Pages

Friday 8 July 2011

LARANGAN MENGHADIRI PERHIMPUNAN HARAM "BERSIH".

Hari ini semua warga sekolahku dikejutkan dengan perhimpunan tergempar. Ramai murid yang tertanya-tanya "Kenapa Cikgu! Ada apa?"  Setelah semua bersedia di tapak perhimpunan, Pemangku Pengetua bertindak selaku pengerusi majlis  memaklumkan tujuan utama perhimpunan diadakan. Beliau menyampaikan 

SURAT SIARAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA : LARANGAN MENGHADIRI PERHIMPUNAN HARAM "BERSIH".


Berikut merupakan sebahagian mesej yang disampaikan.....

Untuk makluman YB. Datuk/Dato'/Tuan/Puan, pertubuhan tidak berdaftar BERSIH akan mengadakan perhimpunan pada 9 Julai 2011 bertempat di Kuala Lumpur. Perhimpunan tersebut yang bertemakan "Walk for Democracy" bertujuan mendesak agar Pilihanraya dijalankan secara adil dan telus. Perhimpunan ini diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai perhimpunan haram yang boleh membawa kepada rusuhan, demonstrasi dan konflik dalaman. Selain daripada itu, perhimpunan ini juga boleh menggugat keselamatan dan kestabilan negara.

Sehubungan dengan itu adalah ditegaskan bahawa semua pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia serta pelajar sekolah, Kolej Matrikulasi, dan Institusi Pendidikan Guru adalah dilarang menghadiri atau melibatkan diri dalam perhimpunan haram tersebut pada mana-mana tarikh atau tempat yang dianjurkan oleh pertubuhan tidak berdaftar "BERSIH". Larangan ini bertujuan mengelakkan pegawai, kakitangan dan pelajar sekolah, Kolej Matrikulasi, dan Institusi Pendidikan Guru daripada dikenakan tindakan undang-undang kelak.


 Oleh: Dato' Abd Gahfar Bin Mahmud, KPPM

Larangan ini diharap dapat dimanfaatkan oleh semua pihak terutamanya murid-murid sekolahku yang padat dengan pelbagai aktiviti pada 9 Julai 2011.....  

0 comments:

Post a Comment