Pada cuti sekolah yang lalu, mama minta aku menghantarnya ke rumah seorang Tukang Urut kerana dia dan abangku sakit satu badan perlu diurut.... Aku pun okaykan aje..... Disebabkan mama tak ingat jalan ke rumah tukang urut itu, kami berpusing-pusing keluar masuk simpang hampir setengah jam akhirnya jumpa jugak rumahnya. Semasa ketibaan kami, rumahnya masih ada beberapa orang menunggu giliran untuk diurut... So, terpaksalah kami menunggu.....
Hampir 30 minit menunggu, maka tibalah giliran kami.... Aku hanya duduk di tepi tatkala menanti abang dan ibuku diurut.... Aku memerhatikan sekeliling dinding rumahnya ada beberapa keratan akhbar dalam bahasa cina yang menunjukkan kebolehannya dalam mengurut... Cara urutannya agak unik di mana dia mengurut dengan cara "memperbaiki kedudukan urat" hahaha aku pun xfaham sangat.... Dia merasa urat dan saraf dan kemudian memperbetulkan kedudukannya..... sehingga kekadang keluar bunyi "prakkk" "prakkk"... abangku katanya telah diurut dengan terlampau kasar sebelum ini sehingga ada banyak urat telah bengkak.... mamaku pula dikatakan kekurangan air dan gula dalam darah....
Aku di katanya ada 3 orang sedang meminatiku???? Ait... aku yang tak diurut pun dia bleh keluarkan statement itu???? Apa kaitan??? Dia siap elaborate lagi ade seorang tu garang skit, dua lagi tak garang sangat.... ada tiga orang yang tengah minat kat aku tapi aku tak pernah layan katanya..... Adoi apa kes pakcik ni??? aku tak sedar plak bahawa ada tiga manusia yang minat kat aku???? kalau aku tau, xde lah aku single mingle lagi sampai hari ni.... Poning aku PKkannya......
Kalau tak silap aku, Pakcik tu siap cakap: "masih tunggu yang itu lagi ke?" Siapakah yang pakcik itu maksudkan??? Ni kes serkap jarang agaknya.... tak mungkin pakcik tu ade 6th sense pasal menda2 gini....
Tak habis di situ, bila balik kat rumah, mama aku dah siap tanya siapa 3 orang tu??? Huh... apa aku nak jawab sedangkan aku pun tak tau sapa..... Mama pun mula membuka cerita.... katanya ada saudaranya pernah bertanyakan pasal aku...... yang paling aku nak tergelak, makcik tu tanya kat mama bahawa aku dah berpunya ke belum??? mama dengan slamba jawab dah ada, abangku pun turut mengiyakannya .... dia tak puas hati dan bertanya mana orangnya kenapa tak bawa ke sini? ( masa tu dalam satu majlis- aku dok sembang ngan sepupu sepapatku yang lain) mama dengan selamba bleh jawab "dia dok kat rumah dia lah, takkan nak bawa sini, jauh" .... Selepas mendengar cerita dari mama aku tergelak sakan bagai nak pecah perut, tak ku sangka mama pandai berdrama... hahaha... aku tanya mama " kenapa mama cakap begitu? " mama dengan serius menjawab pertanyaanku " ko nak ke jadi macam dulu?" "jadi apa ma?" soalku binggung... " dulukan dia nak ko jadi menantu dia.... tu anak dia yang umur 40 lebih tu.... ko nak ke???" Terdiam kejap aku.... teringat kisah beberapa tahun yang lepas di mana makcik tu melihat aku bleh bersembang rapat dengan anaknya yang ku anggap sebagai abang kandung sendiri.... makcik tu bleh cakap "ni kira jadi lah dua orang ni" terkulat2 aku masa tu... abang tu pun tercengang dengan kata-kata ibunya.... Lepas kes tu aku FOBIA jumpa makcik tu sehinggalah abang tu berkahwin barulah hilang Fobia aku bila jumpa dia.... tapi mama cakap dia ada lagi anak lelaki.... adooooi... mati aku..... TQ mama... u save me....
Mama sambung lagi storynya pasal ada seorang lagi mamat ni... kira kawan abang aku jugak lah, umurnya aku rasa dalam hampir 40 gak kot ntah lah aku xsure ngat.... Mama aku cakap dia pernah bertanya kat mamat tu "kamu ni bila lagi nak kawin, umur dah berapa ni??" dengan selamba mamat tu bleh jawab " kalau aunty bagi anak aunty , boleh lah saya kawin"... Adooiii.... mama tolong ape kes ni....... Sewel jap kepala aku..... Mama plak berleter kat aku " tu dah dua, sorang lagi sape? " Aku pun tergaru-garu kepala yang tak gatal tapi pening memikirkannya hal ini.... Kalau ada jodoh takkan ke mana Ma.... jawab hati kecilku....
0 comments:
Post a Comment