Pages

Saturday 25 June 2011

Senyuman Harmoni.....

Asalnya ku pening memikirkan nama blog yang ingin aku buka kali ini kerana telah banyak blog yang telah aku buka namun semuanya hanya separuh jalan..... Namun dengan berinspirasikan mereka ku cuba juga membuka satu lagi blog yang baru untuk mengabadikan kenangan suka duka aku dan insan sekelilingku.... 

4 Harmoni, terdiri daripada 36 insan yang cukup istimewa yang hadir dalam hidupku. 36 insan yang mampu membuatku tertawa mahupun mengalirkan air mata. Insan-insan ini adalakalanya membuat tidurku tak lena dek kerana kenakalan mereka sehingga adakalanya aku termenung sendirian sambil menyalahkan diriku atas kegagalanku menyatukan mereka. 

Walaubagaimana pun mereka tetap insan-insan yang istimewa dalam hidupku, aku sentiasa mendoakan mereka agar mereka berjaya dalam kehidupan mereka. 

Adzan - bercita-cita untuk menjadi seperti Faizal Tahir, cukup  gemar menyanyi di dalam  kelas.

Mas Hadzeem - Ketua kelas yang suka tidur namun masih boleh diharapkan.
Afiq - "kembar" Mas yang boleh diumpamakan di mana ada Mas di situ ada Afiq.

Aida  dan Shakirah - mereka mempunyai sifat menolong yang baik.

Aida dan lukisannya semasa ujian PSV (pertengahan tahun)

Nor Azry dan Akmal - dua sahabat yang  sejati

Akmal - amat sukar disuruh potong rambutnya

Aminin - suka menyakat....

Amira - Amat pendiam orangnya 
Ayu - ceria orangnya

Danial - susah nak bangun pagi....
Nath - bendahari yang komited

Erma - susah nak dengan suaranya

Ezzat - barannya... adoi... tp sekarang sudah semakin ceria (dah kurang skit barannya)

Faatihah - mana ko menghilang???

Farah - dia ada misinya..... 

Farhan - pernah merajuk denganku sampai nak tukar kelas lain... sorry  permintaan anda tidak dilayan...

Faris, Afiq, Nazreev dan Mas (sayang Azry tiada dalam gambar) - Lima sahabat 

Faris - rumahnya nun jauh di "JEPUN"....  

Farisha - sudah lama menghilangkan diri... sakitkah dia???

Fatin - Bakal berpindah ke PERAK membuatkan 4H tinggal 35 orang je???

Finiey - Penolong yang cukup komited. (Mas..... tolonglah ringankan kerja Finiey)

Ceria mereka di samping hasil kerja mereka....

Haziq - Antara yang aktif dalam PKBM... semoga impiannya tercapai....

Intan, natasha, adzan, Finiey dan Nath.... jika mereka berlima bersembang.... Adoi ... bingit jadinya....

Jazmeer - Kadet polis vs Zapin mana satu pilihan kamu???

Mardhati - keredhaanku.... 


Najlaa - sangat patuh orangnya.....

Nazirah: bila aku nak dengar suaranya nyanyi live ni???

Nadzirah: suka bertanya perkataan "KENAPA CIKGU?"

Nikkie - dengar bear pulak... 

Rachael - ice skating is her passion... 

Syafiq - selalu membuatkan ku tertanyakan surat .....

Mereka yang sentiasa ceria.....
Kepada yang tiada gambar di sini saya minta maaf banyak2 ......

0 comments:

Post a Comment