Pages

Sunday, 19 June 2011

Saya suka MASHIMARO.....

                                          Mashimaro
Mungkin ramai dah tak berapa ingat tentang watak Mashimaro....
Aku sebenarnya tak pernah tengok kartun mashimaro tapi aku suka mashimaroo.... tak kisahlah patung ke, keychain ke, stiker ke or apa-apa sahaja tentang mashimaroo aku suka... namun tak lah sampai obses sampai nak beli semuanya.... dan kini aku hanya ada satu sahaja patung mashimaroo yang tersimpan kat almari di Kampung... seingat aku, aku beli patung tu dengan harga RM16 je kat Bkt Kayu Hitam...

Minat aku mula bercambah terhadap mashimaroo apabila aku menerima satu hadiah hari lahir ke-16 dari seorang teman yang berupa satu kincir angin ala-ala music box yang kena pusing kipasnya dulu untuk dengar music... Music box yang berbentuk rumah kaca dan ada kincir angin pada bahagian hadapan... dan semestinya satu mashimaroo yang setia di sebelah rumah kaca itu....

Wajah comel mashimaroo membuatkan ku jatuh cinta padanya.... hehehe... jika teman-temanku pada ketika itu obses dengan winnie the pooh, aku plak obses dengan Mashimaroo.... tapi aku xbeli apa-apa berkaitan dengan mashimaroo kerana risau mak aku akan mengamuk nanti... hehehe....

Sehinggalah sebelum aku masuk matrix, aku buat dajal.... aku pulangkan semula mashimaroo yang aku sayangi kepada empunyanya (maafkan saya).... berat hatiku untuk lepaskan mashimarooku kepada dia.... Puas aku jelajah semua kedai cenderamata untuk dapatkan semula windmill mashimaroo music box kesayanganku namun hampa.... sehingga kini aku masih mencarinya.... ade sesiapa yang ada windmill mashimaroo music box yang aku maksukan dan ingin menjualnya??? aku sudi membelinya.... malangnya aku tiada gambar windmill mashimaroo music box kesayanganku ini...... hanya ia terpahat dalam ingatanku.....

aaaaaarghhh..... saya rindu mashimaroo saya.... siapa tahu  di mana boleh saya dapatkannya tolong bagitau ye... JASAMU DIKENANG... TQ....

0 comments:

Post a Comment