Pages

Saturday, 16 July 2011

Rahsia Sekeping Hati......

(Coretan ini tiada kaitan dengan sesiapa yang hidup ataupun yang telah tiada... hanya rekaan semata-mata... Selamat membaca)

PROLOG:          Hati? Siapa yang tidak punya hati? Akukah? Atau kamu yang tidak mempunyai hati.... Ada hati??? Ada hati untuk apa? Untuk diuji dan terus diuji???  Adakah hati serapuh sekeping biskut? Yang begitu mudah untuk engkau hancurkan?? Pada siapa harus ku berikan sekeping hatinya supaya ianya akan terus terjaga rapi dan tak mungkin berderai walau sekuat manapun taufan melanda mahupun setinggi manapun ombak yang menimpa..... Kernaku tahu hatiku kini tak kuat untuk menahan segala rintangan yang mendatang.....Siapakah yang boleh menjaga hatiku ini...... 



Bahagian 1 (BALIK KAMPUNG...)

7.30 pagi aku mula bertolak dari KL untuk pulang bercuti di kampung halaman yang tercinta. "Driving Alone"??? Wah... sukar nak ku gambarkan betapa aku bosan nak drive sorang-sorang balik kampung.... Sebelum balik, singgah sebentar di kedai untuk pekena nasi lemak, buat alas perut..... Cik Perutku bukannya ble tahan sangat kalau tak diisi.... perjalanan lebih dari 500KM... lagi lah.... Siap-siap duit untuk bayar tol n duit minyak... Then, teruskan perjalananku.... 

Melewati tol RM 5 (tol Gombak), hatiku menyanyi kegirangan tanpa alunan muzik dari radio Si Merahku.... Cuaca yang dingin di waktu pagi membuatku senang memandu dalam keadaan tingkap yang terbuka.... Selekoh demi selekoh aku lewati dengan perasaan yang bercampur baur... (Takut untuk drive sorang -takut nak amik selekoh dan happy nak balik kampung....) Wajah ibunda tersayang ligat bermain diingatan.... "Perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hatiku terlonjak sama, ingin bertemu sanak saudara yang sering bermain di mata...." "wooowooo wooo balik Kampung......" Lagu ini senantiasa tidak lekang dari bibir tatkala tiba saat balik ke kampung tak kira lah dari zaman belajar kat U dulu sampailah sekarang lagu tu masih lagi sukar untuk dilupakan.... Tq Sudirman kerana lagumu sungguh ku sukai bila balik kampung....

Dalam perjalanan pulang pelbagai persoalan melanda fikiran dan mulaku memikirkan adakah kepulanganku kali ini adalah tepat pada waktunya? Tambahan pula mama telah meng"update"kan semua aktiviti yang hendak dijalankan semasa cuti... Kenduri kahwin sana-sini.... Tambahan pula cuti sekolah... Kawanku semua tak cuti... adoi tak bolehlah aku lepaskan diri dari pergi kenduri.... Mama tolong la..... tak nak pergi boleh tak??? Aku tahu kalau pergi kenduri pasti aku tidak terlepas dari soalan-soalan cepu emas......"Bila kamu nak kahwin?"  Ligat kepalaku memikirkan jawapan yang sesuai untuk aku berikan..... Ah lupakan dulu.... Perjalanan masih jauh untuk ku tempuhi....  

Tol Bentong dah kelihatan.... Nasib baik aku dah sediakan duit untuk tol, tak payah susah-susah selongkar sana-sini.... RM3 aku hulurkan dan palang diangkat aku teruskan perjalanan... Niat di hati nak cuba jalan Gua Musang tapi terpaksa aku lupakan kerana aku masih teringat pesanan semua insan-insan yang menyayangiku... "kalau bawa kereta sorang-sorang jangan ikut Gua Musang, bahaya.... Kalau jadi apa-apa susah... Ikut je Highway... Jauh skit takpe... asalkan selamat...." Panjang betul nasihat mereka... Ok lah... LPT (Lebuhraya Pantai Timur) pun LPT lah.. Duit Tol pun aku dah sediakan.... 


Semasa aku khusyuk memandu, tetiba aku terpandang signboard yang tertera perkataan KARAK.... aku tergelak sebentar memikirkan Filem KARAK terbitan KRU. Perjalanan cerita yang ku harapkan dapat meremangkan bulu romaku namun sebaliknya... Aku rasakan ini first time aku tengok cerita genre Seram yang satu panggung boleh ketawa terbahak-bahak pada endingnya....  Mana taknya, di akhir cerita ada babak "hantu ROCK" hehehe... nak takut pun bleh jadi gelak....

Tol Jabor dah melambai-lambai... Jam kat dashboard dah menunjukkan jam 12.00 pm... Patutlah perut aku menyanyi-nyanyi... Nasib baik roti dan air kotak aku dah spare awal-awal.... huhuhu... makan sambil memandu... auwww.... sedapnya roti ni... kenapalah aku tak pernah rasa roti ni sedap sebelum ni...... ni mesti  lapar punya pasal....

Lalu kawasan Kemaman, bolehkah aku terserempak ngan dia??? aaaaaarrrghhh.. tak mungkin.... Mungkin dia outstation kot.... Biarlah.... Nak call dia??? ahhh... tak mungkin.... Tiap kali memikirkan dia pasti aku jadi "sengal".... Lantak lah....... Berat hatiku nak melepasi kawasan Kemaman........ Arrggg tiada alasan untuk aku stop di Kemaman... Minyak pun ada separuh lagi..... Jalan je lah..... Ok bye Kemaman....Jam di Dashboard menunujukkan kul 2.30pm... Penat lah... aku singgah sebentar di Kuala Terengganu untuk berehat sambil mengisi perutku....  

Besut tercinta... Hurray... akhirnya sampai jua ke bumi Besut yang sekian lama aku rindui.... Jika sebelum ni aku tak pernah rasa apakah keistimewaan Besut,  tapi kini aku dah mampu tersenyum bangga kerana dulu aku tak tahu menghargai Besut... Kini aku mampu berbangga kerana menjadi anak Besut! Jika Kuala Lumpur menjadi igauan anak-anak muda, bagiku Besut adalah tempat paling aman dan tenang bagiku.... Di sini aku dilahirkan, di sini aku dibesarkan dan di sini aku mula mengenali dunia... Inginku nyatakan "BESUT, I LOVE U...." 

Setibaku di rumah, tiada siapa di rumah. Sedikit kecewa kerana kepulanganku tidak disambut... Nasib baik aku tahu di mana mamaku selalu letak kunci, kalau tak memang aku tido dalam kereta lah jawabnya.... Padan mukaku, siapa suruh tak bagitau nak balik... Nasib-nasib..... Lepas masukkan semua barang-barang, aku terus menuju ke bilik dan zzzzzz.... katil yang ku rindui......

"Alarmku berbunyi menandakan waktu 6 pagi.... Uih.... lamanya aku tidur... 13 Jam aku tido... Aku turun ke tingkat bawah, abangku masih nyenyak tidur di depan TV... Arrrghh itu memang hobinya... suka tido kat ruang tamu.... Aku selongkar beg-beg aku untuk dapatkan tuala dan pakaian.... Masa untuk mandi.... wow... sejuknya air dalam tempayan... boleh ke aku mandi ni......ssshhhh sejukkk..... aku menggigil kesejukkan semasa mandi.... Kesejukkan yang mengalahkan ais ni........ boleh beku kejap otakku agaknya.... SEJUKKKKK....... Teringat zaman persekolahan dulu di mana aku perlu bangun seawal jam 5  untuk bersiap ke sekolah... 6 pagi aku dah perlu bertolak ke sekolah kerana bas sekolah datang sangat awal di tempat selalu aku tunggu bas.... pernah jugak aku terlambat gara-gara lupa kunci jam... tak pasal-pasal aku kena tinggal bas. Naik teksi, mencekik... mahal giler.... melayang duit belanja aku hari tu....

Lepas mandi aku, aku lihat mama dah turun dari biliknya dan mengajakku keluar mencari breakfast..... Sungguh mama memahamiku yang sedang lapar... Gara-gara tido semalaman.... Di kampung, seawal 6.30pagi sudah banyak warung-warung yang dah dibuka dan telah ramai orang yang datang membeli nasi dan kuih muih.... Pakcik-pakcik yang baru balik dari surau juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi info (gosip-gosip lelaki) terkini... abaikan je mereka... Janji aku dapat breakfastku pagi ni.... Nasi Berlauk Ayam.... Inilah nasi kegemaranku yang sukar aku dapatkan di KL... pernah sekali ku jumpa di Kampung Baharu... tapi rasanya lebih sedap berbanding yang terdapat di KL.... Aku minta mama belikan 2 bungkus untuk ku sahaja.... Orang lain...  tak kisahlah.... mama turun pergi beli dan aku cuma tunggu dalam kereta sahaja..... mama dah faham sangat dah yang aku memang tak suka sangat nak masuk kedai pagi-pagi ni sebab ada banyak mulut yang banyak bertanya.... Biarlah mama yang menjawab pertanyaan mereka asalkan aku dok dalam kereta melayan lagu "ruk ther mai mi wan yud" nyanyian penyanyi dari Thailand.... Aku suka lagu-lagu dari Thailand berbanding lagu-lagu Korea ataupun Jepun kerana sekurang-kurangnya aku faham apa yang dinyanyikan berbanding lagu Korea atau Jepun.... 

Nasi berlauk yang bari dibeli aku makan sampai tak ingat dunia... sedapnya tak terkata.... Sampai abangku datang dari arah belakang pun aku tak sedar.... Harghhh.... Sergah abangku dari belakang.... Tersembur nasiku... tersedak aku sebentar... woiii.... apa nih.... orang nak makan pun tak senang... Sibuk je.... Aku terbatuk-batuk dan terkial-kial menuang air ke dalam gelas gara-gara abangku yang kurang asam ni.... Aku jarang sekali makan bersulamkan air kerana itu adalah pesanan dari mendiang nenekku. Apa tujuan petua itupun aku tak pasti namun, aku tetap amalkan.... Kebiasaannya, selepas makan baru aku minum air... 

Selepas aku menghabiskan makananku, barulah abang keduaku bangun dari tidurnya dan terus tercongok kat meja makan.... Mama bising dan suruhnya mandi dahulu sebelum makan.... Wahaha... padan muka.... "ma, hari ni nak ke mana-mana ke?" soalku meminta kepastian kerana sudah menjadi rutin jika aku balik kampung, kerja menghantar mama ke mana-mana akan aku ambil alih dan kedua-dua abang boleh berehat.... "Rehatlah dulu.. Nanti petang-petang skit kita keluar ke pasar... mama nak masak skit malam ni... " lega aku mendengar plan mama hanya hendak ke pasar... maknanya harini tiada apa-apa kenduri....  Lupa plak hari Khamis mana ada orang kenduri kat tempatku... Biasanya kenduri hanya hari Jumaat dan Sabtu je.... Khamis??? oooo Pasar Tani.... " Ma, jom kita g pasar tani!! nak makan remis lah ma..." teringin aku makan remis yang dijual kat pasar tani... Dah lama rasanya aku tak makannya... kat KL mana aku nak dapat semua ni... 







3 comments:

Siti Ahmad said...

ohhh..org kemaman rupanya. hahaa

Anonymous said...

jgn jeles tau esok sy nk balik kg.........heheheheh

Akira Hazumi said...

Liana: x jelez pun.... hahhaa

Post a Comment