, makin pening aku tiap kali dia balik kampung.... " I want to play computer game...." itulah keje dia setiap kali dia nampak je muka aku.... dengan abang-abang aku tak pulak dia minta yang bukan-bukan... PENING aku.....

Berbalik kepada anak-anak harmoniku, selepas Intan , Mas dan Afiq tiba di rumah Nath, mereka cuba mensurprisekan aku dengan KEK HARI LAHIR buatan Mardhati..... So sweet of them.... dah agak, mereka akan buat menda ni.... Apapun TQ anak-anak harmoni..... yang paling aku suka ialah KAD KHAS yang mereka buatkan untukku sempena hari lahirku..... Mas bergerak dari dapur dengan sebiji kek choc dan mereka sama-sama menyanyikan lagu "HAPPY BIRTHDAY" kepadaku....  Walaupun Kek Mard agak manis, namun aku tetap suka cuma aku tak mampu nak habiskan keknya..... Sorry Mard.....  Jeng jeng sesi suap-suap kek paling aku suka... Anak-anak harmoni cukup sporting dengan memberi peluang untukku menyuapkan kek kepada mereka... TQ my dear...... Kesian tengok mereka yang takut-takut nak makan kek yang aku suapkan.... Malangnya kameraku buat hal rosaklah pulak.... Gambar nanti akan ku updatekan kemudian.... Anak-anak harmoni, anda bolehlah rujuk gambar kat Group  kita yek.....

Ok, seperti dijanjikan, aku uploadkan beberapa gambar semasa majlis berbuka puasa dan surprise birthdayku....
Semua menunggu waktu berbuka dengan sabar....

kita minum dulu....

Antara juadah yang disediakan....



Sukanya dia...





Macam kena paksa je....



Saturday, 6 August 2011

Happy Birthday To Me....

Hari lahir tahun ni memberikan sedikit kelainan dalam hiduku... Seawal 5.30 pagi aku telah bergerak ke Greenwood untuk jemput K.Hanim......Balik ke rumah mata dah xleh lelap so aku buka lah FB... terkejut dengan birthday wish yang tak pernah ku sangkakan....  Jenuh jugak tangan menaip kata-kata TQ kepada semua teman2 FB yang sudi mencoret tanda ingatan anda padaku.... Namun, ingatan daripada kalian cukup memberi makna padaku..... Sehingga kini hampir 100 ucapan (mungkin lebih) yang ku terima dari pelbagai medium, FB wall, FB chat, FB message, SMS, phone call..... Popular pulak hari ni.... Namun kenangan birthday tahun ini akan sentiasa terpahat dalam kenangan.... Jubli Perakku.... (sedih skit coz mama tak ingat pun arini birthdayku)

Kek hari lahir??? hahahaha.. hanya 1 slice ice cream cake cukup memberi makna padaku.....SEDAP... nyummy....





Friday, 5 August 2011

Detik 12.00 Malam......

Masihkah anda ingat akan kisah yang dipaparkan di TV yang berjudul DETIK 12 MALAM ? Aku sebelum ini pernah beberapa kali menonton kisah-kisahnya. Namun, kisah-kisah yang dipaparkan walaupun sedikit menjengkelkan kerana kisahnya seolah-olah tergantung dan memerlukan penonton untuk membuat kesimpulan sendiri.... Namun, itu hanyalah kisah yang direka untuk memberi kesedaran kepada penonton akan kejadian-kejadian misteri yang berlaku di dunia ini sama ada kita sedari atau tidak..... 

Kisahku hari ini bukanlah berkisarkan Detik 12 Malam yang menggerunkan atau bertujuan untuk menakutkan sesiapa. Ia merupakan detik 12.00 malam yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap insan yang menunggu hari lahir dirinya..... Hari ini, aku menantikan ketibaan detik 12 malam di mana aku telah menginjak usia 25 tahun dengan rasmi.... Jika pada usia 25 tahun, ada temanku yang telah mempunyai 3 cahaya mata.... namun aku masih lagi merasakan terlalu awal untukku bergelar ibu mahupun isteri.... Takut bunyinya untuk bergelar seorang ibu kerana tanggungjawab yang perlu digalas apabila bergelar seorang ibu amatlah besar. 

Melihat anak-anak muridku yang penuh dengan ragam dan karenah, aku mula terfikir adakah anak-anakku nanti akan tergolong dalam kalangan murid yang patuh dan bijaksana? ataukah mereka akan tergolong dalam kalangan mereka yang sering mencari peluang untuk meraih perhatian guru dengan melakukan pelbagai aksi yang kekadang menjengkelkan mata yang memandang?  Kuih yang cantik bermula dari acuan yang cantik tapi bolehkah anak-anak dibentuk hanya menggunakan acuan? Jika anak-anak melakukan kesilapan, siapakah yang harus dipersalahkan? Sering kali guru dipersalahkan atas tindakan murid yang di luar kawalan. Namun, jika ibu bapa sendiri yang mengalami situasi itu, apakah yang bakal mereka lakukan? Acapkali aku dengar keluhan ibubapa yang menyatakan mereka sudah tidak tahu apa yang hendak dilakukan kepada anak mereka untuk membolehkan mereka berjaya. Jika ibubapa sudah berputus asa dalam membentuk anak-anak, wajarkah sekolah dijadikan medium untuk mereka melepaskan tanggungjawab mereka? Tugas  menyampaikan ilmu, mendisiplinkan dan mendidik mereka menjadi anak-anak yang baik di letak atas bahu guru-guru di sekolah.... Wajarkah? Anak sendiri namun dididik oleh orang lain? 

Berhadapan dengan anak-anak di sekolah amat mencabar bagi insan-insan yang bergelar guru.... Anak-anak masa kini bukannya anak-anak dulu yang baik dan patuh. Anak-anak kini, datang dari pelbagai latar belakang keluarga, ada yang baik, sopan, santun, berbudi pekerti, ada yang hanya mementingkan diri sendiri, ada yang tak tahu membezakan batas-batas pergaulan sesama rakan mahupun adab dengan guru.... Semua ini perlu dilalui oleh hampir semua guru dengan penuh kesabaran.......  Semoga ulangtahun kali ini dapat memberikan aku kekuatan untuk berhadapan dengan anak-anak di sekolah... Semoga mereka menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti.....

Thursday, 4 August 2011

Hari yang tenang....

               Rutin seorang guru.... pagi-pagi ke sekolah pasti berkejar-kejar ke office untuk thumb print... owh 7.19 am.... ok lah.... belum dikira lewat..... Lewat kalau dah 7.25 br nak thumb print... hehehehe... beza skit je pun..... Apapun pagi ni kami di maklumkan bahawa pengetua baru telah melapor diri.... Apakah reaksi kami guru-guru?? Semua masih berteka-teki tentang pengetua baru ini tetapi aku buat dek je.... Walau siapapun pengetua, apa yang penting "KERJA BUAT" (itu amanat terakhir pengetua sebelum ini). Semoga kehadiran pengetua baru akan menceriakan lagi sekolah......

                  Seawal pagi lagi aku masuk kelas Form 3 dan kebetulan mereka ada Ujian ALA PMR 1 kertas Mathematics 2.... Aku hanya memantau perjalanan ujian dan selebihnya hari ini aku agak free kerana aku hanya ada 3 waktu sahaja dan ditambah dengan 2 waktu relief. Kira OK lah..... Sebelum g kelas relief, aku berjaya siapkan menanda kertas ujian moral form 3 sebanyak 1 kelas... itupun banyak masa dihabiskan dengan menanda nilai.....  Jenuh menanda nilai sehingga aku boleh hafal beberapa nilai yang sebelum ni aku minta murid2ku untuk menghafal..... hahaha

                 Masuk kelas harmoniku untuk relief... anak-anak semua ceria dengan kawan-kawan... mereka boleh bergelak ketawa.... Damai hatiku walaupun kekadang telatah mereka membuatku pening kepala.... Ada yang bergurau sehingga sanggup menggeletek rakannya sampai terguling2 kat lantai... Sungguh mencuit hatiku.... Jika sebelum ini mereka pantang bertemu pasti bercakar namun kini semuanya ceria sahaja.... TQ anak-anak.... Ada plan untuk majlis berbuka puasa versi pot luck.... Aku xleh nak janji dengan mereka....

                    Walau apapun yang aku lalui hari ini.... semuanya cukup tenang dan mendamaikan.... semoga aku punya kekuatan untuk hadapi hari esok... Biarlah ia lebih tenang dari hari ni...... Semoga aku punya kekuatan untuk menghadapi mereka....... 
 

Wednesday, 3 August 2011

Maafkan aku kerana tidak mampu memaafkanmu......

Tajuk entry kali ni memang agak "melampau" namun itulah hakikatnya yang aku lalui hari ni.... 

Alkisahnya bermula semalam apabila terdapat beberapa students ku meminta untuk keluar awal untuk ke sesi Tadarus di surau yang bermula pada jam 12.30 am..... Bagi memastikan waktu sebenar aku bertanyakan waktu sesi Tadarus pada Ustazah yang terlibat. Menurut ustazah, pelajar hanya dibenarkan keluar dengan kebenaran guru subjek. Jika guru subjek tak benarkan maka tak bolehlah mereka keluar sebelum waktu.... Kebetulan kelasku habis kul 1.00 maka aku minta pelajarku untuk berada dalam kelas sehingga kul 1. 

Namun, jam 12.00 tengah hari, semasa waktu EA, hanya 22 orang murid sahaja yang masuk ke kelas sedangkan kelas itu ada 44 murid.... selepas tolak yang tidak hadir, terdapat 17 orang murid yang ponteng, 5 yang menghilang (terus balik awal) 12 pergi surau untuk tunggu sesi tadarus yang kebetulan bermula pada jam 12.35...... Hati mana yang tak sayu apabila melihat keadaan kelas yang tinggal separuh dari yang asal dan kebetulan aku ada fotostat soalan latihan untuk tajuk baru namun mereka tiada dalam kelas.... (hati kecilku dah mula mengalirkan airmata  - murid-murid yang aku dambakan sanggup membelakangkan aku..... ) Memberi tumpuan kepada yang ada dan pada masa yang sama mengharapkan 17 yang menghilang akan kembali sebelum kul 1.00... namun pernantianku hanyalah sia-sia.... mereka tidak kembali ke kelas...... 

Sebak mengenangkan tindakan anak-anak muridku yang menghilang memaksaku membuat perkara yang paling tidak aku sukai iaitu MEMBERI DEMERIT..... Manakan tidak sepanjang aku mengajar, boleh dikira dengan jari sahaja bilangan demerit yang pernah aku keluarkan. Namun, mengajar kelas ini benar-benar menguji kesabaran yang cuba aku pertahankan selama ini dengan cara berdiplomasi dengan mereka. Namun, makin aku berdiplomasi, makin mereka "pijak" kepala...... Mahu atau tidak, aku terpaksa mengisi borang demerit pada waktu tengah malam iaitu jam hampir kul 1 malam sambil hati berasa cukup "panas" (cuba aku redakan dengan mengingatkan kembali kebaikan-kebaikan anak-anak itu namun masih sukar untuk aku maafkan perbuatan mereka - hal ini cukup memenatkan aku...) 

Hari ini, aku masuk kelas mereka untuk memastikan kesahihan daripada mereka. Nyata mereka masih boleh tergelak dengan apa yang telah mereka lakukan....... Luluh hatiku mengenangkan kegagalan aku membentuk sahsiah dalam kalangan anak-anak didikku.... Aku meminta Ustazah untuk semak demerit yang aku keluarkan dan 5 daripada mereka mengaku terus balik pada jam 12.00 dan 12 berada di surau dengan alasan jika mereka masuk ke kelas pasti aku tak benarkan mereka keluar 12.30. Terpempan seketika aku sehingga ustazah mengeluarkan statement " anak-anak, tadarus itu sunat, dengar kata cikgu itu wajib, kenapa kamu lakukan yang sunat tapi membelakangkan yang wajib? kan ustazah dah pesan, kalau cikgu subjek bagi sahaja kamu boleh keluar tapi kalau cikgu tak bagi kamu tak boleh keluar.... Kamu keluar jam 12 dan lepak kat surau tanpa buat apa-apa tapi kalau kamu masuk kelas 1/2 jam pasti dah banyak yang dapat kamu pelajari..."   Ustazah berkata "demerit" tetap akan dilaksanakan kerana anda dikira ponteng......  

Berat hatiku untuk menghantar borang-borang demerit kepada penyelaras disiplin. Namun, jika aku tidak berbuat demikian itu bermakna aku merestui perbuatan mereka yang ponteng kelasku..... Lebih luluh hatiku apabila aku tak dapat nak maafkan murid-murid yang datang meminta maaf padaku.... Bukan aku tidak mahu memaafkan mereka tetapi hati sebak mengenangkan perbuatan mereka. Buat masa ini biarkan aku bertenang dan semoga aku dapat maafkan mereka dengan kadar segera.... Owh hati..... redhailah perbuatan mereka.... sesungguhnya aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka. 

Tuesday, 2 August 2011

Ogos dan Hadiah Hari Lahir.....

Hari lahir tahun ini? Aduh.... sedih kalau difikirkan...... Tiada lagi kenangan Music Box mashimaroo..... lupakan saja..... Setiap tahun aku hanya dambakan satu kiriman SMS darinya.... Ahhhh tak mungkin lagi..... Lupakan saja..... 

Jika semalam merupakan hari lahir kakakku.... selang beberapa hari lagi merupakan hari lahirku.... Hanya kami (kakak-sulung dan aku-bongsu) yang lahir pada bulan Ogos dalam keluargaku.... Namun sifat kami nyata berbeza sama sekali... Mungkin kerana perbezaan usia yang membezakan kami...... Dia dengan sifat yang agak mementingkan diri (pada pandanganku) manakala aku pula suka mementingkan orang lain berbanding diri sendiri.... Jika berterusan begini pasti aku akan mendapat banyak masalah kata mama... Ye ke.... mungkin ada betul gak kata mak aku tu..... Apapun aku dah terbiasa dengan hidup yang mementingkan orang lain melainkan aku tak suka orang tu baru lah aku mula mementingkan diriku.... takkanlah semua orang aku nak benci??? 

Berbalik kepada bulan Ogos... Hari lahirku setiap tahun pasti ada kek hari jadi.... Zaman persekolahan dulu, jika tiba aje hari lahirku, pasti ada sebiji kek (tak kisahlah kecik ke, besar ke, janji kek...) Bila masuk matrik, sambut birthday bersama rumate2 kat sana.... Kat Universiti, juga ada kek dan hadiah dari teman2 5 serangkaiku..... Siew Chean, Olin, Fiza n K.kath... Tq for all those memorable moments.... miss all of you.... 

Masa 1st year posting, sambut birthday dengan slice cake bersama k.zana.... 2nd year, ingat dah tak nak lah sambut birthday dengan kek... rupanya ade gak student wat surprise bawak kek datang "ambush" rumah.... Tq Mimi n Ain for the cake and the best moment shared with both of u girls.... 

Tahun ni.... hadirnya bulan Ogos seiring dengan Ramadhan..... Hadiah teristimewa yang aku dapat pada hari lahir tahun ini ialah AKU LULUS INDUKSI..... sungguh di luar jangkaanku... Pernahku sebutkan kepada K.zana, "Akak, kalau aku tak lulus pun takpe la.... nanti datang next time" Kata-kata itu terpacul dari mulutku kerana aku sangat tidak bersedia pada waktu itu kerana kesibukkan tugasan harian dan Laptopku pula rosak sehingga aku tidak dapat membuat ulangkaji nota-nota yang diberi... Namun, TQ kepada rakan-rakan yang sudi menghulurkan nota-nota... K.zana, K.Razilah, n K. Fadzila TQ kerana menjadi teman yang paling supportive masa kat induksi tempoh hari Study malam2 sampai 2-3 pagi sebelum masuk exam (nyata cara ini juga yang perlu aku gunakan) ... Tanpa korang mungkin aku perlu mengulang induksi.....  Syukur tak terucap...... :)

Monday, 1 August 2011

Bila Ramadhan tiba lagi.....

          Bagi rakan-rakan yang beragama Islam, kedatangan bulan Ramadhan amat mereka nanti-nantikan. Bagiku ia adalah bulan keinsafan bagi anak-anak didikku.... Seawal pagi lagi majoriti murid perempuan yang beragama Islam sudah mula mengenakan tudung di samping yang lelaki ada yang sudah mula berjinak-jinak dengan memakai songkok.... Alangkah indahnya jika "attitude" mereka juga seindah pemakaian mereka.... Sejuk sikit hati kalau masuk kelas.....

               Perhimpunan pagi Isnin (1 Ogos 2011), seindah sinar mentari yang menyinsing, damai terasa tatkala angin pagi meniup sepoi-sepoi bahasa, pagi yang cukup indah menyaksikan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah. 
Barisan anggota kadet polis yang diberi penghormatan membawa panju kebesaran negara, negeri dan juga sekolah tercinta. Perarakan masuk Jalur Gemilang nyata menggamit rasa bangga dalam kalangan anak-anak. Ternyata rasa kasih dan sayang mereka pada tanah air tercinta Malaysia masih mendalam.....

            Bersempena kedatangan bulan Ramadhan juga, ramai yang menjadikan alasan tidak sahur sebagai alasan utama untuk bermalas-malasan sehingga mereka sanggup zzz semasa P&P berlangsung. Tak sampai hati rasanya untuk di "uploadkan" gambar mereka yang tidur... Biarlah ia menjadikan kenangan.....  

              Jadual persekolahan pada bulan Ramadhan dipendekkan sedikit dan ini memberi peluang kepada murid-murid untuk pulang awal iaitu pada 12.30pm. Namun waktu pulang guru lewat sedikit iaitu 12.50pm. Apapun waktu pulang 12.50pm tidak bermakna semua guru-guru pulang awal, ramai yang masih bertungkus lumus menyiapkan tugasan masing-masing. Hampir kul 3.00 pm barulah aku dapat balik gara-gara meeting panitia..... Banyak yang dibincangkan sehingga tak senang duduk dibuatnya.... 

                Bulan Ramadhan cukup sinonim dengan bazar Ramadhan..... Hari pertama menjejak kaki ke bazar Ramadan, segerombolan manusia memenuhi setiap ruangan. Lautan manusia yang kian sesak sedikit sebanyak membantutkan niatku dan housemateku untuk membeli. Housemateku dah fed up lalu membiarkan aku seorang untuk masuk ke dalam dan membeli sedikit juadah untuk berbuka puasa....... Ok plan malam ni nak tanda paper exam ALA PMR plak....... Chaiyok2.......