Jika dunia ini ramai insan yang istimewa, namun aku kagum dengan keistimewaan si cilik ini.... Jika dilihat dari luaran, dia hanyalah seperti insan biasa yang suka bersuka ria bersama-sama teman-teman seangkatan dengannya. Namun jika diperhalusi, dia mempunyai satu keistimewaan yang jarang ada pada teman-temannya yang lain. Dia mempunyai satu keazaman yang tinggi dan dia tidak malu untuk meluahkan keinginannya untuk menjadi seperti FAIZAL TAHIR... Dia sering meluahkan kepadaku bahawasanya dia ingin menjadi seorang penyanyi.... seringkali dia gemar menyanyi di dalam kelas... lagu yang paling digemari, semestinya lagu penyanyi pujaannya iaitu FAIZAL TAHIR yang berjudul "SELAMAT MALAM" .... Walaupun tidak pernah menyatakan secara lisan namun aku cukup kagum dengan kecekalannya dalam usahanya untuk melontarkan suaranya.
Teringat aku pada saat dia menyertai satu pertandingan karaoke di WWM.... Dia begitu gemuruh sehingga tidak dapat duduk menanti gilirannya... Sikap hypernya kadang kala amat memeningkan kepalaku dan rakan-rakanku yang lain. Namun, sikap inilah jua yang dapat memberi kekuatan kepadanya untuk teruskan minatnya... Jika di sekolah, dia merupakan pelajar yang terlebih aktif sehingga ada guru yang pening dengan keaktifannya, namun ia bukanlah satu penghalang buatnya untuk bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Dia cukup bertuah kerana dikelilingi rakan-rakan yang cukup supportive dan memahami minatnya dalam bidang nyanyian...
Selain menyanyi, dia juga amat suka memasak. Dia juga pernah meluahkan hasratnya untuk menjadi chef sekiranya tidak dapat menjadi seorang penyanyi persis FAIZAL TAHIR.... Dia sering menggelarkan dirinya FAIZAL TAHIR JUNIOR.... Rakan-rakannya juga amat mengagumi suaranya... Insan yang aku maksudkan di sini ialah
MOHAMAD ADZAN BIN MUHAMAD LOTFY
(ADZAN LOTFY)
Cukup untuk mengambarkan kehyperannya.... |
Tak pernah lekang dengan gitarnya..... |
Ini adalah lagu yang pernah dia nyanyikan untukku... hahaha TQ....
Apapun semoga impiannya untuk bertemu FAIZAL TAHIR tercapai suatu hari nanti... Selamat maju jaya....
Apapun semoga impiannya untuk bertemu FAIZAL TAHIR tercapai suatu hari nanti... Selamat maju jaya....
0 comments:
Post a Comment