Bahagian 5 ( Tsunami....)
Beberapa bulan di Matrikulasi, aku mempelajari semua benda baru dalam hidupku.... aku mengenali 3 rakan sebilik @rumate yang pada mulanya baik bagai isi dan kuku kemudiannya retak beribu..... Mungkin aku juga bersalah kerana ego... Siapakah boleh bersabar jika pada suatu perjumpaan dengan "Felo" Blok, salah seorang rumate ku kehilangan selipar.... aku dengan rela hati menawarkan seliparku padanya dan rela berkaki ayam untuk kembali ke bilik di tingkat 2, dia menolak tawaranku dengan "kerek"... " tak nak lah...." itu takpe lagi.... dia siap berkata(dengan cekak pinggang) " ko, naik atas g amik selipar lain untuk aku" Amboi.... dia ingat dia siapa siap nak bagi arahan begitu.... Ingat aku ni orang gaji dia ke??? dah la aku dah offer selipar aku untuk dia pakai sementara..... Kalau korang berada di tempatku... apalah yang akan anda lakukan..... Sejak hari itu hubungan kami jadi tegang apabila dua lagi rumateku menyebelahinya tanpa mengetahui perkara sebenar... Mereka seolah-oleh sengaja cuba menyakitkan hatiku dengan memasang radio hingga lewat malam dan mengganggu konsentrasiku untuk belajar.... (mungkin cara belajar mereka boleh dengar radio yang memekak sambil belajar tapi aku tidak....) Penyelesaiannya aku keluar dari bilik tiap-tiap malam dan lepak kat bilik prep hingga 3 pagi untuk study.... (Nasib baik hari terakhir sebelum tamat pengajian kitorang da berbaik balik... hehehehe)
Beberapa bulan aku hidup di Matrik yang kononnya aku jangkakan dapat "lupuskan" ingatanku padanya gagal mencapai matlamatnya..... hanya sebulan aku mampu bertahan tanpa berhubung dengannya.... Khabar berita yang menyatakan dia kini mengikuti kursus di laut menambahkan lagi kebimbanganku padanya.... Namun, berita ceria darinya yang boleh singgah di pelbagai tempat menarik seperti Egypt, China, Australia, Wales, Indonesia dan beberapa negara lain nyata mengubat sedikt kegusaranku akan keselamatannya... Dia turut menceritakan tentang keenakkan makanan yang dinikmati di atas kapal, namun, aku cukup bersimpati dengannya kerana tidak dapat pulang menyambut sebarang perayaan bersama keluarga.... Gambar-gambar berhari raya di atas kapal yang di muat naik melalui laman FRIENDSTER menjadi tatapan keluarganya di kampung... Menurut ibunya, apabila dia berpeluang pulang ke kampung halaman untuk bercuti, dia hanya ingin menjamah makanan kampung seperti ulam-ulaman, ikan kering dan budu...... Kesian padanya....
Peluang melancong di tempat orang tidak disia-siakannya... Dia sempat membeli pelbagai buah tangan untuk keluarganya di kampung dan yang paling tak kusangka, apabila aku ke rumahnya (atas ajakan adik perempuannya) semasa cuti semester, ibunya menyerahkan sebentuk gelang jed (palsu punya je... hehee... orang bagi pun aku dah cukup bersyukur) dan sekotak perfume... Kata ibunya..... "Amiklah, buah tangan yang dia beli.... " "Ait.... orang punya pun ada ke???" soalku berseloroh... " Adalah.... dia da pesan suh bagi kat weena...." waaaa... terharunya....... Tq awak..... Walaupun hanya gelang jed dan perfume aku tetap bersyukur atas pemberian itu kerana rasa bersalah setelah memulangkan Mashi masih menebal hingga kini..... Jed itu aku pakai semasa aku masuk Universiti tapi perfume tu aku tak guna sangat kerana aku memang tak reti nak pakai perfume.... Aku hanya pakai pada waktu-waktu tertentu sahaja... hahaha jimat takut habis.....
26 Disember 2004.... Becana Tsunami melanda.... Aku mula khuatir akan dirinya... Talian telefonnya tidak aktif... Kebimbangan yang menebal membuatkan aku rasah dan gelisah.... aku hilang fokus pada pelajaran... aku tidak putus-putus mendoakan keselamatannya....... Berpuluh-puluh kiriman SMS ku hantarkan kepadanya untuk bertanyakan khabar.... Namun semua mesejku gagal dihantar kerana taliannya tidak aktif (mungkin di sebabkan gangguan gelombang). Masuk hari ketiga, aku berjaya mencapai taliannya namun tidak diangkat.... aku pun menghantar sms kepadanya... Tidak lama kemudian dia membalas smsku menyatakan bahawa dia terselamat dari ancaman Tsunami kerana kapalnya berlabuh ketika itu...... Saat itu, aku hanya mampu tersenyum gembira kerana dirinya selamat.... Sebelah malamnya aku menelefonnya untuk bertanya khabar..... tak hilang resahku jika tidak mendengar suaranya sendiri.... Alamak.... talian terputus... aduh..... kredit habis.... mana taknya rooming call memang mahal skit chargenya.... Tak lama kemudian dia telefon balik... dia turut menyatakan kesyukuranya kerana terselamat dari ancaman Tsunami.......
2 comments:
hahahahahahaha...mashi maro la sangat. hihihiih
takde mashi pun kat sini??
Post a Comment