Pages

Monday, 27 June 2011

Saya suka Nasi Air....

Hari Sabtu lepas aku teringin nak makan nasi air (moi sup@ bubur nasi) versi Pak Cik kesayanganku yang berada nun jauh di kampung. Tapi disebabkan terlalu nak makan nasi air tu aku cuba jugak lah buat biar pun x setanding rasa yang pak cik buat.... Disebabkan aku jarang nak masak maka semua barang keperluan kena stock up... Nasib baik ada van caravan yang datang jual barang dapur maka aku pun beli je lah dengan pakcik itu.... 1/2 ekor ayam (dalam 1.1kg) berharga RM 8.40.... boleh tahan gak harganya.... kalau kat kampung ayam proses seekor bleh dapat dengan harga bawah RM 12.... Tapi tak kisahlah janji aku tak payah kuar menapak kat Giant or Carefour semata-mata nak dapatkan ayam..... 
Ayam 1/2 ekor bersamaan RM 8.40....
Selepas membersihkan ayam, aku menyediakan semua ramuan yang diperlukan. Ringkas je bahannya, bawang, kicap cair (masin) n kicap soya (manis) dan minyak.... Sementara nak masak ayam aku bersihkan beras untuk masak bubur.... Ayam tu aku potong kecik-kecik dan panaskan minyak kemudian masukkan bawang kemudian masukkan ayam. Gaul sehingga sebati kemudian masukkan kicap-kicap secukup rasa.... Sementara menunggu ayam masak beralih pula kepada bubur yang dimasak sebentar tadi....

Dah boleh masukkan ayam ni.....
Memandangkan bubur pun hampir masak maka aku pun transferlah ayam dalam kuali ke dalam periuk bubur dan gaul sehingga sebati dan menunggu masa untuk dihidangkan....


hahaha... ala-ala macam ni hasil masakanku tapi aku punya lagi sedap... mana taknya Along n Izzah pun  cakap sedap...
Semua gambar-gambar tu aku google je sebab tak sempat nak amik gambar.... yang pastinya semuanya licin.... nyummy....

Hari ni aku nak makan bubur lagi tapi kali ini bubur versi orang sakit.... Sakitkah aku??? Aku masak bubur kosong dan Tom Yam ayam versi express je xde lah banyak sangat bahan... cukup untuk aku telan je.... hahaha mentang2 cuti hari ni semua menda aku blasah je....

0 comments:

Post a Comment