Bahagian 6 (Lanun Somalia)
"Pada 19 Ogos 2008, sebuah kapal MISC iaitu kapal MT Bunga Melati 2 dengan 29 anak kapal rakyat Malaysia dan 10 warga Filipina, dirampas oleh lanun di perairan tersebut menyebabkan seorang anak kapal dari Filipina terbunuh terkena peluru sesat.
Sepuluh hari kemudian, sebuah lagi kapal milik MISC, Bunga Melati 5, dengan 36 anak kapal rakyat Malaysia dan lima warga Filipina turut dirampas di perairan sama ketika dalam pelayaran dari Yanbu, Arab Saudi, ke Singapura."
Berita ini nyata membimbangkan hati tiap insan yang mempunyai saudara mara atau sahabat handai yang berada di atas kapal...... Setelah tamat pengajian di ALAM, dia terus berkhidmat dengan MISC dan komitmen kerja menuntunya sentiasa keluar belayar ke sana-sini. Namun, berita tentang serangan lanun Somalia di Teluk Anden ini cukup membuat hatiku berdebar-debar kerana aku pernah melihat gambarnya di Depan Kapal Melati 2 namun aku tak pasti sama ada dia berada dalam kapal ini atau tidak...... Selamatkah dia? Hati kecilku mula menangis..... kenapa ini harus terjadi? Semoga semuanya selamat... Selepas mengetahui berita ini aku terus mendapatkan surat khabar untuk memastikan namanya tidak tersenarai dalam kalangan mereka yang ditahan..... Satu persatu ku teliti senarai nama mereka, tiada satu pun tercatat namanya... hati kecilku mulai mengukir senyuman.... Terima kasih Tuhan kerana masih memberiku peluang untuk melihatnya lagi walaupun sekadar dari kejauhan...... Namun aku tetap mendoakan keselamatan rakan seperjuangannya yang lain kerana dalam kalangan mereka yang ditahan terdapat beberapa orang adalah sahabatnya.....
Setelah memasuki universiti, aku juga membulatkan tekad sekali lagi untuk melupakannya..... Aku cuba memadam segala ingatanku padanya dengan menyibukkan diri dengan pelbagai aktivti lain.... Namun, semakin aku cuba untuk melupakannya, semakin aku rindu kepadanya..... Apakah dugaan yang harus aku tempuhi ini? Aku cuba bertahan selama setahun untuk tidak menghubungi, ya aku berjaya untuk tidak menghubunginya namun aku tidak mampu menyekat kerinduan yang bertamu di hati...... Setelah sekian lama aku tidak menghubunginya, aku gagahkan diri untuk cuba menghubunginya... Tuuutttt.... tuuuuttttt.... "Hello, erm awak..... pe kabar????" Mendengar suara itu membuatkan aku cukup lega dan hatiku menangis gembira kerana dia masih dalam keadaan yang selamat....... Lebih sejam kami berbual sehingga kering kredit yang baru ku top up.... apapun dia telefon balik semula selepas itu...... hahaha..... Perbualan yang berkisarkan tentang serangan lanun, teman-teman, mahupun GF nya turut dikongsi bersama.... Peliknya, aku langsung tidak berasa iri hati mahupun cemburu apabila dia menceritakan tentang girlfriend2 nya.... Hati batukah aku??? Atau sememangnya aku hanya menganggapnya tidak lebih dari sekadar sahabat sahaja??? Lanun Somalia...... terima kasih kerana kau tidak membuatkan aku kehilangannya......
2 comments:
sekurang2nya lanun somalia itu ada jasanya kpd anda. hahaha
haha... akak nih....
Post a Comment