Lebih kurang result time sekolah rendahku... |
Pengalaman aku dan report card:
Time sekolah rendah dulu report card semua cikgu bagi je kat budak-budak suh bawa balik dan minta tandatangan ibu bapa. Bila bawa balik report card kat mak dia tak tengok pun then terus sign dan aku je dok syok sendiri belek tengok result aku.... maklumlah sekolah rendah.... Cuma time darjah dua seingat aku aku dapat D matematik (kiranya faillah) adoi cikgu ni bikin cacat je report card aku dengan warna merah2 nih.... Sedih woooo.... masa tu aku tak reti bab bahagi-bahagi ni.... tak paham lah bahagi tu apa.... Masa tu cikgu aku suh diri atas kerusi lah, meja lah.... adoi.... tapi yang paling berbekas di hatiku masa Cikgu matematik aku kata "Kamu ni BODOHlah! Ni pun tak tahu ke!!!" perghhh.... Denda saje takde hal lah bagiku tapi kata-katanya cukup woowww.... Sejak hari tu, matematik aku hahaha... meningkat gila-gila ah.... setiap kali ujian matematik aku akan pastikan aku dapatkan A.... Terima kasih cikgu atas kata-kata yang power itu.... ia sangat membantu..... Kegilaan pada matematik terbawa-bawa sampai sekolah menengah.... masa form 1 tiap2 bulan aku nak beli buku latihan tapi semuanya matematiklah.... Patutlah subjek lain aku bebal je..... hari-hari dok ngadap math je....
Report card sekolah menengah!!! Tiap-tiap tahun masa amik report card mak aku tak pernah sampai.... last-last cikgu kesian kat aku agaknya.... dia bagi je aku report card aku..... Setiap tahun kalau hari report card (masa tu dikenali sebagai temu murni) semua murid kena tunggu parents kat dataran dan bawa ke kelas masing2.... aku lah yang paling last masuk kelas sebab mak aku memang xkan datang walaupun puas aku pujuk dan rayu..... Walau sebaik manapun usahaku seolah tiada gunanya.... baik xyah buat leklok.... huh... (xmatang betul fikiranku pada masa itu....) Ingat lagi ada suatu hari time Trial PMR aku demam sampai malas nak jawab exam so kertas sains aku wat cincai-cincai jelah... sesuka hati aku je..... tup tup tetiba dapat 96 markah.... Giler ah... 80 pun jarang nak dapat, inikan 96.... cikgu mesti ingat aku meniru (sebab sains masa aku PMR smua objektif je).... aku nak sangat mak aku tengok slip exam aku tapi ahhhh.....
Exam time Matrikulasi... zaman ni zaman aku main2 agaknya.... aku amik Sains Fizik kat Matrik.... tetapi aku takleh buat yang terbaik masa exam sebab aku memang xsuka cara belajar yang padat kat matrik... Bukan aku xbelajar tapi aku memang tak dapat buat yang terbaik..... masa ni aku pulak yang xleh terima kenyataan result tak bagus..... aku selalu cakap kat mak aku : mama lah ni suh orang masuk matrik.... tak suka lah.... orang nak masuk form 6... kesian kat mama aku.... kenapalah aku ni jahat sangat.... Lepas matrik mama suh aku amik pendidikan... tapi aku cakap taknak lah.... buat apa..... orang nak amik chemical engineering lah.... kononlah saja nak sakitkan hati mama.... tapi dalam diam aku isi jugak PENDIDIKAN sebanyak 4 pilihan utama.... dalam jahat2 aku, aku tetap sayang kat mama aku.... bagiku keredhaan ibu adalah penting walaupun aku pernah banyak kali cuba sakitkan hatinya.... SORRY MAMA.....
Masuk Universiti.... aku berjaya mendapatkan kursus PENDIDIKAN PENGURUSAN PERNIAGAAN di UUM.... pilihan keduaku.... tapi aku tak tahu plak business tu apa.... mungkin kerana doa mama yang tak pernah putus, sesukar mana pun business tu berjaya aku tempuhi dengan pointer lebih dari 3.50 setiap semester..... Dah ditakdirkan aku menjadi GURU..... Hari report card sememangnya menjadi igauan setiap murid namun jika diberi peluang kembali ke zaman persekolahan, aku mahukan mama hadir walau sebentar untuk mengambil report card ku... walau tak seindah mana markahku namun ku mahu mama lihat sendiri apa yang telah aku usahakan selama ini.... Namun aku tetap bersyukur kerana mama berjaya datang ke Majlis konvokesyenku.... Tq mama....
Exam time Matrikulasi... zaman ni zaman aku main2 agaknya.... aku amik Sains Fizik kat Matrik.... tetapi aku takleh buat yang terbaik masa exam sebab aku memang xsuka cara belajar yang padat kat matrik... Bukan aku xbelajar tapi aku memang tak dapat buat yang terbaik..... masa ni aku pulak yang xleh terima kenyataan result tak bagus..... aku selalu cakap kat mak aku : mama lah ni suh orang masuk matrik.... tak suka lah.... orang nak masuk form 6... kesian kat mama aku.... kenapalah aku ni jahat sangat.... Lepas matrik mama suh aku amik pendidikan... tapi aku cakap taknak lah.... buat apa..... orang nak amik chemical engineering lah.... kononlah saja nak sakitkan hati mama.... tapi dalam diam aku isi jugak PENDIDIKAN sebanyak 4 pilihan utama.... dalam jahat2 aku, aku tetap sayang kat mama aku.... bagiku keredhaan ibu adalah penting walaupun aku pernah banyak kali cuba sakitkan hatinya.... SORRY MAMA.....
Dulu sangat tension bila mama tak datang amik result... takut nanti aku selitkan nota begini pada buku rekodku.... |
0 comments:
Post a Comment