Pages

Sunday, 24 July 2011

Hidup perlu diteruskan......

           Kata pepatah " Patah tumbuh hilang berganti", namun bagiku yang tumbuh takkan sama dengan yang telah patah dan yang diganti takkan sama dengan yang hilang..... 

           Dewasa kini manusia mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan yang kadang kala tidak terungkap dek fikiran mereka bahawa mereka perlu melalui sesuatu situasi. Pernahkah kita membayangkan saat kita kehilangan insan yang kita kasihi? Pastinya tidak bukan? Manusia sentiasa membayangkan saat-saat yang indah dan penuh bermakna sehingga kita terlupa akan saat-saat kehilangan dan kesedihan.

          Semalam, ada yang menceritakan kepadaku berkisarkan kisah seorang murid yang dikatakan agak "nakal" di sekolah. Apabila diselidiki latar belakangnya, rupanya dia baru sahaja kehilangan bapanya semasa cuti semester yang lalu. Dia dibesarkan oleh nenek di kampung sehingga mengakibatkannya kekurangan kasih sayang dari ibu bapanya sendiri. Berlainan dengan abangnya, seorang murid yang sangat patuh dan penuh dengan sifat kesantunan serta amat pintar dalam bidang akademik. Namun, abangnya cukup bertuah kerana dibesarkan oleh ibu bapanya sendiri sedangkan adiknya dibesarkan oleh nenek. Di manakah silapnya? Adakah benar jika ada yang mengatakan bahawa seorang nenek akan lebih memanjakan cucu sendiri sehingga membuatkan cucunya "naik lemak"? Apabila usianya menginjak ke alam remaja, dia kembali tinggal bersama ibu bapanya. Namun, dia sentiasa menimbulkan pelbagai masalah kepada ibu dan abangnya serta guru-guru di sekolah. Adakah sudah terlambat bagi seorang ibu untuk mendidik anak sendiri apabila anak itu sudah menginjak usia remaja? Siapakah yang harus dipersalahkan apabila anak itu sudah mula mencuri, berbohong dan bergaduh? Atau perlukah kita menanti sehingga saat anak itu melakukan kesalahan yang lebih dahsyat? Renung-renungkan.... Jika aku berada ditempat si ibu kepada anak itu, aku yakin aku tidak mampu untuk menghadapi cabaran sebegini.... Semoga anak ini akan berubah......

      Walau apapun yang terjadi, itu adalah lumrah kehidupan dimana kadangkala kita berada dibawah dan kadang kala kita berada di atas.... Apapun hidup perlu diteruskan dan yang berlalu biarkan ia berlalu yang manis dijadikan kenangan, yang pahit dijadikan teladan.....

Wednesday, 20 July 2011

Rahsia Sekeping Hati...... (Bahagian 7)

Bahagian 7 ( Dia Bukan Miliku....)







Kutuliskan kesedihan
Semua tak bisa kau ungkapkan
Dan kita kan bicara dengan hatiku

Buang semua puisi
Antara kita berdua
Kau bunuh dia sesuatu
Yang kusebut itu cinta

Yakinkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku…
Sadarkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku…

Sampai bilakah aku perlu terusan begini? Menantikan sesuatu yang tak pasti... Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba... Mengharap kasih yang tak pasti.... 

Memasuki alam perkerjaan menjadikan hidupku kian bertambah sibuk dengan pelbagai cabaran dan dugaan sehingga menutup pintu hatiku untuk menerima kehadiran "CINTA".... hari-hari dilalui dengan kenangan tentang dirinya sehingga aku lupa bahawa dia tak mungkin menjadi milikku.... Hari ini aku perlu sedar bahawa dia telah menjadi tunangan orang lain..... Aku cuma melukut di tepi gantang....   SEDARLAH......  Hidupku kini kosong setelah aku persiakan masa 12 tahun dengan hanya kenangan tentang dirinya yang ada padaku.......  12 tahun aku terjerat dengan mainan perasaanku sendiri..... 12 tahun aku tutup pintu hatiku untuk insan lain dan 12 tahun juga aku sia-siakan waktuku hanya untuknya..... Aku tidak mungkin kembali ke 12 tahun lalu untuk aku tolak kehadirannya dalam hidupku..... Aku tak mungkin mendapatkan kembali masa-masa remajaku yang dihabiskan untuk dia.... Aku perlu sedar.... sedarlahhhhh.....

Hari ini, aku berjanji pada diriku untuk terus melupakan dirinya dari lipatan memoriku supaya aku bisa membuka lembaran baru dalam hidupku tanpa perlu ada dia dalam hidupku.... Terima kasih kerana awak bisa menjadi guru yang terbaik untuk saya mengenali erti rindu, sayang dan benci..... Namun, pintu hatiku telah tertutup rapat bagi menerima kehadiran mana-mana insan lain kerana aku tidak lagi mahu menunggu buat kali kedua.... aku tidak mahu lagi menjadi pungguk yang rindukan bulan.... aku sedar siapa diriku yang hanya insan biasa yang amat takut untuk terluka buat kali kedua..... Oh hati.... damailah engkau.... takkan ku biarkan kau terluka lagi..... 




Rahsia Sekeping Hati...... (Bahagian 6)

Bahagian 6 (Lanun Somalia)


"Pada 19 Ogos 2008, sebuah kapal MISC iaitu kapal MT Bunga Melati 2 dengan 29 anak kapal rakyat Malaysia dan 10 warga Filipina, dirampas oleh lanun di perairan tersebut menyebabkan seorang anak kapal dari Filipina terbunuh terkena peluru sesat.
Sepuluh hari kemudian, sebuah lagi kapal milik MISC, Bunga Melati 5, dengan 36 anak kapal rakyat Malaysia dan lima warga Filipina turut dirampas di perairan sama ketika dalam pelayaran dari Yanbu, Arab Saudi, ke Singapura."


Berita ini nyata membimbangkan hati tiap insan yang mempunyai saudara mara atau sahabat handai yang berada di atas kapal...... Setelah tamat pengajian di ALAM, dia terus berkhidmat dengan MISC dan komitmen kerja menuntunya sentiasa keluar belayar ke sana-sini. Namun, berita tentang serangan lanun Somalia di Teluk Anden ini cukup membuat hatiku berdebar-debar kerana  aku pernah melihat gambarnya di Depan Kapal  Melati 2 namun aku tak pasti sama ada dia berada dalam kapal ini atau tidak...... Selamatkah dia? Hati kecilku mula menangis..... kenapa ini harus terjadi? Semoga semuanya selamat... Selepas mengetahui berita ini aku terus mendapatkan surat khabar untuk memastikan namanya tidak tersenarai dalam kalangan mereka yang ditahan..... Satu persatu ku teliti senarai nama mereka, tiada satu pun tercatat namanya... hati kecilku mulai mengukir senyuman.... Terima kasih Tuhan kerana masih memberiku peluang untuk melihatnya lagi walaupun sekadar dari kejauhan...... Namun aku tetap mendoakan keselamatan rakan seperjuangannya yang lain kerana dalam kalangan mereka yang ditahan terdapat beberapa orang adalah sahabatnya..... 

Setelah memasuki universiti, aku juga membulatkan tekad sekali lagi untuk melupakannya..... Aku cuba memadam segala ingatanku padanya dengan menyibukkan diri dengan pelbagai aktivti lain.... Namun, semakin aku cuba untuk melupakannya, semakin aku rindu kepadanya..... Apakah dugaan yang harus aku tempuhi ini? Aku cuba bertahan selama setahun untuk tidak menghubungi, ya aku berjaya untuk tidak menghubunginya namun aku tidak mampu menyekat kerinduan yang bertamu di hati...... Setelah sekian lama aku tidak menghubunginya, aku gagahkan diri untuk cuba menghubunginya... Tuuutttt.... tuuuuttttt.... "Hello, erm awak..... pe kabar????" Mendengar suara itu membuatkan aku cukup lega dan hatiku menangis gembira kerana dia masih dalam keadaan yang selamat....... Lebih sejam kami berbual sehingga kering kredit yang baru ku top up.... apapun dia telefon balik semula selepas itu...... hahaha..... Perbualan yang berkisarkan tentang serangan lanun, teman-teman, mahupun GF nya turut dikongsi bersama.... Peliknya, aku langsung tidak berasa iri hati mahupun cemburu apabila dia menceritakan tentang girlfriend2 nya.... Hati batukah aku??? Atau sememangnya aku hanya menganggapnya tidak lebih dari sekadar sahabat sahaja??? Lanun Somalia...... terima kasih kerana kau tidak membuatkan aku kehilangannya......




Tuesday, 19 July 2011

Rahsia Sekeping Hati...... (Bahagian 5)

Bahagian 5 ( Tsunami....)

Beberapa bulan di Matrikulasi, aku mempelajari semua benda baru dalam hidupku.... aku mengenali 3 rakan sebilik @rumate yang pada mulanya baik bagai isi dan kuku kemudiannya retak beribu..... Mungkin aku juga bersalah kerana ego... Siapakah boleh bersabar jika pada suatu perjumpaan dengan "Felo" Blok, salah seorang rumate ku kehilangan selipar.... aku dengan rela hati menawarkan seliparku padanya dan rela berkaki ayam untuk kembali ke bilik di tingkat 2,  dia menolak tawaranku dengan "kerek"... " tak nak lah...." itu takpe lagi.... dia siap berkata(dengan cekak pinggang) " ko, naik atas g amik selipar lain untuk aku" Amboi.... dia ingat dia siapa siap nak bagi arahan begitu.... Ingat aku ni orang gaji dia ke??? dah la aku dah offer selipar aku untuk dia pakai sementara..... Kalau korang berada di tempatku... apalah yang akan anda lakukan..... Sejak hari itu hubungan kami jadi tegang apabila dua lagi rumateku menyebelahinya tanpa mengetahui perkara sebenar... Mereka seolah-oleh sengaja cuba menyakitkan hatiku dengan memasang radio hingga lewat malam dan mengganggu konsentrasiku untuk belajar.... (mungkin cara belajar mereka boleh dengar radio yang memekak sambil belajar tapi aku tidak....) Penyelesaiannya aku keluar dari bilik tiap-tiap malam dan lepak kat bilik prep hingga 3 pagi untuk study....  (Nasib baik hari terakhir sebelum tamat pengajian kitorang da berbaik balik... hehehehe)

Beberapa bulan aku hidup di Matrik yang kononnya aku jangkakan dapat "lupuskan" ingatanku padanya gagal mencapai matlamatnya..... hanya sebulan aku mampu bertahan tanpa berhubung dengannya.... Khabar berita yang menyatakan dia kini mengikuti kursus di laut menambahkan lagi kebimbanganku padanya.... Namun, berita ceria darinya yang boleh singgah di pelbagai tempat menarik seperti Egypt, China, Australia, Wales, Indonesia dan beberapa negara lain nyata mengubat sedikt kegusaranku akan keselamatannya... Dia turut menceritakan tentang keenakkan makanan yang dinikmati di atas kapal, namun, aku cukup bersimpati dengannya kerana tidak dapat pulang menyambut sebarang perayaan bersama keluarga.... Gambar-gambar berhari raya di atas kapal yang di muat naik melalui laman FRIENDSTER menjadi tatapan keluarganya di kampung... Menurut ibunya, apabila dia berpeluang pulang ke kampung halaman untuk bercuti, dia hanya ingin menjamah makanan kampung seperti ulam-ulaman, ikan kering dan budu...... Kesian padanya.... 

Peluang melancong di tempat orang tidak disia-siakannya... Dia sempat membeli pelbagai buah tangan untuk keluarganya di kampung dan yang paling tak kusangka, apabila aku ke rumahnya (atas ajakan adik perempuannya) semasa cuti semester, ibunya menyerahkan sebentuk gelang jed (palsu punya je... hehee... orang bagi pun aku dah cukup bersyukur) dan sekotak perfume... Kata ibunya..... "Amiklah, buah tangan yang dia beli.... " "Ait.... orang punya pun ada ke???" soalku berseloroh... " Adalah.... dia da pesan suh bagi kat weena...." waaaa... terharunya.......  Tq awak..... Walaupun hanya gelang jed dan perfume aku tetap bersyukur atas pemberian itu kerana rasa bersalah setelah memulangkan Mashi masih menebal hingga kini..... Jed itu aku pakai semasa aku masuk Universiti tapi perfume tu aku tak guna sangat kerana aku memang tak reti nak pakai perfume.... Aku hanya pakai pada waktu-waktu tertentu sahaja... hahaha jimat takut habis.....

26 Disember 2004.... Becana Tsunami melanda.... Aku mula khuatir akan dirinya... Talian telefonnya tidak aktif... Kebimbangan yang menebal membuatkan aku rasah dan gelisah.... aku hilang fokus pada pelajaran... aku tidak putus-putus mendoakan keselamatannya....... Berpuluh-puluh kiriman SMS ku hantarkan kepadanya untuk bertanyakan khabar.... Namun semua mesejku gagal dihantar kerana taliannya tidak aktif (mungkin di sebabkan gangguan gelombang). Masuk hari ketiga, aku berjaya mencapai taliannya namun tidak diangkat.... aku pun menghantar sms kepadanya... Tidak lama kemudian dia membalas smsku menyatakan bahawa dia terselamat dari ancaman Tsunami kerana kapalnya berlabuh ketika itu...... Saat itu, aku hanya mampu tersenyum gembira kerana dirinya selamat.... Sebelah malamnya aku menelefonnya untuk bertanya khabar..... tak hilang resahku jika tidak mendengar suaranya sendiri.... Alamak.... talian terputus... aduh..... kredit habis.... mana taknya rooming call memang mahal skit chargenya.... Tak lama kemudian dia telefon balik... dia turut menyatakan kesyukuranya kerana terselamat dari ancaman Tsunami.......

Rahsia Sekeping Hati...... (Bahagian 4)

Bahagian 4 (Selamat Tinggal....)

"Mama, kalau orang tak masuk Matrik boleh tak? Orang nak masuk form 6 lah.... " Rayuku pada Mama....
"Mama tak kisah mana Kien nak masuk, tapi cuba fikir, kalau matrik setahun je dah boleh masuk U, form 6 hampir 2 tahun... Belajar kat mana-mana pun sama lah... jangan nak mengada, barang semua dah beli... masuk je matrik tu...."  nampaknya mama tak termakan pujukanku kali ni.... nak tak nak aku kena masuk gak matrik... Tapi hatiku berkata "mampukah aku? aku bukannya pandai mana pun setakat 2-1A, 3-2A, 1-3B, 1-4B, 2-5C dalam SPM, mampukah aku bersaing ngan mereka yang kebanyakannya 8A ke atas??? Dugaan apakah yang perlu aku lalui ni.... "KOLEJ MATRIKULASI PAHANG" Tunggu kehadiranku.....

Memandangkan mama tidak dapat menghantar aku untuk lapor diri di Matrikulasi, maka aku perlu menumpang rakanku yang kebetulan dapat Matrik yang sama denganku.... Kesedihan hanya terbuku di hati lantaran ini kali pertama aku keluar belajar di tempat yang jauh dan hanya menumpang orang. Siapakah yang dapat memahami isi hatiku yang meronta untuk masuk form 6. Namun demi mama aku gagahi jua langkah kakiku untuk meneruskan perjuanganku.... Selamat tinggal kampung halaman tercinta..... Selamat tinggal awak....... maafkan saya.......

"Dik, tolong pas menda ni kat dia ek... TQ...." aku meminta adiknya untuk memberikan sesuatu kepadanya sebelum aku pergi... Pergi yang aku jangkakan dapat aku hilangkan ingatanku padanya... Aku nekad memulangkan hadiah hari lahirku padanya... Sebuah kotak muzik berbentuk kincir angin kaca yang ada patung Mashimarooo yang aku gelarkan sebagai Mashi sempena nama Mashimaroo.... 

Hari lahir yang ke 16, aku dikejutkan dengan kehadirannya bersama sekotak hadiah yang tak pernah ku jangkakan darinya...... Selorohku meminta hadiah hari lahir semasa berbual dengannya (itupun terserempak di pasar malam depan sekolah) akhir ditunaikan dengan sekotak hadiah darinya.... sungguh di luar jangkaanku...... Haruskah aku gembira dengan pemberiannya? ya, nyata aku amat gembira sekali dengan pemberiannya dengan Pembalut hadiah warna biru (dipenuhi kartoon mashimarooo- mana dia tahu aku suka mashimaroo?? aku pun tak tahu, mungkin dia main beli je kot...) aku buka kotak perlahan-lahan dan terkejut dengan sebuah kotak muzik ala kincir angin dengan mashimaroo bertopi oren yang memainkan lagu ala-ala lagu "qing qing he bian cao"...... Mulai hari itu, Mashi menjadi teman tidurku... Tiap-tiap malam aku pasti mainkan muziknya sebelum tidur... 

Selepas keputusan SPMnya diumumkan, dia sempat bertanyakan pendapat sama ada dia perlu masuk form 6  atau terus je tunggu keputusan masuk U..... Aku menyarankannya untuk masuk Form 6 dulu sebagai backup jika tidak mendapat mana-mana tawaran. Sebelum itu, dia juga pernah menghadiri satu temuduga kemasukan ke ALAM (Akademik Laut Malaysia)... 3 hari di Form 6, dia mendapat tawaran kemasukan ke ALAM bersama beberapa rakannya... yang lucunya dia memberitahuku ketinggiannya adalah yang paling minimum untuk masuk ALAM... Selepas masuk ke ALAM, pelbagai latihan yang dijalaninya turut dikongsi bersamaku.... Katanya latihan 3 tahun ( setahun darat, setahun laut , dan setahun lagi darat)... Maknanya tahun ini dia masih di darat tapi tahun depan.... owh tidak.......

Sebelum melapor diri di Matrikulasi, aku telah membuat keputusan yang aku fikir ini adalah keputusan muktamad bagiku... aku perlu lupakan dia....... aku dan dia tak mungkin bersama... dia tak pernah menyatakan apa-apa perasaanya padaku selepas peristiwa semasa aku Form 1 dulu (masa itu mungkin dia hanya bercanda....) Ok Muktamad.. aku perlu lupakan dia... aku perlu pulangkan semua pemberiannya... termasuk mashi kesayanganku... Lenakah tidurku tanpa Mashi???? aaaaaaaaa.....  Aku mengemas semua barangan yang pernah dia berikan kepadaku termasuklah Kertas Biodata yang pernah dia berikan padaku... Aku masukkan kembali mashi dalam kotak asalnya (sememangnya kotaknya juga ku jaga dengan rapi beserta plastiknya juga) aku tapekan kotaknya bersama dengan semua barang-barang lain, aku serahkan kepada adiknya (pada masa itu Form 4) untuk dikembalikan kepadanya... Semua no telefon berkaitan dengannya jua telah ku padam dari Handphoneku (namun, semua nombor-nombornya masih terngiang-ngiang di fikiranku). Harapanku cuma satu, semoga aku dapat lupakannya.... Maafkan saya awak.... Selamat Tinggal.......


Bersambung......

Sunday, 17 July 2011

Rahsia Sekeping Hati...... (Bahagian 3)

Bahagian 3 (Pergi....)

Keputusan PMR 2000 diumumkan.... Aku pun tak tahu keputusan apa yang dia perolehi.. yang pastinya bukanlah 8A kerana tiada pun calon yang dapat 8A pada tahun itu....  Sewaktu hari penyampaian anugerah pelajar cemerlang barulah aku dapat tahu keputusannya 5A kalau tak silap..... tak kisahlah... tapi aku tetap bangga dengan keputusannya.... Nak harapkan aku ntah la nak dapat apa untuk PMR 2001... 

Kelas 3SE 2001 akan berpindah ke bilik komputer? (bermakna aku akan masuk ke kelasnya sebelum ini.... wow... Suka.. suka.....) Semua pelajar 3SE melonjak gembira kerana boleh menggunakan bilik itu kerana ianya merupakan bilik yang paling hujung dan sangat luas (tiada gangguan dari murid-murid kelas lain...) dan yang paling penting kelas itu berkarpet...... Aku antara manusia yang paling awal sampai di kelas dan aku mula membersihkan meja-meja dan kerusi bagi memilih meja yang paling elok... (Siapa cepat, dia dapat lah beb.... hehehe) 

Dalam kesibukan menyelongkar tiba-tiba "bukk" ada sesuatu jatuh ke kakiku....  "Eh, fail rupanya.... ku amati nama yang tercatat pada fail itu ... Jantungku mula berdegup kencang.... (dup dup dup.....) Berulang kali aku membaca nama pada fail itu, nyata ianya milik dia...  Aku dapat tahu namanya tahun lepas apabila dia menghulurkan sehelai kertas berwarna "pink" yang dilipat rapi (itupun setelah dia mendapat biodataku... haiiii... aku pun tak faham apakah semua ini......) Kertas Pink itu kubuka dengan berhati-hati dan nyata dia memberikan aku biodata tentang dirinya... Nama, tarikh lahir, alamat dan macam-macam lagilah....kecuali no.telefon... ah tak kisah lah... bukan aku nak telefon dia pun.. lagipun kat rumah aku mana ada telefon.... Handphone? jangan harap mama nak bagi aku pakai.....

Fail yang aku jumpai adalah berwarna "PINK"
Berbalik pada kisah fail, aku membuka fail itu dan membelek satu persatu isinya... Kertas soalan exam, karangan dan sebagainya.... Wah boleh buat koleksi soalan ulangkaji nanti... (aarrrhhh alasan je... padahal nak simpan sebab itu dia punya...... Kat meja lain bersepah lagi buku-buku dan latihan tak pulak aku ambil...) Tak puas aku mengamati setiap helaian kertasnya dan yang pastinya aku tahu dia suka lukis tikus.... (tikus mondok - sampai aku pun meniru juga lukisan itu... sampai hari ini aku masih boleh menghasilkan lakaran tikus itu... aku punya takde lah secantik dia punya...  dan aku suka meniru tandatangannya.... masihkah dia guna t/tangan itu ... ntah lah..... Aku tak tahu kenapa aku boleh jadi begini walhal selepas peristiwa aku Form 1 dulu, hingga kini aku dan dia tak pernah berpeluang untuk membicarakan perkara ini..... Aku sahaja kot yang sedang bermain dengan perasaan sendiri... SS lah kot.... ) 

Dua bulan lebih di tingkatan 3, aku dikejutkan dengan berita bahawa dia akan berpindah ke Sekolah Teknik jika mendapat tawaran.... Tak keruan aku apabila mendapat berita itu.... Beberapa hari selepas itu aku dikejutkan lagi dengan berita dia berjaya mendapat tawaran ke Sek Teknik...  Aku mencuri peluang untuk bertemu dengannya dan bertanyakan kesahihan berita itu dan dia mengiyakannya... Saat itu hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaanku.... Namun, aku hanya mampu mengukirkan senyuman yang kelat sambil mengucapkan tahniah dan bertanyakan hari terakhir dia di sekolah ini... Minggu depan dia akan berpindah ke Sek Teknik... apa yang perlu aku lakukan??? Perlukah aku memintanya untuk tidak pindah??? Siapalah aku nak merayunya...... GF= tidak... Best Friend - pun tidak.... Friend = bila aku dan dia berkawan?? aaaaaaaa...... Benci aku memikirkan semua ini...... Ni semua salah dia.... kalau dia yang tak mulakan dulu, aku tak mungkin begini.... BENCI BENCI BENCI.... 

Sehari sebelum dia berpindah sekolah sempat aku menghadiahkannya seutas jam tangan sempena hari lahirnya minggu hadapan..... Dan akhirnya dia pergi tanpa sebarang khabar dan berita.... Aku??? Macam kucing hilang anak......namun aku perlu berlagak biasa agar tiada siapa yang tahu apa yang bergolak dalam hatiku.... 


Bersambung.......

Tenda Biru...

Pagi ni aku keluar menghantar housemate ke IMKEDA... Lepas hantar aku singgah kejap beli nasi lemak. Dalam perjalanan balik aku buka radio yang kebetulan menyiarkan lagu TENDA BIRU nyanyian Desy Ratnasari. Balik je rumah aku terus cari lagu ni kat U tube... Jom layan.....

Tapi yang paling best ialah lagu balasan untuk lagu tenda biru ni... Terkekek-kekek aku tengok videonya... JOM tengok......


hehehe....

Saturday, 16 July 2011

Rahsia Sekeping Hati...... (Bahagian 2)

Bahagian 2 ( DIA?)

"Weeeeeeenaaaaaa....... i love uuuuuuuuu!!!!!!" Tersedak aku mendengar jeritan kuat dari kelas sebelah...... Kebetulan masa Teacher Petri tengah mengajar. Matilah aku hari ni...Siapakah punya angkara..... Satu kelas 1SE bersorak.... Semua mata terpacak kat aku... Oh tidak... aku tak bersalah.... Teacher Petri berhenti mengajar dan memandang ke arahku.... Waktu tu mukaku pucat tidak terkata... Aku tak tahu siapakah empunya kerja... Malu tak yah nak cakap satu Kelas dan pandang kat aku.... "Sapo galok sangat nih!" kata-kata itu terpacul dari mulut Teacher Petri... Satu kelas gelak.... Gelakkan aku ke??? Siapa lagi yang boleh mereka gelakkan pada masa itu.... Mukaku merah padam kalah warna merah ayam tandoori....  Tetiba ada plak beberapa mamat-mamat dari kelas sebelah yang menjengulkan  muka di pintu kelasku sambil tergelak-gelak... "sape weh aku nak tengok!"  Terasa macam diri berada dalam zoo plak rasanya.... Mak... tolong..... Kenapakah ini harus terjadi???? Tak guna punya budak Form2... Korang saje nak kenakan aku kan??? Aku tahulah aku ni tak cantik tak lawa... saiz XXL plak tu... Ni bukan masanya untuk korang main benda-benda macam ni lah.... Tensionnya aku..... Kalau aku dapat, aku siat-siat je manusia-manusia yang kenakan aku hari ni.... (berani ke??? )

Kringggg..... loceng rehat dah berbunyi lantas menyelamatkan aku dari terus jadi bahan tontonan teman-teman sekelasku..... Malunyaaaaa.... aku terus bergerak ke Koperasi untuk bertugas.... Sememangnya aku banyak menghabiskan masaku di koperasi. Boleh kira dengan jari je kot aku sampai ke kantin pada waktu rehat... Kebanyakkan masa aku habiskan di koperasi sahaja.... Nasib baik koperasi terletak beberapa meter je dari kelasku... Sempat aku menghilangkan diri dalam koperasi dan membuat kerja-kerja restocking barang-barang especially air.... aku paling suka restock air...

Tengah aku sibuk restock air di bahagian belakang koperasi, aku dapat menangkap satu suara... "awok, awok.... sayo tokse beli hok ado taik lalat pipi, saya nak beli ngan hok ado taik lalat dada..." Sempat aku mengerling ke arah depan... dan dia pun menokok lagi... "ha, tuh saya nok beli ngan dio!!!" Aduh sape pulak buat hal masa-masa busy gini... dah la waktu rehat dah nak habis, dia pulak sibuk memilih nak beli ngan sape.... Kawan aku yang kebetulan sememangnya ada tahi lalat di pipi terus beralih ke belakang dan meminta aku ke depan sebab mamat tu dok buat kecoh. Adoi... Aku sememangnya jarang nak jual-jual kat depan terpaksa beralih ke depan dan melayan kerenah mamat tu... Dan sememang kebetulan atau saje mamat tu buat cerita, hanya aku je yang ada tahi lalat kat bahagian dada. Itupun bawah sedikit je dari leher dan aku satu-satunya yang tidak bertudung dalam koperasi tu.... Adoi... berjangkit lagi malu aku kat Koperasi.... "ya, awak nak apa?" Soalku kepada mamat tu... Kalau tak silap aku, mamat ni lah yang selalu tegur aku pagi-pagi semasa perhimpunan pagi di depan kelas masing-masing.... Jangan-jangan dialah yang..... haaaaaaaa menyirap darahku tapi aku tak sempat bertanya dan dia terus berlalu dengan air yang dibelinya.... Kemudian sekumpulan budak-budak lelaki dari kelas 2SE (kelas sebelah kelasku) datang untuk beli barang sambil tergelak-gelak melihatku yang terpisat-pisat...... Apalah bala aku hari ni... Asyik kena gelak dengan mereka je..... Kecoh satu kelas apabila rakan-rakanku mula menceritakan insiden dalam kelas pagi tadi serta insiden dalam koperasi... Aku? Merah menyalalah mukaku..... Mana aku nak sorok mukaku ini......

Selepas kejadian itu, aku mula mencari peluang untuk bercakap dengan mamat tu... Kononnya nak selesaikan masalah, malang setiap kali berjumpa dengan dia, mulut aku terkunci rapat dan dia seperti biasa "Hi awak!" dan terus berlalu.... Perkara ini berlarutan sehinggalah aku memasuki tingkatan 2.... Di tingkatan 2, semua kelas tingkatan 2 kena beralih ke sesi petang... Maknanya, aku dah boleh terselamat dari usikan nakal mamat tu yang sampai hari saat itu aku tak tahu siapa namanya..... Walhal kelas kitorang hanya sebelah menyebelah je... Tingkatan 2 yang ku jangkakan aman darinya nyata meleset.... Kebetulan dia di tingkatan 3 dan mereka selalu ade kelas tambahan... nampak gayanya aku perlu berdepan dengannya lagi....  Namun, kali ini dia hanya senyum saja apabila melihatku... sesekali dia menegur, itupun hanya sewaktu membeli di koperasi... Aku sedih pula bila mamat tu dah tak tegur aku macam dulu... hanya senyum je.... Sedihnya....

"Kien, Kien, Aikiennnnnn!!!!" terdengar nyaring suara mama memanggilku dari bawah.... Buk... Terjungul mama kat depan pintu bilikku yang sememangnya tak berkunci.... Kat rumah, nama panggilanku adalah Kien atau sebetulnya TAN AI KIEN.... Nama itu diberikan oleh mak angkatku semasa aku  baru dilahirkan dan ibuku yang sebelum ni pernah kehilangan 2 anak perempuan yang mati selepas dilahirkan percaya bahawa aku perlu menjadi anak angkat kepada orang yang ada ramai anak agar peluangku untuk hidup cerah... Kebetulan mak angkatku ada 4 orang anak dan semuanya perempuan, maka ibuku dengan senang hati menjadikanku anak angkatnya..... Ibu angkatku baik orangnya dan semua anak-anaknya juga amat baik padaku dan keluargaku... Disebabkan ayahku telah mendaftarkan namaku sebaik sahaja dilahirkan, maka Aikien dijadikan nama panggilan di rumah atau saudara mara terdekat... Nama WEE NA?? Hanya dikalangan rakan-rakan sekolah, rakan-rakan kerja serta orang-orang yang tidak tahu kewujudan nama AIKIEN... apepun namaku, aku hanyalah insan biasa.....

Mama mengajakku keluar... katanya nak pergi kenduri... Kenangan tentang dia? Biarlah ianya menjadi kenangan yang abadi....

Bersambung........




Rahsia Sekeping Hati......

(Coretan ini tiada kaitan dengan sesiapa yang hidup ataupun yang telah tiada... hanya rekaan semata-mata... Selamat membaca)

PROLOG:          Hati? Siapa yang tidak punya hati? Akukah? Atau kamu yang tidak mempunyai hati.... Ada hati??? Ada hati untuk apa? Untuk diuji dan terus diuji???  Adakah hati serapuh sekeping biskut? Yang begitu mudah untuk engkau hancurkan?? Pada siapa harus ku berikan sekeping hatinya supaya ianya akan terus terjaga rapi dan tak mungkin berderai walau sekuat manapun taufan melanda mahupun setinggi manapun ombak yang menimpa..... Kernaku tahu hatiku kini tak kuat untuk menahan segala rintangan yang mendatang.....Siapakah yang boleh menjaga hatiku ini...... 



Bahagian 1 (BALIK KAMPUNG...)

7.30 pagi aku mula bertolak dari KL untuk pulang bercuti di kampung halaman yang tercinta. "Driving Alone"??? Wah... sukar nak ku gambarkan betapa aku bosan nak drive sorang-sorang balik kampung.... Sebelum balik, singgah sebentar di kedai untuk pekena nasi lemak, buat alas perut..... Cik Perutku bukannya ble tahan sangat kalau tak diisi.... perjalanan lebih dari 500KM... lagi lah.... Siap-siap duit untuk bayar tol n duit minyak... Then, teruskan perjalananku.... 

Melewati tol RM 5 (tol Gombak), hatiku menyanyi kegirangan tanpa alunan muzik dari radio Si Merahku.... Cuaca yang dingin di waktu pagi membuatku senang memandu dalam keadaan tingkap yang terbuka.... Selekoh demi selekoh aku lewati dengan perasaan yang bercampur baur... (Takut untuk drive sorang -takut nak amik selekoh dan happy nak balik kampung....) Wajah ibunda tersayang ligat bermain diingatan.... "Perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hatiku terlonjak sama, ingin bertemu sanak saudara yang sering bermain di mata...." "wooowooo wooo balik Kampung......" Lagu ini senantiasa tidak lekang dari bibir tatkala tiba saat balik ke kampung tak kira lah dari zaman belajar kat U dulu sampailah sekarang lagu tu masih lagi sukar untuk dilupakan.... Tq Sudirman kerana lagumu sungguh ku sukai bila balik kampung....

Dalam perjalanan pulang pelbagai persoalan melanda fikiran dan mulaku memikirkan adakah kepulanganku kali ini adalah tepat pada waktunya? Tambahan pula mama telah meng"update"kan semua aktiviti yang hendak dijalankan semasa cuti... Kenduri kahwin sana-sini.... Tambahan pula cuti sekolah... Kawanku semua tak cuti... adoi tak bolehlah aku lepaskan diri dari pergi kenduri.... Mama tolong la..... tak nak pergi boleh tak??? Aku tahu kalau pergi kenduri pasti aku tidak terlepas dari soalan-soalan cepu emas......"Bila kamu nak kahwin?"  Ligat kepalaku memikirkan jawapan yang sesuai untuk aku berikan..... Ah lupakan dulu.... Perjalanan masih jauh untuk ku tempuhi....  

Tol Bentong dah kelihatan.... Nasib baik aku dah sediakan duit untuk tol, tak payah susah-susah selongkar sana-sini.... RM3 aku hulurkan dan palang diangkat aku teruskan perjalanan... Niat di hati nak cuba jalan Gua Musang tapi terpaksa aku lupakan kerana aku masih teringat pesanan semua insan-insan yang menyayangiku... "kalau bawa kereta sorang-sorang jangan ikut Gua Musang, bahaya.... Kalau jadi apa-apa susah... Ikut je Highway... Jauh skit takpe... asalkan selamat...." Panjang betul nasihat mereka... Ok lah... LPT (Lebuhraya Pantai Timur) pun LPT lah.. Duit Tol pun aku dah sediakan.... 


Semasa aku khusyuk memandu, tetiba aku terpandang signboard yang tertera perkataan KARAK.... aku tergelak sebentar memikirkan Filem KARAK terbitan KRU. Perjalanan cerita yang ku harapkan dapat meremangkan bulu romaku namun sebaliknya... Aku rasakan ini first time aku tengok cerita genre Seram yang satu panggung boleh ketawa terbahak-bahak pada endingnya....  Mana taknya, di akhir cerita ada babak "hantu ROCK" hehehe... nak takut pun bleh jadi gelak....

Tol Jabor dah melambai-lambai... Jam kat dashboard dah menunjukkan jam 12.00 pm... Patutlah perut aku menyanyi-nyanyi... Nasib baik roti dan air kotak aku dah spare awal-awal.... huhuhu... makan sambil memandu... auwww.... sedapnya roti ni... kenapalah aku tak pernah rasa roti ni sedap sebelum ni...... ni mesti  lapar punya pasal....

Lalu kawasan Kemaman, bolehkah aku terserempak ngan dia??? aaaaaarrrghhh.. tak mungkin.... Mungkin dia outstation kot.... Biarlah.... Nak call dia??? ahhh... tak mungkin.... Tiap kali memikirkan dia pasti aku jadi "sengal".... Lantak lah....... Berat hatiku nak melepasi kawasan Kemaman........ Arrggg tiada alasan untuk aku stop di Kemaman... Minyak pun ada separuh lagi..... Jalan je lah..... Ok bye Kemaman....Jam di Dashboard menunujukkan kul 2.30pm... Penat lah... aku singgah sebentar di Kuala Terengganu untuk berehat sambil mengisi perutku....  

Besut tercinta... Hurray... akhirnya sampai jua ke bumi Besut yang sekian lama aku rindui.... Jika sebelum ni aku tak pernah rasa apakah keistimewaan Besut,  tapi kini aku dah mampu tersenyum bangga kerana dulu aku tak tahu menghargai Besut... Kini aku mampu berbangga kerana menjadi anak Besut! Jika Kuala Lumpur menjadi igauan anak-anak muda, bagiku Besut adalah tempat paling aman dan tenang bagiku.... Di sini aku dilahirkan, di sini aku dibesarkan dan di sini aku mula mengenali dunia... Inginku nyatakan "BESUT, I LOVE U...." 

Setibaku di rumah, tiada siapa di rumah. Sedikit kecewa kerana kepulanganku tidak disambut... Nasib baik aku tahu di mana mamaku selalu letak kunci, kalau tak memang aku tido dalam kereta lah jawabnya.... Padan mukaku, siapa suruh tak bagitau nak balik... Nasib-nasib..... Lepas masukkan semua barang-barang, aku terus menuju ke bilik dan zzzzzz.... katil yang ku rindui......

"Alarmku berbunyi menandakan waktu 6 pagi.... Uih.... lamanya aku tidur... 13 Jam aku tido... Aku turun ke tingkat bawah, abangku masih nyenyak tidur di depan TV... Arrrghh itu memang hobinya... suka tido kat ruang tamu.... Aku selongkar beg-beg aku untuk dapatkan tuala dan pakaian.... Masa untuk mandi.... wow... sejuknya air dalam tempayan... boleh ke aku mandi ni......ssshhhh sejukkk..... aku menggigil kesejukkan semasa mandi.... Kesejukkan yang mengalahkan ais ni........ boleh beku kejap otakku agaknya.... SEJUKKKKK....... Teringat zaman persekolahan dulu di mana aku perlu bangun seawal jam 5  untuk bersiap ke sekolah... 6 pagi aku dah perlu bertolak ke sekolah kerana bas sekolah datang sangat awal di tempat selalu aku tunggu bas.... pernah jugak aku terlambat gara-gara lupa kunci jam... tak pasal-pasal aku kena tinggal bas. Naik teksi, mencekik... mahal giler.... melayang duit belanja aku hari tu....

Lepas mandi aku, aku lihat mama dah turun dari biliknya dan mengajakku keluar mencari breakfast..... Sungguh mama memahamiku yang sedang lapar... Gara-gara tido semalaman.... Di kampung, seawal 6.30pagi sudah banyak warung-warung yang dah dibuka dan telah ramai orang yang datang membeli nasi dan kuih muih.... Pakcik-pakcik yang baru balik dari surau juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi info (gosip-gosip lelaki) terkini... abaikan je mereka... Janji aku dapat breakfastku pagi ni.... Nasi Berlauk Ayam.... Inilah nasi kegemaranku yang sukar aku dapatkan di KL... pernah sekali ku jumpa di Kampung Baharu... tapi rasanya lebih sedap berbanding yang terdapat di KL.... Aku minta mama belikan 2 bungkus untuk ku sahaja.... Orang lain...  tak kisahlah.... mama turun pergi beli dan aku cuma tunggu dalam kereta sahaja..... mama dah faham sangat dah yang aku memang tak suka sangat nak masuk kedai pagi-pagi ni sebab ada banyak mulut yang banyak bertanya.... Biarlah mama yang menjawab pertanyaan mereka asalkan aku dok dalam kereta melayan lagu "ruk ther mai mi wan yud" nyanyian penyanyi dari Thailand.... Aku suka lagu-lagu dari Thailand berbanding lagu-lagu Korea ataupun Jepun kerana sekurang-kurangnya aku faham apa yang dinyanyikan berbanding lagu Korea atau Jepun.... 

Nasi berlauk yang bari dibeli aku makan sampai tak ingat dunia... sedapnya tak terkata.... Sampai abangku datang dari arah belakang pun aku tak sedar.... Harghhh.... Sergah abangku dari belakang.... Tersembur nasiku... tersedak aku sebentar... woiii.... apa nih.... orang nak makan pun tak senang... Sibuk je.... Aku terbatuk-batuk dan terkial-kial menuang air ke dalam gelas gara-gara abangku yang kurang asam ni.... Aku jarang sekali makan bersulamkan air kerana itu adalah pesanan dari mendiang nenekku. Apa tujuan petua itupun aku tak pasti namun, aku tetap amalkan.... Kebiasaannya, selepas makan baru aku minum air... 

Selepas aku menghabiskan makananku, barulah abang keduaku bangun dari tidurnya dan terus tercongok kat meja makan.... Mama bising dan suruhnya mandi dahulu sebelum makan.... Wahaha... padan muka.... "ma, hari ni nak ke mana-mana ke?" soalku meminta kepastian kerana sudah menjadi rutin jika aku balik kampung, kerja menghantar mama ke mana-mana akan aku ambil alih dan kedua-dua abang boleh berehat.... "Rehatlah dulu.. Nanti petang-petang skit kita keluar ke pasar... mama nak masak skit malam ni... " lega aku mendengar plan mama hanya hendak ke pasar... maknanya harini tiada apa-apa kenduri....  Lupa plak hari Khamis mana ada orang kenduri kat tempatku... Biasanya kenduri hanya hari Jumaat dan Sabtu je.... Khamis??? oooo Pasar Tani.... " Ma, jom kita g pasar tani!! nak makan remis lah ma..." teringin aku makan remis yang dijual kat pasar tani... Dah lama rasanya aku tak makannya... kat KL mana aku nak dapat semua ni... 







Tuesday, 12 July 2011

Lari Rumah!!!!

Tiap-tiap hari kita disajikan dengan berita tentang masalah yang berlaku dalam kalangan anak remaja masa kini. Namun, sebentar tadi aku dikejutkan dengan kedatangan seorang "pakcik driver bus" anak housemateku. Dia memaklumkan kepada anak housemateku (izzah- darjah 6) bahawa 2 orang rakannya yang sama-sama naik bas pakcik tu (adik beradik - sorang darjah 4, dan sorang lagi darjah 5) tidak balik rumah. Pakcik tu bertanyakan samada Izzah ade ternampak mereka atau tidak.... Kemudian Izzah membawa pakcik tu ke kawasan terakhir dia melihat dua orang rakannya.  Menurut cerita Izzah, kawannya menipu ibunya bahawa semalam merupakan hari sukan (sedangkan semalam mereka cuti peristiwa sempena hari sukan - macam mana mak dia boleh ditipu gitu je? adoi budak2 zaman sekarang terror menipu... aku nak menipu pun xpernah menjadi....). Harini plak mereka pergi sekolah tapi xmasuk kelas... maknanya PONTENG lah kan??? Kalaulah apa-apa terjadi kepada mereka... minta disimpangkanlah... semoga mereka selamat pulang ke pangkuan keluarga... Jam 10.20 malam, mereka masih tidak dapat dikesan... Sama-sama doakan keselamatan mereka......

Saturday, 9 July 2011

Janji yang tak ditepati.....

Bengang aku hari ni gara-gara anak-anak muridku..... Seawal 5.30 pagi lg aku bangun dan aku tak berani tido balik sebab aku takot aku terlajak tido hingga lupakan temujanjiku bersama dengan anak-anak muridku... ku habizkan waktu pagiku dengan aktiviti yang seboleh-bolehnya tidak mengantuk.... Game, dengar lagu, iron baju dan mandi.... Lepas mandi aku kuar cari breakfast supaya aku boleh memberi tumpuan kepada murid-murid ku nanti.... Tepat jam 10 am, tiada sorang pun yang datang..... aku tunggu sambil makan nasi lemak n siap belikan bekal untuk mereka.... 10.15, xde yang muncul.... aku sms , sorang jawab cikgu, saya datang lambat skit dalam kul 11 sebab mak saya suh buat keje skit kat umah.... (nape xcakap awal2..... walaupun aku tau itu bukan salahnya namun aku tetap angin....) Sorang lagi aku call tapi dia bleh angkat phone aku dengan suara baru bangun tido dan bagi alasan - SAYA TIDAK SIHAT CIKGU! (kalau tak sihat kenapa tak bagi tau awal2.... sanggup mereka ini biarkan aku menunggu..... aku buat salah apa kat diorang??) Diorang yang beria-ria nak mintak  aku buatkan kelas tapi last-last diorang yang tak muncul2.... Sampai bila aku harus dipermainkan oleh murid-muridku sendiri.... Anak-anak, tolong lah tepati janji korang... kalau ada masalah tolong la bagitau awal2.....

Last-last aku pun decide untuk balik rumah je... maaf kerana saya tak sanggup menunggu.... kalau kamu berada di tempat saya pun saya rasa kamu pun takkan tunggu.....

Mimpi apakah aku pagi ni????

Jika hari minggu akulah antara manusia yang sanggup spent masa untuk membuta... kalau tak kul 10 dan ke atas... huh memang bantal n selimut lah jawabnya.... mana taknya, dah beberapa minggu hari sabtu asyik ade aktiviti je kat sekolah.... nak jugak aku tido sepuas-puasnya.... Tapi hari ni aku mimpi apa pun xtau tetiba je bleh bangun kul 5.30am dan xleh nak lelapkan mata dah..... aku bangun je lah dan terus on line.... 

Dalam kul 6.30 am, housemate aku balik dari keje (dia keje shif sampai kul 3). Bising dia gara-gara orang lain tersalah info pasal operasi BERSIH dia terpaksa balik lambat dari tempat keje..... Aku??? KPPM dah keluarkan arahan untuk tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti BERSIH ... so kalau aku buat kelas EA ngan bebudak ni tak dikira terlibat ngan operasi bersih kan??? Kesian aku dengan bebudak ni yang hari2 dok mintak aku buatkan kelas utk diorang..... tapi kalau diorang datang sehelai sepinggang dan semua menda nak harapkan aku je, memang aku nak fire je bebudak ni nanti..... Harap-harap kelas pagi ni akan berjalan lancar...... 

Friday, 8 July 2011

LARANGAN MENGHADIRI PERHIMPUNAN HARAM "BERSIH".

Hari ini semua warga sekolahku dikejutkan dengan perhimpunan tergempar. Ramai murid yang tertanya-tanya "Kenapa Cikgu! Ada apa?"  Setelah semua bersedia di tapak perhimpunan, Pemangku Pengetua bertindak selaku pengerusi majlis  memaklumkan tujuan utama perhimpunan diadakan. Beliau menyampaikan 

SURAT SIARAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA : LARANGAN MENGHADIRI PERHIMPUNAN HARAM "BERSIH".


Berikut merupakan sebahagian mesej yang disampaikan.....

Untuk makluman YB. Datuk/Dato'/Tuan/Puan, pertubuhan tidak berdaftar BERSIH akan mengadakan perhimpunan pada 9 Julai 2011 bertempat di Kuala Lumpur. Perhimpunan tersebut yang bertemakan "Walk for Democracy" bertujuan mendesak agar Pilihanraya dijalankan secara adil dan telus. Perhimpunan ini diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai perhimpunan haram yang boleh membawa kepada rusuhan, demonstrasi dan konflik dalaman. Selain daripada itu, perhimpunan ini juga boleh menggugat keselamatan dan kestabilan negara.

Sehubungan dengan itu adalah ditegaskan bahawa semua pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia serta pelajar sekolah, Kolej Matrikulasi, dan Institusi Pendidikan Guru adalah dilarang menghadiri atau melibatkan diri dalam perhimpunan haram tersebut pada mana-mana tarikh atau tempat yang dianjurkan oleh pertubuhan tidak berdaftar "BERSIH". Larangan ini bertujuan mengelakkan pegawai, kakitangan dan pelajar sekolah, Kolej Matrikulasi, dan Institusi Pendidikan Guru daripada dikenakan tindakan undang-undang kelak.


 Oleh: Dato' Abd Gahfar Bin Mahmud, KPPM

Larangan ini diharap dapat dimanfaatkan oleh semua pihak terutamanya murid-murid sekolahku yang padat dengan pelbagai aktiviti pada 9 Julai 2011.....  

Tuesday, 5 July 2011

Fun time with Baby Kimi.....

Semalam, mama Kimi mengajak ku menjelajah JJ AU2.... Seperti dijanjikan mama Kimi dan baby Kimi tiba di rumahku pada kul 4 pm.... selepas aku email "my sib" aku pun bersiap untuk keluar bersama baby Kimi... Sambil2 tu , Aja plak baru sampai... apa lagi kami pun keluarlah bersama-sama..... 

Sesampai je di JJ, mama Kimi terus dapatkan kereta buat si Kimi... adoi... sukanya dia dapat kete.... Aku plak lebih tertarik pada CUP BON... tapi kat sini takde perisa oreo (kat WWM ade) aku amik tiramisu n aja cuppucino.... Kimi n mamanya air SIRAP bandung.... huhuhu... basah tekak jap.... sesambil basah tekak, si Kimi bleh plak p usha awek kat meja sebelah... tak senang duduk si Kimi nak ngadap meja sebelah je..... Terhibur kami melihat telatah si Kimi.... dah pandai usha awek ni....

Lepas basah tekak, aku dapatkan plak TAKO TAO (ni memang aku suka hehehe malangnya yang kat food court WWM xsesedap JJ punya).... Sambil2 makan  Tako Tao, mama Kimi dok sibok melayan Kimi kat playground food court.... Suka plak dia main gelongsor.... lepas main dia datang kat mejaku , aku suapkan Tako tao... eh pandai plak si Kimi makan.... malangnya aku punya dah abiz so mamanya dapatkan satu yang baru.... Aku pun apa lagi suapkan si Kimi n mamanya sekali... kata mamanya "menda ni mama makan time kimi dalam perut dulu lagi...." hehehe....  

Lepas makan Tako Tao, kami gerak ke taman depan JJ.... sengaja kami lepak lama-lama kat situ sebab nak tunggu air pancut.... sharp kul 7pm air mula memercik keluar... ada 3 kanak2 yang seronok bermain air.... Si Kimi mula merengek nak main sama... wah... Aku pun cadangkan kat mamanya supaya bukakan bajunya sebab dia tak bawa baju spare.... then jeng2... Si Kimi pun di bogelkan oleh kami untuk membolehkan dia bermain air.... Gara-gara risaukan Si Kimi, mamanya berlari sebentar ke dalam JJ untuk dapatkan tuala.....  Ku lihat Kimi dah terketar2 main air dan part yang paling best dia sampai terkencing kat kawasan air pancut tu.... Aku dan Aja bantai gelak je masa tu.... Bila tengok kimi dah mula kesejukan ku pergi tarik si Kimi dan menoleh mana mamanya pergi ni..... Last2.... nah baju aku jadi tuala Kimi..... Ku dakap Kimi seerat mungkin agar dia tidak kesejukan sementara menunggu mamanya.... aku mula mengelap Kimi dengan bajunya dan memeluknya.... (pada saat itu aku mula terasa rindu kepada anak2 buah aku, cukup manja bila masuk waktu mandi... mesti nak aku yang mandikan diorang..... sekarang semua dah besar tapi sangat rindu waktu mereka kecil...) Akhirnya, mama Kimi muncul dengan tuala baru N baju baru untuk si Kimi... sayang sungguh mama kat Kimi.... Ku balut Kimi dengan tuala baru yang dibeli mamanya dan mengendongnya terus ke Washroom sebelah A&W.... Aku mandikan Kimi dengan syampoo yang baru dibeli mamanya... (mamanya risau aku tak reti mandikan si Kimi.... dunt worry mummy, i dah biasalah..... anak buah 9 orang, n tujuh orang pernah i mandikan.... hehehe) Akhirnya Kimi segak dengan baju baru yang cukup comel itu.....  

Lepas mandi, mama Kimi dapatkan Colonel Burger (KFC) untuknya.... Kemudian kami menuju ke Restoran Seri Niara untuk makan.... Adoi si Kimi tido la pulak..... xpe Kimi punya pasal, aku pangkunya tido sambil menjamu selera dengan laicikang n sup ayam + rojak buah... sedap giler... saya sukaaaaa....  Aja ngan Bihun Tom Yam + Laicikang, mama Kimi - Nasi Goreng Niara + air Barli.... Super.... At last Aja belanja... waaaaa.... TQ TQ..... Kimi bangun bila makanan hampir habiz.... aiyok tp sempat gak kami sumbat skit nasi goreng n laicikang +barli padanya...... mamai mamai pun dia telan je apa yang diberi.... GOOD BOY.... Apapun harini aku da have FUN ngan baby KIMI.... TQ mamanya....


GOOD BOY of the DAY..... Nur Hakimi....



Saturday, 2 July 2011

Aku vs Sekolah Rendah.......

 Dulu aku pernah disekolahkan di sebuah SJK(C) (masa tu tadika), tapi tak lama dalam beberapa bulan, mama aku sakit so takde sape yang nak uruskan aku sekolah... Sekolah tu agak jauh lah.... Then papa hantar aku masuk tadika kemas... masa tu aku suka sangat tadika kemas sebab hari-hari aku bleh balik cepat sebab jaraknya tak sampai 500 meter dari rumahku... dah lah kul 11 lebih dah bleh balik, then dekat pulak tu... 

Bila masuk Darjah 1, mama mintak  papa hantarkan aku ke sekolah SJK(c) Chung Hwa di Jerteh... Aku tak nak sebab sekolah tu jauh (8km dari rumah tu.....)... aku nak sekolah yang dekat ngan rumah je..... mama tetap berkeras nak aku masuk sekolah cina jugak.... mama.... xnak..... nak masuk sekolah dekat rumahhhhh.....

First day masuk sekolah...... papa hantar aku masuk ke kelas dan mendaftar.... nama aku mula dengan W so agak ke belakang lah... Nasib baik ade lagi sorang bdk yang namanya lebih kebelakang.... so xde lah tercorot ngat nama aku...... Lepas mendaftar, papa tinggalkan aku kat sekolah dengan berbekalkan duit 70 sen... Aduh, pa mana cukup... tapi aku xberani mintak... Papaku GARANG.... hehehee..... Hiduplah aku dengan duit 70sen tu... dapat satu pinggan mee goreng n satu air sirap..... tu je.... sungguh aku tak puas hati ni..... Balik rumah aku terus cakap kat mama... ma, esok nak duit lebih skit... xcukup la papa bagi.... hehehehe.... then esoknya mama upkan skit duit jadi RM1.... Ok lah.....

6 Tahun di alam sekolah rendah banyak suka duka yang telah ditempuhi.... tahun 4 aku dilantik jadi pengawas, masuk tahun 5 aku incharge tekan loceng... aduh keje aku tekan loceng aje... kalau aku lambat maka semua orang dalam sekolah lambatlah (hahaha... kadang2 terlajak gak.... hehehe) Nasib baik sekarang dah ade loceng auto... kalau x... aduh seksa jadi juru tekan loceng ni... kena alert jam tangan selalu.....  Mungkin pengalaman itu jugak menjadikan aku cukup ralat dengan masa.... aku seboleh-bolehnya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang yang menepati waktu..... hahahaha....

Masa darjah 6... aduh tahun yang paling penat bagiku.... bayangkanlah kerja aku sebagai TUKANG ANGKUT SPEAKER tuk persiapan perhimpunan pagi.... Bukan dekat.. kena cross dua bangunan untuk sampai ke dewan.... Pagi2 6.50 pagi aku dah tercegat kat depan sekolah, then kena masuk kelas kemaskan kelas, then g angkut speaker dan kerah angkatan tenteraku (barisan pengawas2 yang lain)  untuk bertugas membawa murid2 lain ke dewan untuk perhimpunan.... Tugas sebagai KETUA PENGAWAS membuatkan aku sentiasa kena jadi pengerusi Majlis kerana sekolahku memang kekurangan pengawas senior... nak bercakap kat mic jenuh dok hafal skrip. Dulu cakap terus je xde rostrum tuk baca2 teks.... Keje pasang mic dan lain2 memang dah jadi rutin aku masa jadi ketua pengawas dulu.....  tapi yang lucunya timbalan aku budak lelaki darjah 5 plak tu..... macamlah xde org lain nak lantik.... cikgu oh cikgu.....

Masa di sekolah rendah jugalah aku kenal erti syarahan dan bersajak.... mana taknya semua budak2 cina sekolah aku cakap bahasa melayu semua pelat2... Cikgu nak bawa g bertanding syarahan jenuhlah dok kerah aku n sorang lagi kawanku (yang agak fluent cakap BM)... Penat hafal teks.. hahahha.... "Keributan, kegawatan, dan kelesuan kota raya, permandangan indah di desa... " Aku malas sungguh nak hafal teks....  at last dapat no 4 je... haha kira boleh lah.... peringkat negeri tu..... hahaha..... Then kalau bab bersajak pulak.... Cikgu aku lah suka sangat suh aku masuk bertanding... nasib dalam sekolah ja.... aku pun masuk lah.... adoi.... Aku bikin gegar satu dewan... hahaha.. dah lah aku malas nak masuk... terkejut satu dewan dengar suara aku.... hahaha.... tapi tup tup dapat pulak no 1..... hahahaha pengalaman ......  

Kawan-kawan sekolah rendah? Aku sekarang dah jarang contact ngan teman2 sekolah rendah disebabkan aku dapat masuk sekolah yang lain dari diorang... biasalah UPSR aku stakat 2A je mane nak dapat masuk sekolah elit.... tapi aku OK je... best sekolah menengahku.....  

Inilah barisan teman-teman dan guru-guru sekolah rendahku... Aku??? mana ye???

Friday, 1 July 2011

Aku dan Report Card.....

Lebih kurang result time sekolah rendahku... 
 Jika semua murid-murid risaukan pasal hari interaksi, aku rasa aku lagi risau daripada mereka.... Dah beberapa hari aku bertungkus-lumus menyiapkan semua fail-fail anak 4H ini... ada pulak yang tak ade file.... aduh pusing aja kepalaku.... Nasib baik aku ade beberapa assistant yang cukup cekap dalam membantuku menyiapkan kerja-kerja menyusun-nyusun file anak-anak 4H ni... Kalau tidak.... adoi pengsan aku dibuatnya...  TQ to Nazirah Kamaruzeman, Nurafini Khairunnisa, Nathasha Shahira, Natasha Nadhirah, Nurul Shakirah, dan Aida Batrisyiah kerana bertungkus-lumus membantuku menyiapkan kerja-kerja penyusunan file... Jasamu dikenang... Terima kasih daun keladi, nanti saya mintak tolong lagi.... 

Pengalaman aku dan report card:

Time sekolah rendah dulu report card semua cikgu bagi je kat budak-budak suh bawa balik dan minta tandatangan ibu bapa. Bila bawa balik report card kat mak dia tak tengok pun then terus sign dan aku je dok syok sendiri belek tengok result aku.... maklumlah sekolah rendah.... Cuma time darjah dua seingat aku aku dapat D matematik (kiranya faillah) adoi cikgu ni bikin cacat je report card aku dengan warna merah2 nih.... Sedih woooo.... masa tu aku tak reti bab bahagi-bahagi ni.... tak paham lah bahagi tu apa.... Masa tu cikgu aku suh diri atas kerusi lah, meja lah.... adoi.... tapi yang paling berbekas di hatiku masa Cikgu matematik aku kata "Kamu ni BODOHlah! Ni pun tak tahu ke!!!" perghhh....  Denda saje takde hal lah bagiku tapi kata-katanya cukup woowww.... Sejak hari tu, matematik aku hahaha... meningkat gila-gila ah.... setiap kali ujian matematik aku akan pastikan aku dapatkan A....  Terima kasih cikgu atas kata-kata yang power itu.... ia sangat membantu.....  Kegilaan pada matematik terbawa-bawa sampai sekolah menengah.... masa form 1 tiap2 bulan aku nak beli buku latihan tapi semuanya matematiklah.... Patutlah subjek lain aku bebal je..... hari-hari dok ngadap math je.... 

Report card sekolah menengah!!! Tiap-tiap tahun masa amik report card mak aku tak pernah sampai.... last-last cikgu kesian kat aku agaknya.... dia bagi je aku report card aku..... Setiap tahun kalau hari report card (masa tu dikenali sebagai temu murni) semua murid kena tunggu parents kat dataran dan bawa ke kelas masing2.... aku lah yang paling last masuk kelas sebab mak aku memang xkan datang walaupun puas aku pujuk dan rayu..... Walau sebaik manapun usahaku seolah tiada gunanya.... baik xyah buat leklok.... huh... (xmatang betul fikiranku pada masa itu....) Ingat lagi ada suatu hari time Trial PMR aku demam sampai malas nak jawab exam so kertas sains aku wat cincai-cincai jelah... sesuka hati aku je..... tup tup tetiba dapat 96 markah.... Giler ah... 80 pun jarang nak dapat, inikan 96.... cikgu mesti ingat aku meniru (sebab sains masa aku PMR smua objektif je).... aku nak sangat mak aku tengok slip exam aku tapi ahhhh.....

Exam time Matrikulasi... zaman ni zaman aku main2 agaknya.... aku amik Sains Fizik kat Matrik.... tetapi aku takleh buat yang terbaik masa exam sebab aku memang xsuka cara belajar yang padat kat matrik... Bukan aku xbelajar tapi aku memang tak  dapat buat yang terbaik..... masa ni aku pulak yang xleh terima kenyataan result tak bagus..... aku selalu cakap kat mak aku : mama lah ni suh orang masuk matrik.... tak suka lah.... orang nak masuk form 6... kesian kat mama aku.... kenapalah aku ni jahat sangat.... Lepas matrik mama suh aku amik pendidikan... tapi aku cakap taknak lah.... buat apa..... orang nak amik chemical engineering lah.... kononlah saja nak sakitkan hati mama.... tapi dalam diam aku isi jugak PENDIDIKAN sebanyak 4 pilihan utama.... dalam jahat2 aku, aku tetap sayang kat mama aku.... bagiku keredhaan ibu adalah penting walaupun aku pernah banyak kali cuba sakitkan hatinya.... SORRY MAMA.....



Masuk Universiti....  aku berjaya mendapatkan kursus PENDIDIKAN PENGURUSAN PERNIAGAAN di UUM.... pilihan keduaku.... tapi aku tak tahu plak business tu apa.... mungkin kerana doa mama yang tak pernah putus, sesukar mana pun business tu berjaya aku tempuhi dengan pointer lebih dari 3.50 setiap semester.....  Dah ditakdirkan aku menjadi GURU..... Hari report card sememangnya menjadi igauan setiap murid namun jika diberi peluang kembali ke zaman persekolahan, aku mahukan mama hadir walau sebentar untuk mengambil report card ku... walau tak seindah mana markahku namun ku mahu mama lihat sendiri apa yang telah aku usahakan selama ini.... Namun aku tetap bersyukur kerana mama berjaya datang ke Majlis konvokesyenku.... Tq mama....



Dulu sangat tension bila mama tak datang amik result... takut nanti aku selitkan nota begini pada buku rekodku....