Pages

Sunday, 24 July 2011

Hidup perlu diteruskan......

           Kata pepatah " Patah tumbuh hilang berganti", namun bagiku yang tumbuh takkan sama dengan yang telah patah dan yang diganti takkan sama dengan yang hilang..... 

           Dewasa kini manusia mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan yang kadang kala tidak terungkap dek fikiran mereka bahawa mereka perlu melalui sesuatu situasi. Pernahkah kita membayangkan saat kita kehilangan insan yang kita kasihi? Pastinya tidak bukan? Manusia sentiasa membayangkan saat-saat yang indah dan penuh bermakna sehingga kita terlupa akan saat-saat kehilangan dan kesedihan.

          Semalam, ada yang menceritakan kepadaku berkisarkan kisah seorang murid yang dikatakan agak "nakal" di sekolah. Apabila diselidiki latar belakangnya, rupanya dia baru sahaja kehilangan bapanya semasa cuti semester yang lalu. Dia dibesarkan oleh nenek di kampung sehingga mengakibatkannya kekurangan kasih sayang dari ibu bapanya sendiri. Berlainan dengan abangnya, seorang murid yang sangat patuh dan penuh dengan sifat kesantunan serta amat pintar dalam bidang akademik. Namun, abangnya cukup bertuah kerana dibesarkan oleh ibu bapanya sendiri sedangkan adiknya dibesarkan oleh nenek. Di manakah silapnya? Adakah benar jika ada yang mengatakan bahawa seorang nenek akan lebih memanjakan cucu sendiri sehingga membuatkan cucunya "naik lemak"? Apabila usianya menginjak ke alam remaja, dia kembali tinggal bersama ibu bapanya. Namun, dia sentiasa menimbulkan pelbagai masalah kepada ibu dan abangnya serta guru-guru di sekolah. Adakah sudah terlambat bagi seorang ibu untuk mendidik anak sendiri apabila anak itu sudah menginjak usia remaja? Siapakah yang harus dipersalahkan apabila anak itu sudah mula mencuri, berbohong dan bergaduh? Atau perlukah kita menanti sehingga saat anak itu melakukan kesalahan yang lebih dahsyat? Renung-renungkan.... Jika aku berada ditempat si ibu kepada anak itu, aku yakin aku tidak mampu untuk menghadapi cabaran sebegini.... Semoga anak ini akan berubah......

      Walau apapun yang terjadi, itu adalah lumrah kehidupan dimana kadangkala kita berada dibawah dan kadang kala kita berada di atas.... Apapun hidup perlu diteruskan dan yang berlalu biarkan ia berlalu yang manis dijadikan kenangan, yang pahit dijadikan teladan.....

0 comments:

Post a Comment