Pages

Sunday, 19 June 2011

KAMI BERLIMA.....

Kami berlima? Aku, K.Kath, Siew Chean, Fiza dan Olin.... Perbezaan kaum, agama, bahasa dan budaya tidak pernah membataskan perhubungan kami sebagai teman dan sahabat.... Sesungguhnya kami terlebih dahulu mengamalkan nilai dalam gagasan 1 Malaysia sebelum ia diperkenalkan lagi.... Sesungguhnya kami sememangnya Anak Malaysia yang sejati. 

Kami berlima memang rapat dan sehingga ke mana jua kami pergi pasti banyak mata yang tertumpu ke arah kami kerana kami merupakan kumpulan yang mempunyai gabungan kaum yang pelbagai....  Kolej Kediaman MAS pada ketika itu menjadi saksi persahabatan yang terjalin... segala suka dan duka dikongsi bersama, susah senang diharungi bersama.  

Kami mula terpisah apabila aku, K.Kath dan Siew Chean menamatkan pengajian terlebih dahulu iaitu 7 semester manakala Olin dan Fiza masih meneruskan sehingga ke Semester 8... bukan kerana mereka tidak pandai tapi kerana aku, Siew Chean dan K.kath ingin cepat2 habiskan pengajian supaya kami boleh cepat posting manakala Olin dan Fiza ingin menghabiskan sesi pengajian sama seperti dalam tentatif program yang disediakan serta akur dengan nasihat ibubapa mereka... Aku? mak aku tak kisah, cepat ke lambat ke janji ko habis belajar.....

Di sini ingin aku abadikan gambar-gambar kenangan kami berlima.....


1st day lapor diri praktikal


Sungai dalam UUM

Hari Anugerah Dekan





Bang....







Siew Chean seorang je tak pakai baju hitam sebab dia takde baju hitam...


Ladies in black...


with my lovely Fiza...

Cepat Siew Chean, kami takut jatuh dalam air....

atas tu ade anjing BESAR....


JAM BESAR UUM, Jam inilah yang selalu kejutkan kami time exam di dewan....

with olin....

Sayang korang semua...

0 comments:

Post a Comment