Pages

Thursday 23 June 2011

Pertandingan Pidato PNB Peringkat Negeri Selangor 2011

Pada Tanggal 21 Jun 2011, pihak PNB telah menganjurkan satu pertandingan Kuiz Pelaburan dan Pidato dan terbuka kepada semua sekolah yang mempunyai KPBPNB. Pertandingan kali ini dijalankan di SMK BATU LAUT, Kuala Langat.

Bagi acara Kuiz Pelaburan (peringkat SUKU AKHIR), terdapat 3 pasukan yang terdiri daripada SMK TAMAN DESA (pasukan Merah), SMK SERI BEDENA (pasukan Biru) dan SAM BESTARI (pasukan Kuning). Acara ini nyata diungguli oleh pasukan Merah iaitu wakil dari SMK TAMAN DESA  diikuti oleh SAM BESTARI dan SMK SERI BEDENA di tempat yang ketiga. Pasukan dari SMK TAMAN DESA bakal mewakili negeri Selangor untuk peringkat yang seterusnya.

Acara kuiz pelaburan PNB

Peserta meilih petak markah masing-masing.

Bagi acara pidato pula nyata tuah menyebelahi peserta dari sekolahku iaitu NABIHAH SEHU ALLAVUDIN dengan berjaya merangkul juara seterusnya membawa pulang hadiah bernilai RM500 dalam bentuk premium simpanan ASG.  NABIHAH dan Khairul (SMK SALAK TINGGI) bakal mewakili Negeri Selangor untuk ke peringkat seterusnya dan jika mereka layak ke peringkat akhir, mereka bakal menerima ganjaran sebanyak RM 300 dan di peringkat akhir terdapat hadiah lumayan yang bakal mereka perolehi jika berjaya memperolehi tempat. Apapun ayuh kita lihat aksi-aksi Nabihah semasa menyampaikan Pidatonya dengan gaya yang cukup bersahaja.....

Backdrop pidato PNB

Barisan panel hakim

Nabihah mencari ketenangan sementara menunggu giliran

Aksi yang berjaya menambat hati juri

Skrin besar jelas menggambarkan aksi mengagumkan Beeha di atas pentas


Ucapan dari wakil PNB


AKHIRNYA NABIHAH BERJAYA DINOBATKAN SEBAGAI JOHAN PIDATO PNB PERINGKAT NEGERI SELANGOR


0 comments:

Post a Comment