Pages

Sunday, 19 June 2011

Father's Day....

Pada jam 13.37.06 pm tadi aku menerima satu pesanan ringkas (SMS) dari nombor 62002... Berikut merupakan kandungan SMS yang aku terima tadi....

"Marilah kita menyambut Hari Bapa bersama ayahanda tersayang. Ikhlas dari Najib Razak & Keluarga. najib@1malaysia.com.my "

Prihatin sungguh Perdana Menteri kita YAB Dato' Najib Bin Tun Razak kepada semua sambutan mahupun pun perayaan. Tiap kali pada hari raya, tahun baru cina, dan lain-lain perayaan, Handphoneku pasti tidak terkecuali dari menerima sms khas dari PM kita.... TQ MR. PM......

Berbalik kepada kisah Hari Bapa..... aku  rasa akulah orang yang tak pernah sambut hari bapa.... Pada tanggal 20 September 1994, aku dan adik beradik yan lain baru pulang dari kenduri kot kalau xsilap lah....manelah aku ingat sangat time tu aku baru umur 8 tahun..... Ayahku yang sememangnya telah lama sakit, sejak aku dilahirkan lagi ayah dah mula sakit dan ibukulah yang menggalas tanggungjawab menyara keluarga.... Ayahku menderita sakit yang berangkai-rangkai tu seperti DIABETES, DARAH TINGGI, LEMAH JANTUNG, masalah BUAH PINGGANG dll....  telah macam2 tempat kami telah pergi sehinggalah ke Thailand untuk mengubati sakit ayah namun ayah tidak menunjukkan tanda-tanda akan sembuh.... Daripada seorang yang berbadan besar sehinggalah berat badannya makin menyusut, ayah tidak menunjukkan tanda-tanda untuk kembali sihat.... dari kecil, aku hanya mampu melihat ayah terduduk dan baring sahaja... jika zaman aku baby dulu-dulu, mak aku kata ayah dah tak boleh buat kerja berat jadi dialah yang membantu ibu untuk mengasuhku apabila ibu keluar bekerja.... Petang-petang dia akan bawa aku keluar bersiar-siar keliling kampung.... yang hanya mampu ayah lakukan hanyalah kerja-kerja cucuk tanam kecil-kecilan ataupun mengusahakan kebun durian apabila tiba musim durian.... 

Kembali kepada kisah 20 September 1994, tepat jam 1 pm, sepulangnya aku dari kenduri, aku bergegas ke bilik untuk bersembang dengan ayah.... aku membawa pulang sebiji epal hijau untuknya.... "papa nak epal? " tanyaku. Selepas menyuapkan papaku dengan epal , papaku meminta air... aku terus ke dapur untuk dapatkan air untuknya.... Sekembali aku dengan segelas air aku jadi marah.... mulut ku mengomel "papa ni, tadi nak air, orang bawakan air dia tidur pula! mama, tengok papa ni!"  mendengar kata-kataku, bapa saudaraku dan ibuku terus bergegas ke bilik  dan bapa saudaraku meminta sedikit kapas untuk diletakkan pada hidung papaku.... "kapas tak bergerak." katanya. Kemudian dia memegang tangan papa (ala-ala macam doktor tengah periksa nadi pesakit.) "dia dah pergi" katanya lagi.... aku melihat mata ibu terus bergenang air mata... namun aku masih tidak memahami keadaan dan terus keluar dari bilik dan mendapatkan abangku dan ku katakan padanya "pakcik kata papa dah tak ade, tapi aku tengok papa tidur je".... abangku terus berlari ke bilik papa.... 

Tidak lama kemudian, ramai saudara mara telah memenuhi ruang rumah untuk menguruskan papa... aku masih dalam kebingungan... Saat mereka membawa papa keluar dari rumah aku melihat kedua-dua kakakku (anak papa dari perkahwinan terdahulu) menangis giler-giler...... aku tak faham kenapa perlu mereka menagis? Selama papa terlantar sakit, mama yang menguruskan papa, mereka hanya datang sesekali sahaja (mungkin mereka sibuk dengan keluarga mereka agaknya), yang paling aku tak faham kenapa perlu menagis dan meraung giler-giler.... 

Selepas pemergian papa, aku sudah jarang bertanya pasal papa lagi. Namun, sehingga kini aku masih sensitif apabila orang bertanya tentang papa.... Jika teringatkan papa, pasti mataku mula bergenang dengan air mata... Kini, telah 17 tahun berlalu, hari bapa seolah tiada erti bagiku... Aku kagum dengan rakan-rakanku yang mempunyai bapa yang sentiasa mengambil berat dan aku rasa jika papa masih ada kini mungkin aku akan lebih berjaya kerana papa adalah seorang yang amat mementingkan pelajaran anak-anak... Bila papa telah tiada, mama pula sibuk bekerja, tiada siapa pun yang ambil kisah tentang pelajaran kami adik beradik. Semuanya bergantung kepada usaha kami sahaja.... jika kami ingin berjaya, kami perlu berusaha lebih.... Walaupun mama tidak pernah mengambil tahu tentang pelajaran kami, namun, jauh di sudut hatinya aku tahu dia ingin semua anak-anaknya berjaya..... Sayang mama.... 

Sempena hari bapa tahun ni aku cuma dapat berdoa agar papa tenang di alam sana.... SELAMAT HARI BAPA...... 

1 comments:

Akira Hazumi said...

Berkali-kali ku membaca post ini, tapi mataku pasti bergenang air mata.... aku pun tak mengerti kenapa......

Post a Comment