Beberapa hari yang lepas aku baru sahaja lepas bersembang dengan Kak Kath menceritakan tentang perkembangan semasa. Kak kath mencerita pengalamannya yang cukup tension semenjak bergelar TEACHER... aku pun turut merasakan perkara yang sama namun kewajipan masih perlu diteruskan kerana ini adalah jalan yang telah aku, Kak Kath dan rakan seperjuangan pilih....
Namun kami beralih ke cerita berkaitan dengan teman-teman lama di mana Kak Kath baru saja menghadiri perkahwinan sahabat baikku FIZA.... rindu sungguhku padanya kerana dia adalah sebaik-baik teman yang pernah aku temui...
(Fiza n hubby pada hari pernikahan - 30 April 2011)
Ingat lagi waktu Praktikal dulu, kami menyewa satu bilik di Taman Sofia (Jalan Kuala Kedah- sekarang rumah tu dah bertukar pemilik namun kami masih berhubung dengan ex-tuan rumah yang kami sewa bilik dulu) ... Aku, Kak Kath dan Olin praktikal sesi pagi dan Fiza sesi petang.... setiap pagi aku akan bangun awal dan kejutkan Fiza untuk solat subuh dan aku akan meninggalkan bilik dalam keadaan yang tunggang langgang (macam mana nak kemas katil Fiza nak sambung tido lg... hehehehe) , namun bila balik dari sekolah... Mak aii.... bila kemas sangat2... rasa malu pun ade tapi nak buat camne aku beruntung dapat roomate yang wow.... sangat rajin..... Tapi sayangnya aku tak dapat menghadirkan diri ke Majlis perkahwinannya... Kalau Olin bolehlah dikatakan jauh nun di bumi USA (Miami)... aku yang ada di KL ni.... argghh alasan.... KL - Perlis takda lah jauh sangat.... Sorry K.Ja.... SELAMAT PENGANTIN BARU.... semoga sentiasa berbahagia....
Kak Kath... atau Kathrine Sawariapen merupakan insan yang istimewa dalam hidupku....
walaupun title KAKAK namun ia tidak membataskan perhubungan kami sebagai kawan, rakan ataupun sahabat.... K.kath adalah pendengar yang paling setia yang pernah aku temui. Bila aku ada apa jua masalah, dia adalah pendengar yang paling setia bagiku.... walaupun aku selalu mengganggunya hahaa.... Yang paling aku suka pasal K.kath, dia tidak pernah penat untuk membantu kami jika kami ada sebarang masalah.... tapi apa yang penting K.kath adalah seorang yang sangat "manja" antara kami berlima.... aku, Siew Chean, Olin n Fiza lah yang menjadi tempat dia mengadu.... Aku cukup kagum dengan sifat PENJIMATnya.... bayangkanlah, duit PTPTN setiap Semester dia boleh simpan bajet lebih dari 1000 untuk diberikan kepada ibunya bagi menyambut Krismas... walaupun tidak diminta namun dia tetap menyumbangkan kepada keluarganya.... harapkan kami? huh... PTPTN xpernah nak cukup... hahahaha....
Siew Chean??? haha... dia mendapat jolokan AMOI KLANG oleh Olin sebab dia berasal dari Klang Selangor....
Dia merupakan Roomate aku yang paling BEST.... aku sayang dia... hahaha... orangnya sangat baik tapi aku je yang tak berapa baik selalu komplot ngan Olin untuk kenakan dia.... hahaha.. Sorry Rumate.... Ha, aku suka panggil dia RUMATE berbanding dengan panggilan namanya... sampai kini kalau call dia pun masih lagi kekal dengan panggilan RUMATE.... Sepanjang 3 tahun setengah atau 7 semester di UUM, dialah temanku yang paling setia... teringat kembali masa semester 1, aku kena ambil Paper Business Accounting, dah lah tak pernah ambil Prinsip Akaun tapi kena pula belaja Business Accounting .... seingat aku hanya masa belajar KH PMR dulu je aku belajar akaun... tu pun sekadar kenal apa itu debit dan kredit.... bila aku bertanyakan Coursemate aku tentang akaun semua macam berlagak je... siap ade yang boleh cakap " Ala... yang ni senang je lah... takkan tak tahu nak buat .... basic je ni" .... masa tu rasa macam nak tonyoh je muka manusia itu dengan pen di tangan.... nasib baik aku bersabar.... ada hikmahnya.... Rumateku yang disayangi inilah yang banyak membantuku untuk mula mencintai akaun untuk 1 semester... dialah tutorku yang terhebat..... TQ rumate..... Result... aku dapat A - untuk paper Business Accounting.... wah terlompat jugak ah.... amik ko manusia2 sombong aku dapat A- korang ada ke?? stakat C+ adalah.... hahaha... masa untuk aku riak setelah korang kedekut ilmu denganku..... Jasamu dikenang rumate.... time datang posting pun Rumateku ini lah yang banyak membantu..... tidak cukup di situ, dia telah dua kali melawatku di sini... Aku??? bila nak pergi Klang ni ????
Antara kami berlima, OLIN- dia yang paling unik...
kami berlima semua ambil course PENDIDIKAN namun hanya dia sahaja tidak apply untuk mengajar di sekolah.... ( Fiza sebagai Pensyarah Matrikulasi Kedah, Siew Chean - guru di Pulau Ketam, K.Kath - guru di Parit Buntar , aku di Gombak) Dia kini menjadi Pensyarah di UUM (ni kes sayang UUM ni... hehehe).... minatnya dalam bidang bahasa mendorongnya menjadi pensyarah bahasa di UUM dan kini melanjutkan pengajiannya di bumi USA - Miami...Walaupun nun jauh di bumi MIAMI, namun dia tidak pernah lupakan kami di sini.... blog http://fromusawithluv-nurliyana.blogspot.com/ menjadi medium untuk dia menceritakan pengalamannya di sana di samping laman FB dan Skype menjadi medium kami berhubung.... dia antara TOP FAN aku kat FB gitu.... Olin.... aku rindu sama kamu.... Dia adalah insan yang suka berkawan dengan sesiapa sahaja dan tidak pernah berkira dengan kawan2..... Walaupun jauh di BUMI asing , dia tetap merindui JALAN MASJID INDIA di mana kami pernah menghabiskan saat-saat terakhir sebelum dia terbang jauh nun ke MIAMI....
saat2 yang pernah kami berlima luangkan bersama adalah yang terindah dalam hidupku... study saat2 akhir untuk paper Asas keusahawanan.... hahaha... saling bertukar nota, tolong bacakan nota bila yang lain dah tepu, saat keluar bersukaria, makan, jalan2, buat assignment, masuk pertandingan folio kemerdekaan dapat 1st place, hahaha.... kat mana aku campak sijilnya ye??? hehehehe.... Walaupun kini kita dah berpisah, namun ku harap persahabatan kita akan kekal buat selamanya... SAYANG korang semua.....
0 comments:
Post a Comment